Umairah pov
"YA ALLAH! ya tuhanku, kau permudahkanlah urusan ibu mertuaku ya Allah, sesungguhnya hamba tidak mengetahui apa yang sedang berlaku ke atasnya ya Allah. Aku bermohon kepadamu ya Allah kau berikanlah aku pertunjukmu ya Allah. Aaminnn2× ya robbal alamin" pohonnya setelah selesai solat sunat tahajudnya.
*************
Keesokkan harinya
"Abang dah selesai solat? Mari tadarus bersama" ujar Umairah dalam mamainya serta dalam nada takut untuk bersemuka dengan suaminya sendiri. Semenjak Cikgu laili dikejarkan ke hospital , perluang untuk dia bersemuka dengan suaminya adalah kosong '0'.Afiq menoleh ke arah umairah tetapi tiada sebarang respon darinya lalu afiq memandang ke hadapan semula. Umairah yang melihat reaksi afiq itu segera beredar dari situ dan terus ke arah bilik air, dia dapat membaca apa yang afiq rasakan apabila melihat wajahnya. Hatinya sayu. Mengapa orang yang dia kasihi itu tidak mempercayai pengakuannya.
Umairah duduk dibawah pancuran air lalu dia menangis semahu-mahunya. Esakannya ditahan sedikit agar sesiapa yang lalu di hadapan bilik air itu tidak dapat untuk dengar tangisannya.
"Ke...ke..kenapa..kenapa abang tak percaya apa yang aira katakan?" Soal umairah bersendirian dengan tangisan yang tidak dapat dibendung lagi.
"Aira tak tipu abang..apa salah aira...ai..ai..aira tak sanggup lagi dengan fitnah dunia!" Jerit umairah yang terasa dunia tidak lagi memperdulikan kewujudan hatinya.
15minit kemudian.
'Tukk tukk tukk'
Pintu bilik air diketuk membuatkan umairah terkejut dan berhenti menangis untuk seketika."Sayang! Bukak pintu ni ,abang minta maaf. Abang bukan tak percaya dekat sayang tapi abang terlalu ikutkan perasaan tadi" jelas Afiq agar dapat memujuk hati isterinya itu.
"Apa salah Aira bang? , kenapa semua orang pandang hina pada Aira?" Soal Umairah yang rasa terbeban dengan dugaan yang dihadapinya.
"Sayang keluarlah kesian dekat anak-anak ni ha. Sayang sabar lah , kita hadapi ujian ni bersama ya?" Ujar Afiq di sebalik pintu.
Umairah cuba menenangkan hatinya yang masih terasa perit sebelum dia melangkah untuk membuka pintu bilik air tersebut. Selangkah demi selangkah dia berjalan tanpa dia sedari kakinya terpijak bahagian lantai yang basah lalu menyebabkan dia terjatuh.
"Abang! Sakit!" Jerit umairah dari dalam.
Afiq yang terdengar jeritan umairah segera merempuh pintu itu, alangkah terkejutnya terdapat banyak darah yang mengalir. Afiq segera mengendong isterinya sambil melangkah laju ke arah keretanya.
*********
Afiq yang cemas dengan keadaan umairah tidak dapat untuk berduduk diam, dirinya asik mundar mandir di hadapan ruang kecemasan itu. 30 minit kemudian ahli keluarga umairah tiba di hospital.
"Afiq macam mana keadaan umairah?" Soal ibu mertuanya.
"Afiq...tak tau...doktor belum cakap apa-apa" jawab afiq dengan rasa sebak. Dia tidak dapat untuk berkata-kata kerana dia merasakan bahawa semua ini angkaranya.
Dari jauh dapat dilihat kelibat seorang wanita yang tangannya kelihatan seakan-akan bertepuk tetapi tidak berbunyi.
"Ini lah yang dikatakan KARMA. Nampak tak yang umairah tu memang bersalah?..jika tidak masakan ALLAH memberi balasan sebegini?" Ujar wanita itu dengan begisnya.
"Sudah aku bilang isteri kau memang perempuan tak guna malah bertambah SIAL..!" Ucapannya mendapatkan satu habuan iaitu tamparan hebat dari Afiq.
"Kau jaga mulut! Kalau kau datang sedakar mahu menabur garam lebih baik kau balik lah" geram Afiq sedaya di tahan.
"Aku tidak mahu gaduh dengan kau tapi aku nak ajar sikit dua orang tua yang menyusahkan ni" sambung wanita itu tanpa perasaan bersalah.
Ingin sahaja Afiq manghalau wanita itu dari hospital itu tapi tindakannya itu di halang oleh ibu bapa mertuanya.
"Apa yang kamu nak ajar makcik dengan pakcik? Kami sedia mendengar" ujar puan Rokiah.
"Belagak baik pula, kalau bukan sebab korang berdua ni tak pandai jaga anak mesti ibu mertua aku tak jadi apa-apa dan anak kau tak dapat balasan seteruk ni betul tak!" Pekik wanita itu membuatkan orang sekeliling memandang.
Tiba-tiba pertengkaran menjadi sepi dek kerana doktor yang baru keluar dari ruangan kecemasan itu. Afiq dan keluarga mertuanya melajukan langkah ke arah doktor. Sementara wanita itu berdiri ditempat yang sama sambil memasang telinga.
"Maafkan saya encik Afiq, isteri encik mengalami keguguran dan.." ujar doktor yang seakan-akan berasa bersalah ingin menyatakan sesuatu.
"Dan apa doktor? Isteri saya baik-baik sahaja kan?" Tanya Afiq yang diselubungi rasa kesal.
"Isteri encik tidak dapat kami selamatkan" sambung doktor dan terus pergi kerana tidak mahu melihat agenda sedih lagi.
Afiq yang mendengarkan kata-kata doktor itu jatuh terduduk, air mata jatuh bercucuran sebegitu juga keluarga mertuanya.
"Ibu maafkan Afiq sebab tak pandai nak jaga anak ibu dengan baik seperti yang dihafazkan dahulu" mohon Afiq sambil memegang erat tangan puan Rokiah.
"Tidak mengapalah, ini semua ketentuan tuhan, ini bukan salah Afiq tapi dugaan untuk Afiq. Ingat Afiq harus kuat, Afiq masih ada umi dengan anak-anak yang harus di jaga" ujar puan Rokiah sambil mengusap lembut kepala menantunya. Dia menenangkan fikiran Afiq tapi tiada yang tahu hatinya turut runtuh tidak dapat dibaiki.
"Memang layak dia terima semua tu!" Tiba-tiba kedengaran suara wanita itu yang menyibah minyak ke arah api.
"Hey perempuan! kau balik sekarang sebelum aku bagitahu kelakuan kau pada keluarga dan suami kau!" Ingin Afiq bangun dan memberi pengajaran pada wanita yang bermulut puaka itu tetapi tindakannya ditahan oleh ibu mertuanya agar terua bersabar.
Mereka beransur gerak untuk pulang. Jenazah umairah akan segera dikebumikan pagi esok.
Thanks pada yang setia or pernah membaca walaupun sedikit😙..hope korg enjoi😊 n dpt tolg sis utk tambah idea🤗..dh lama x tulis pon otak kering😅.apa-apa pon thanks support😥.
YOU ARE READING
Siapa saya pada KAMU ?(slow Update)
EspiritualKehidupan seorg guru yang tanpa disedari jauh lebih byk dugaan..