"Assalamualaikum kelas, saya Cikgu Laili mungkin ada diantara kamu telah tahu tentang kehadiran saya di sini sebagai cikgu bahasa Melayu baharu kamu. Saya harap kamu semua dapat memberi kerjasama semasa sesi pembelajaran bermula, terima kasih" ucapan panjang daripadanya untuk murid-murid yang bakal menjadi diajarnya.
Betapa terkejutnya dia apabila melihat kesemua pelajar sedang menjawab salamnya tetapi terdapat 5 orang pelajar yang tidak bangun untuk menyambut kedatangannya ke kelas itu. Cikgu Laili berjalan ke arah 5 orang pelajar tersebut lalu bertanyakan.
"Semasa semua orang berdiri dan menjawab salam kenapa kamu berlima tidak bangun?" Soal Cikgu Laili dengan nada yang sedikit tinggi.
"Menyemak betul Cikgu gemuk ni. Sudahlah tak cantik hidung pesek, mata sepek dan mulut kecil. Banyak betul mulut dia" kutuk Daniel dalam nada yang diperlahankan agar dapat oleh rakan-rakannya sahaja.
Walaupun suara Daniel telah diperlahankan tetapi tetap dapat didengari Cikgu Laili. "Hey! Kamu semua jangan ingat pekak, ulang lagi sekali ape yang kamu katakan!"tegas Cikgu Laili.
"Kami cakap Cikgu tu gemuk dan hodoh pulak tu!"
"Jaga bahasa kamu, saya bukan adik kamu mahupun kawan kamu. Tolong hormat sikit faham!
"Hormat?..hahaha memang tidaklah..kami tidak akan mengaku Kau yang gemuk mengalahkan gajah tu adalah Cikgu kami!"jerit kamil dengan tawanya.
'Pangggg!' Bunyi tamparan itu kuat sehingga menggegarkan kemeriahan didalam kelas juga menjadikan kelas itu sepi tanpa sebarang suara.Cikgu Laili tidak dapat untuk membendung amarahnya lagi.
"Cikgu dah gila ke?...sesuka hati tanpa muka anak orang , ingat Cikgu hebat sangat ke ha?..
"Nanti kami report pada parent kami tentang hal ni! "Sambung Syila lagi.Syila semakin berang bila kata-katanya tidak diendah oleh Cikgu Laili.
Hal ini telah menjadi kebiasaan padanya yang sering kali disaman oleh ibu bapa pelajar sehingga terpaksa untuk berulang-alik ke mahkamah, mujur saja dia tidak pernah ditahan atas dakwaan yang diterimanya.
Cikgu Laili meneruskan sesi pembelajaran tanpa menghiraukan 5 orang pelajar berikut. Sambil mengajar dia menanyakan kepada seorang pengawas yang terdapat didalam kelas itu nama 5 orang pelajar tersebut untuk dimaklumkan pada guru disiplin.1.Mohd Daniel Zakuan bin Syarif
2.Muhammad Kamil Haziq bin yusuf Hazzim
3.Syila Azmisa binti Ahmad Faruq
4.Lim Hua Zing
5.carla Paveem a/p sumanmeevaNama-nama tersebut segera ditangkap gambar lalu di hantar ke nombor guru disiplin iaitu Pn. Kartini Hamzah.
![](https://img.wattpad.com/cover/181483043-288-k915657.jpg)
YOU ARE READING
Siapa saya pada KAMU ?(slow Update)
EspiritualKehidupan seorg guru yang tanpa disedari jauh lebih byk dugaan..