Dipagi yang redup tanpa hujan. Angin yang tiup spoi-spoi bahasa, cukup membuatkan penduduk di sekitar PORT DICKSON berasa selesa dan tenang untuk melakukan aktiviti sukan mahupun riadah. Seketika kemudian kelihatan wajah seorang remaja yang pernah dilihat oleh cikgu laili di kemarin hari sedang berjoging di sebuah taman. Taman tersebut kelihatan sangat ceria dimana sebelah barat terletaknya alatan-alatan untuk melakukan aktiviti sukan manakala di sebelah timurnya pula terdapat kawasan untuk si penggemar aktiviti memancing dan taman tema bagi kanak-kanak.
Sedang asik dia berjoging tiba-tiba dia terdengar ringtone lagu KAIN CINTA PUTIH yang menandakan ada mesej yang diterima oleh telefonnya.
Haikal: Assalamualaikum tolong maklumkan kepada semua pelajar agar mendoakan kesihatan Cikgu Laili yang sedang bertarung nyawa dihospital.
.............
"Ya Allah! Macam mana boleh jadi macam ni?" Bisik hatinya.
"Qila! Kenapa kau berhenti?.. tadi kau yang ajak aku join kau joging, sekarang ni kau pula yang berhenti" bebel amirul iaitu sepupunya yang terkenal dengan mulut murainya itu.
Qila diam tanpa ada suara badannya terkaku selepas membaca mesej yang diterimanya sebentar tadi. Melihat keadaan sepupunya itu Amirul gelisah, takut jika berlaku perkara buruk kepada Qila.
"Abang mirul, kita balik jelah. Qila...Qila...Qila dah hilang se...se...se...semangat" ujar Qila yang terasa sukar untuk berkata-kata.
"Ha? Semangat ape ni? Abang tak faham! Apa Qila maksudkan ni?" Soal Amirul yang semakin risau.
"Qila cakap.. Qila cakap .. balik! Balik jelah!" Marah Qila kerana terlalu banyak soalan yang dituju padanya ketika perasaannya sedang bercelaru.
Amirul yang melihat keadaan sepupunya yang berubah 360° itu terpaksa menurut sahaja permintaan itu. Kepalanya semakin runsing dengan persoalan yang melanda akalnya tentang apakah yang sedang berlaku ke atas sepupunya itu. Ingin dia bertanyakan perkara yang sedang dilalui oleh Qila sebentar tadi tetapi dia pendamkannya dahulu kerana dia tidak ingin perkara yang tidak diingini berlaku.
Disuasana yang nyaman mudah membuatkan Afifah terlelap di ruang tamu. Sedang nyenyak dia bawa arus mimpi tiba-tiba dia dikejutkan dengan bunyi motor yang seperti berhenti dikawasan rumahnya. Dia bingkas bangun dan segera menghadap tingkap untuk melihat siapakah gerangan manusia bermotosikal itu.
"Assalamualaikum! Hoi!" Jerit seorang lelaki berbadan sasa juga memiliki badan yang dipenuhi dengan tatu.
Selepas melihat si pemilik suara garau itu dia segera berlari ke biliknya dan menghubungi sepupunya. 20minit telah berlalu hampir 21 kali dia cuba menghubungi sepupunya itu tetapi nasibnya kurang baik apabila tiada satu pun daripada panggilannya tadi di sahut oleh si penerima panggilan. Hatinya semakin gelisah satu persatu masalah bertandang ke kehidupannya. Dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri didalam biliknya sahaja tanpa berganjak walau selangkah, dia khawatir jika dia bergerak dari situ lelaki bersuara garau itu akan mengsyaki bahawa dia berada dirumah.
"Bonda! kenapa bonda tinggalkan Qila bersendirian.. Qila takut bonda!..ayah tinggalkan Qila selepas bonda pergi..ayah tinggalkan Qila dengan hutang yang dibuat..ayah tak mampu bayar..ayah jual Qila" esak Qila yang ketakutan.
"Woi perempuan! Aku tahu kau ada dalam rumah.. kau keluar sekarang! Bapak kau dah jual kau dekat aku untuk dijadikan isteri ke-4! Cepat keluar.. kalau bapak kau aku tak dapat nak potong biar kau menjadi korban! " Jerit lelaki itu yang tidak perduli orang yang mendengar.
"PERHHHH sedap gila kalau dapat badan kau ni..aku dah sangap dengan tubuh kau tahu tak?" Tambahnya lagi yang seperti orang gila, dia tidak lagi memperdulikan orang lain yang dia tahu asalkan dia dapat melepaskan hajat yang ingin dia katakan.
Ketukan demi ketukan menganggu kesunyian rumah itu. Dia bertahan demi keselamatan dirinya tiba-tiba rumah menjadi sepi seperti lelaki itu telah beredar. Baru sahaja dia ingin bangun dari duduknya tiba-tiba teleponnya berdering membuatkan rumah itu kembali menjadi bising. Dia runsing dan buntu apa yang sepatutnya dia lakukan.
YOU ARE READING
Siapa saya pada KAMU ?(slow Update)
ДуховныеKehidupan seorg guru yang tanpa disedari jauh lebih byk dugaan..