bab 8

14 3 0
                                    

Bulan demi bulan dia mengajar
Hari demi hari hatinya terguris tetapi dia kembalikan sinar gembira dengan bercuti di PORT DICKSON,Negeri Sembilan bersama keluarganya termasuk menantu dan besannya.

    "Assalamualaikum, alhamdulillah akhirnya kita semua dapat berkumpul menjadi satu keluarga yang lengkap" ceria cikgu laili.

    "Alhamdulillah kak,kalau bukan sebab akak punya rancangan mesti sekarang ni kami sudah pergi bercuti berdua saja" ujar puan zaleha yang menunjukkan tanda syukurnya apabila dapat berkumpul.

    "Nenek!! Tengok ayah ni kacau ayad" ngadu cucu sulung cikgu laili.

    "Wan apa yang kau asik sakat anak kau ni je.." tegur   cikgu laili.

    "Mana ada wan buat apa-apa umi. Si ayad ni minat dekat budak perempuan tu" jarinya dihala ke arah seorang gadis berambut tocang." Sebab tu lah wan nak tolong"

    "Kau tolong apa wan?" Soal cikgu laili.

    "Wan tolong cakapkanlah lepas tu si ayad ni malu pulak" terang wan apabila dia menjadi saspek dalam persoalan ini.

    "Kau ni wan kecil-kecil dulu nakal bukan main. Dah besar ingatkan dah matang rupanya tidak berubah-ubah. Malulah sikit dengan anak kamu ni wan!" Tegur cikgu laili pada anak ketiganya itu.

    "Emmm. Eloklah padan sangat dia kahwin dengan si dira tu" pandangannya dihalakan ke arah anak tunggalnya itu.

    "Apa Dira pula mak. Dira bukan macam abanglah!" Bantah Dira sambil menunding jari ke arah suaminya.

    "Eh! Betullah. Kamu tu masa belum kahwin dulu nakal bukan main lagi. Rumah mak tu kalau tak bising dibuat kamu memang tak sah" imbau puan zaleha.

    "Alah.. apa boleh buat rumah tu sunyi sangat. Mak patut beruntung tau ada anak macam Dira ni! Sekurang-kurangnya tiadalah rumah tu sunyi sangat macam tidak berpenghuni"lawan Dira dengan kata-katanya.

     "Emmm yelah..wan! kamu tahu bini kamu ni dulu kecil-kecil tidak suka pakai baju.. suka terlanjang pergi main dekat luar" usik puan zaleha pada anaknya.

     "Mak! Tak perlulah bukak cerita lama dekat sini.. malulah semua orang dengar!" Jerit manja daripada Dira membuatkan ahli keluarga yang lain turut ketawa. Melihat mereka ketawa muka Dira mula menjadi kemerahan akibat malu.

     Setelah beberapa lama mereka bergelak sakan kini telah tiba waktunya untuk pulang ke homestay yang terletak tidak jauh dari air laut kerana keinginan puan Tijah yang  sekian lama tidak melihat air laut.

     "Linda! Umi ingin ke tepi laut tu.. linda nak ikut tak?" Laung cikgu laili dari depan pintu homestay.

     Dia telah bersiap dari awal memasuki rumah itu lagi kerana dia telah merancang setiap aktivitinya di sana. Dia tidak akan melepaskan peluang untuk melihat keindahan alam dari waktu malam dan kesegaran udara tanpa ada halangan.

     Baju sejuk berwarna biru pekat dikenakan untuk bersiar-siar. Tidak sampai beberapa minit telah tiba dia di permukaan pasir yang lembut. Kedinginan angin membuatkan dia ingin berjalan sebentar sambil meminum minuman yang dibawanya dari rumah sementaranya tadi.

     Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sedang cikgu laili berhenti sambil meneguk air yang dibawa dia terpandang suatu susuk tuduh yang sedang duduk di bangku sambil memerhatikan air laut tanpa memandang ke kiri ataupun kanan. Di dalam hati hanya ALLAH saja yang tahu betapa takutnya dia ketika itu,tetapi dia memberanikan juga hatinya untuk melihat dengan lebih teliti.

     Selangkah demi sekalang di bergerak menuju ke arah susuk tubuh itu. Debaran demi debaran dia tempuhi. Akhirnya dia berada betul-betul dihadapan lembaga itu. Perlahan-lahan lembaga itu menolehkan kepalanya. Mata kuyunya jelas kelihatan bahawa dia baru sahaja lepas menangis, mengapa dia masih lagi belum mengetahuinya.

    "Nak kenapa menangis dekat sini?" Ujar cikgu laili.

    Lembaga tadi mengangkat mukanya apabila dirinya disoal oleh seseorang. Air matanya yang jatuh membasahi pipi ,dia seka menggunakan belakang tangannya. Setelah dia melihat wajah gerangan wanita yang menyoalnya, Pandangannya menjadi kabur akibat air mata yang bergenang.
 
    Betapa sedihnya dia tidak terkata apabila melihat orang yang mengambil berat tentangnya ketika itu adalah mangsanya suatu hari yang lepas.

Siapa saya pada KAMU ?(slow Update)Where stories live. Discover now