Bab 11

10 2 0
                                    

Sedang Afiq bersembang tentang berita gembiranya itu bersama keluarga sementara Umairah mengambil keputusan untuk melihat kemeriahan itu dari tingkat atas sahaja kerana badannya terasa amat penat dan dia ingin berehat didalam biliknya sahaja buat masa itu.

   Sedang asik Umairah melihat ahli keluarganya tersenyum mindanya baru tersedar bahawa ibu mertuanya tiada didalam kelompok keluarganya itu. Hatinya tiba-tiba terasa kurang senang dan ia bagaikan dia sudah gagal untuk menjadi seorang menantu yang baik buat Cikgu Laili.

    "Eh mana umi?" Soal umairah pada diri sendiri. Matanya meliar ke sekeliling mencari kelibat ibu mertuanya. Hatinya kuat menyatakan seperti ada sesuatu sedang perhatikannya, dia menoleh tetapi tiada sesiapa dibelakangnya. Dia renung pintu bilik Cikgu Laili. Mengapa dan bagaimana adalah soalan yang selalu bertandang ke mindanya.

    "Eh apa aku buat ni?.. kenapa aku tenung pintu bilik umi. Semacam je bilik tu, lebih baik aku pergi tengok" ujar Umairah yang sekali lagi bercakap bersendirian.

    Dia melangkah perlahan-lahan tiba di hadapan bilik Cikgu Laili dia menolak daun pintu dengan berhati-hati kerana tidak mahu mengejutkan sesiapa sahaja yang berada didalam bilik itu.   

    "Assalamualaikum Umi,Umairah masuk ye umi"sambil melangkah masuk ke dalam bilik itu.

    "Ya Allah Umi!, kenapa boleh jadi macam ni umi?"tanya umairah.

    "ABANG!.. ABANG!..UMI BANG!" Jerit umairah memanggil suaminya.

    Afiq yang terdengar jeritan Umairah dari tingkat atas itu segera memberhenti bersembang terus berlari menaiki anak tangga untuk mendapatkan isterinya. Ahli keluarga yang lain tidak berduduk diam sahaja malah mereka semua turut berlari naik ke tingkat atas untuk melihat dengan lebih jelas.

    "Sayang! Apa yang telah berlaku?" Soal Afiq kepada isterinya.

    "Umi bang.."belum sempat dia menghabiskan ayatnya, sebak di dada telah mengambil alih dirinya daripada berkata-kata dia menangis tanpa henti.

    "YA ALLAH! Apa yang berlaku ni sayang! Bagi tahu abg jangan diam saja!" Rayu Encik Sahak pada isterinya. Melihat keadaan isterinya yang sebegitu dia menjadi kaku dan buntu dengan apa yang harus dia lakukan.

    "Baba kenapa dengan nenek?" Soal melissa pada bapanya. Disebabkan usianya yang muda dia sukar untuk memahami situasi yang sedang berlaku.

    "Kak! Apa yang akak dah buat dekat umi? Cukuplah kami  pernah sensara sebelum ni hidup tanpa kasih seorang ibu!" Pekik Linda yang tidak tahu kebenaran sebenar lalu menuduh Umairah sebagai persalah.

    "Dah kalau perempuan kampung memang macam tulah perangainya asik nak makan harta orang saja, mana pandai ingin mencari rezeki sendiri!" Celupar mulut seseorang yang suka mencari kesalahan orang lain. (Dira)

    "Hey Dira! Kau jaga sikit mulut kau eh! Biarlah umairah cuma orang kampung , sekurang-kurangnya mulut dia tak celupar macam kau!" Jerit Afiq yang mempertahankan maruah isterinya. Wan yang melihat situasi itu hanya mengbungkamkan diri sahaja. Bukan dia tidak mahu mempertahankan isterinya tetapi dalam keadaan itu sejujurnya dia tahu bahawa isterinya yang bersalah. Dia juga tidak mahu mengcampur tangan kerana dia kenal benar dengan sikap abangnya itu, jika dilawan memang tiada yang akan mengaku salah malah ego saja yang sentiasa bertahta.

Semua yang ada disitu hanya menangis kerana mereka seakan-akan hilang kebijaksaan masing-masing kerana tiada yang berfikir ingin menghantar cikgu laili ke hospital.

    "Baba kenapa menangis?.. kenapa tak hantar nenek ke hospital?" Soal maisarah pada bapanya setelah melihat kesemua ahli keluarga sekadar melihat sekujur tubuh Cikgu Laili. (Baru saja dikatakan..nasib ada yang bijak😁😁)

    "YA ALLAH! Baba tak terfikirlah sayang. Thanks you sebab ingatkan baba ye sayang" ucap Afiq pada anaknya.

    Hendak dipanggil ambulan sepertinya sudah tidak cukup masa Maka mereka mengambil keputusan untuk menaiki kenderaan sendiri sahaja. Mereka memecut selaju yang mungkin tetapi malangnya nasib mereka, mereka terpaksa menghentikan kenderaan ditepi jalan akibat terdengarnya panggilan yang menyuruh mereka berhenti iaitu siren kenderaan polis.

    "Encik tolong tunjukkan IC dan lesen memandu" pinta seorang anggota polis yang bernama Ahmad.

    "Ni kenapa memandu laju melebihi had jalan raya?" Soal Encik Ahmad dengan wajahnya yang bengis.

    "Maaf Encik, saya terpaksa memandu laju kerana umi saya sakit. Saya takut tidak sempat untuk ke hospital" penjelasan daripada Afiq memohon kerja sama daripada pihak polis untuk melepaskannya.

    Encik Ahmad meregangkan lehernya untuk melihat dibahagian tempat duduk belakang. Ternyata apa yang dikatakan oleh Afiq itu adalah benar belaka.

   Setelah di berpuas hati dengan apa yang telah dia lihat dengan matanya sendiri, dia berjalan menuju ke arah  cermin kereta disebelah pemandu. "Encik pandu kami akan mengiringi perjalanan encik hingga ke hospital" bantuan daripada pihak polis telah mengurangkan masalah perjalanan Afiq hendak ke hospital.

Siapa saya pada KAMU ?(slow Update)Where stories live. Discover now