Ibu bapa mertua Afiq masih setia menyanyangi Afiq seperti anaknya sendiri meskipun tiada pertalian darah dan walaupun anak yang dikandungnya sudah tiada. Diwaktu seperti ini, masih wujudkah lelaki yang tidak menangis ketika dikhabarkan bahawa isterinya telah meninggal dunia. Sudah tentu bilangannya sudah sedikit. Afiq yang baharu sahaja kehilangan seorang isteri yang tercinta sangat memerlukan sokongan daripada ahli keluarga dan orang sekelilingnya untuk terus tabah. Disebabkan dia diselubungi rasa bersalah dia mengurung dirinya didalam bilik.
Baju puan Rokiah ditarik, lalu dia melihat ke bawah siapakah gerangan anak kecil yang menarik bajunya itu. "Ya sayang kenapa?" Soalnya kepada melisa yang bermimik sedih.
"Nape dengan baba nenek? Mama mana? Li..s..a.." soalannya dinyatakan dan akhirnya dia menangis.
"Lisa tak mau nangis sayang. Mama ada dekat rumah kawan dia, baba pula tengah rehat dalam bilik tu..kakak mana?" Jawab puan Rokiah yang cuba untuk sembunyikan kebenaran.
"Kakak dalam bilik tengah tidur" nyata anak kecil itu yang sedikit kurang rasa risaunya. Bukan apa,dia terjaga jam 4 pagi dan terlihat serta terdengar pembicaraan kedua ibu bapanya. Dia risau apabila terlihat ibunya yang berlumuran darah lalu dibawa pergi oleh bapanya. Bukan dia tidak mahu berkongsi kejadian itu dgn kakaknya tetapi takut jika berlakunya pergaduhan lagi kerana kakaknya itu agak panas baran daripadanya walaupun mereka kembar tetapi ada perbezaan diantara mereka juga.
"La..yeke dah pi kejut kakak kamu tu, pi mandi pastu wangi wangi sikit. Lepas dah siap mai turun bawah makan dengan nenek. Nenek ada beli nasi ayam" ujar puan Rokiah sambil melebarkan senyumannya.
"Baiklah nek!" Sahut Melisa sambil tangannya ditabikkan seperti badan-badan beruniform.
Puan Rokiah menghantar cucunya ke bilik dengan lirikkan matanya.
____________**********________
Tidak tahu cara seperti apa lagi yang harus aku gunakan agar dapat menjelaskan kepada cucu-cucuku bahawa kejadian ini bukanlah berpunca tetapi dugaan.
Melisa jelas dimatamu ku melihat kebenarannya tetapi ku diamkan kenyataanya agar kau tidak diselebungi dengan rasa benci serta sedih di sepanjang hidupmu.
Biarlah sekarang ini kau hidup dengan penipuan agar kau tidak hidup dengan penyesalan dihari akan datang.______luahan hati puan Rokiah
********
"Memang dah melampau!! Along dah tak boleh dibiarkan!" marah si suami setelah mendengar cerita yang disampaikan oleh isterinya.
"Abang janji tidak mahu marah" pancing si isteri.
"Arh! abang tak perduli!" marahnya semakin membuak-buak.
*********
'Tokk.. tokk .. tokk'
"assalamualaikum umi, ni linda datang nak melawat umi. umi apa khabar? sihat?" sapa Linda ketika memasuki bilik dimana ibunya diletakkan.
" waalaikumsalam sayang, alhamdulillah umi sihat. linda sekeluarga apa khabar?" jawab Cikgu Laili.
"ya allah, umi dah sedar! linda sekeluarga khabar baik sangat-sangat umi, cuma.." tiba-tiba kata-kata linda terhenti dia tidak tahu adakah perlu atau pun tidak untuk dia menyatakan bahawa kakak iparnya sudah pergi meninggalkan mereka semua.
"cuma apa linda? apa yang berlaku semasa umi tidak sedarkan diri sayang?" soal cikgu laili yang mula bimbang dan khawatir jika perkara buruk menimpa keluarganya. alangkah bercelarunya perasaan dia jika ketahui perkara buruk berlaku dan tidak dapat diselesaikan serta ketika itu dia tiada di sana.
"tiada apa-apalah umi, ouh ! linda baru teringat esok adalah ulang tahun kelahiran abi. umi, abi ada kerja luar negeri esok baru dia balik, apa kata kita buat kejutan sambut dekat sini?" cadang linda dengan muka yang tersengih-sengih.
"suka hati kamu lah linda" katanya yang begitu singkat juga kerana yang masih risau. wajahnya diteruskan untuk tersenyum meskipun hatinya terus menerus gelisah.
********
'Dang ! Dang ! Dang !
"Along ! kau keluar sekarang !" pekik seseorang dari luar rumah.
semua yang di dalam rumah turut terkejut dengan ketukan yang sangat kuat itu. mereka bergegas berlari ke luar rumah untuk melihat siapakah gerangan manusia yang tidak beradap itu.
"Assalamualaikum, ha kau nak apa? ketuk pintu rumah orang macam nak robohkan hak orang lain" ujar Afiq yang berbunyi seakan-akan perli dengan wajah yang tersenyum sinis.
______________________________
maaf lambat update buat story pakai laptop ni bgi ain agk susah
![](https://img.wattpad.com/cover/181483043-288-k915657.jpg)
YOU ARE READING
Siapa saya pada KAMU ?(slow Update)
DuchoweKehidupan seorg guru yang tanpa disedari jauh lebih byk dugaan..