Tubuh yang sekian lama mendiam kini sedikit sedemi sedikit ia bergerak. Cikgu Laili cuba sebaik mungkin untuk membuka matanya tetapi ia terasa begitu sukar.
Ya Allah apa yang sedang berlaku kenapa aku rasa susah sangat ingin membuka mata.
Ya allah , kau kuatkan lah diriku ini untuk menempuhi dugaan yang telah engkau berikan.-Bisik hati Cikgu Laili-
"Umi, umi bukalah mata Afiq tahu umi dah sedar janganlah tidur lagi umi...Afiq rindu nak lihat senyuman umi" rayu Afiq anak sulung Cikgu Laili.
"Umi, umi bukalah mata...Afiq tahu umi dah sedar...Afiq rindu nak lihat senyuman umi...kenapa umi tak mahu buka mata?" Soal Afiq pada ibunya air mata mula turun membasahi pipi, dia menangis semahu-mahunya.
Afiq ialah anak sulung Cikgu Laili dan Encik Sahak. Beliau seorang anak yang sangat baik dan tegas, maklumlah menjadi anak sulung ini tugas mereka lebih kurang seperti tugas seorang ibu.
"Afiq?... Afiq mengapa menangis sayang?" Soal Cikgu Laili dengan suara yang perlahan.
Afiq yang terdengar suara seakan-akan ibunya segera menoleh dan dia terlihat seraup wajah yang dia rindui sedang memberi senyuman amat manis kepadanya. Oleh kerana terlalu rindu dia menangis kegembiaraan lalu meminta izin untuk membuat sujud syukur kepada Ilahi.
Setelah melakukan sujud syukur dia segera mencapai talifon bimbitnya dan membuka aplikasi 'Whatsapp' untuk memberi berita gembira kepada semua ahli keluarganya.
Me: Assalamualaikum, semua
umi dah sedarkan diri.Rina: Waalaikumsalam,
alhamdulillah ...along
kirim Salam rina pada
umi ye. Rina tak dapat
nak lawat Umi sekarang.LINDA: Waalaikumsalam, suami
angah Belum balik lagi
nanti dia dah Balik
angah pergi melawat
umi Ye. Maybe petang
nanti.Wan: alang cuti sem bulan
depan,maaf alang tak dapat
balik jenguk umi. Tolong
kirim Salam alang dekat umi
ye.Abi: Waalaikumsalam,
alhamdulillah.. kepada
anak-anak abi yang tak
dapat
jenguk umi sekarang tidak
mengapalah. Jaga diri ye
yang jauh tu.Mesej
Kegelapan yang selama ini menghuni di dalam hati keluarga Encik Sahak kini diterangi oleh sinar syukur yang tidak terkira apabila seorang isteri juga ibu yang telah sekian lama mendiamkan diri kini bersuara. Gembira bukan kepalang lagi, walaupun ahli keluarganya kecil tetapi bahagianya bersama tiada tandingi
"Assalamualaikum Umi, macam mana tidur lama feel batter?" Ujar Afiq dengan nada yang lembut dan senyuman manis yang tidak lekang dari bibirnya.
"Waalaikumsalam, alhamdulillah kurang sikit rasa sakitnya, along sudah berapa lama umi tak sedarkan diri?"soal Cikgu laili yang kepastian.
"Emmm. Sudah 3 minggu umi"sukar untuk mulutnya menyatakan sudah berapa lama hidupnya seakan-akan tidak terurus tanpa kehadiran ibu tercinta.
"Masya-Allah lamanya, macam manalah budak-budak 4 Prinsip Akaun tu , along bila umi boleh keluar?" Resah Cikgu Laili. Dia risau kalau- kalau selama dia koma pelajar-pelajar kelas itu tidak belajar bahasa melayu walau sedikit pun kerana mungkin akan ada para guru yang tidak tahan dengan sikap pelajar di dalam kelas itu.
"Kenapa Umi masih lagi mahu menolong budak-budak itu?
Sedangkan mereka seolah-olah tidak menghargai perngobanan umi langsung!" Geram Afiq dengan suara yang cuba ditahan agar tidak meninggikan ."Umi bukannya apa along, umi ada tanggungjawab sebagai guru jadi umi risau jika sepanjang umi dihospital ini murid-murid umi di sana tidak belajar apa-apa, bagaimana dengan peperiksaan akhir tahun mereka nanti?
Umi takut mereka tidak dapat menjawab soalan dengan baik" jelas Cikgu Laili pada anaknya itu. Dia faham benar mengapa anaknya itu tiba-tiba menjadi baran.Afiq faham benar dengan sikap ibunya itu yang tidak pernah berubah. Kadang-kadang ingin juga dia menyuruh agar ibunya berhenti kerja lalu duduk saja dirumah tetapi apakan daya tiada kekuatan dalam dirinya untuk menyuarakannya. Ibunya terlalu baik untuk membiarkan pelajar-pelajar di era baru ini teruskan bekerja tanpa ilmu pengetahuan. Azamnya sangat kuat untuk terus berbakti kepada sekolah-sekolah demi mendidik anak muda zaman kini.
YOU ARE READING
Siapa saya pada KAMU ?(slow Update)
SpiritualKehidupan seorg guru yang tanpa disedari jauh lebih byk dugaan..