"Ya ALLAH ya tuhanku kau ampunilah dosaku ya ALLAH.
Sesungguhnya aku tidak sengaja melakukannya ya ALLAH .
Kau pulihkanlahnya ya ALLAH. sesungguhnya dia insan yang baik ."
Bisik hati hamzahAir mata turun membasahi pipi tanpa sebarang petanda. Dia bangun lantas terus ke bilik air dan berwudhuk untuk memohon keampunan kepada Ilahi.
Tapak tangan yang sering digunakan untuk memegang buku, kini dia tadahkan demi meminta pertolongan Ilahi.
Kaki yang dulu dibawa ke hulu ke hilir tanpa arah tuju kini melutut di bawah kekuasaan ALLAH yang maha ESA .
Mulut yang sering berkata-kata tanpa faedah kini berbicara dengan perasaan malu dan berharap.
Tiada lagi sifat pentingkan diri jika ia membawa padah kepada diri sendiri."Assalamualaikum semua" kedengaran suatu suara yang seperti pernah didengari oleh kalangan pelajar membuatkan murid-murid di dalam kelas itu menoleh. Alangkah bahagianya mereka apabila melihat wajah pemilik suara itu.
"Waalaikumsalam cikgu!" Sahut pelajar di dalam kelas itu dengan penuh kegembiraan.
"Cikgu! Cikgu tahu betapa bahagianya hati ini bila melihat wajah cikgu yang sekian lama kenangan?" Ujar Auni yang mewakili kelas 4 prinsip akaun.
"Apa yang kamu merepek ni Auni?..ish budak-budak zaman sekarang ini" tawa Cikgu Laili yang sekian lama tidak mendengar celoteh pelajarya.
"Woi suka hati kau je nak jadi wakil kami, yang bahagia tengok Cikgu tu korang bukannya kami!" Bantah Syila yang mewakili rakan-rakannya. Dia melangkah masuk ke kelas tanpa ada sebarang rasa bersalah.
Mereka melangkah masuk ke kelas .Walaupun Syila telah memberikan keputusan itu tanpa berbincang dengan rakan-rakannya ia tetap tidak menukar mereka untuk menjadi pelajar yang jahat seperti Syila.
Daniel, Kamil, Carla dan Hua Zing bergerak menujuk ke meja guru tanpa menghiraukan Syila yang ke tempat duduknya.
"Selamat pagi Cikgu, Cikgu apa khabar?" Soal Hua Zing
"Selamat pagi , alhamdulillah Cikgu sihat " jawab Cikgu Laili yang tidak sedikit pun mengambil hati terhadap mereka.
"Cikgu kami ingin memohon maaf kepada cikgu kerana kami berlaku kejam didalam kelas semasa cikgu mengajar" sayu Carla yang menunjukkan penyesalan.
"Cikgu kami tidak mahu dipinggirkan lagi, kami mahu belajar bersama yang lain ,tahun depan kami akan menduduki peperiksaan SPM" mohon Kamil yang banyak ketinggalan .
"Kami sudah banyak ketinggalan dalam kelas Bahasa Melayu dan kelas mata pelajaran lain juga. Kami berharap Cikgu dapat membantu kami" ujar Daniel.
Selesai mereka berbicara mereka berharap agar Cikgu Laili akan membantu tetapi sebaliknya hanya kesepian yang dirasai. Mereka mengangkat kepala ingin melihat riak wajah Cikgu Laili alangkah terkejutnya mereka apabila melihat Cikgu Laili telah tiada di mejanya.
Mereka menganggap perkara yang berlaku itu memberi makna bahawa Cikgu Laili telah berkecil hati dengan mereka. Mereka menoleh untuk ke tempat duduk mereka tiba-tiba seluruh pelajar memandang wajah mereka.
"Kalau korang tak faham apa-apa korang boleh tanya kami!" Maklum Haikal yang disertai seluruh kelas.
"Kamu dengarkan apa yang Haikal katakan?..jadi pergi duduk di tempat duduk kamu, jangan habiskan waktu Cikgu dengan drama dan berbual. Pergi duduk cepat" ujar Cikgu Laili dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.
"Baik Cikgu!" Sahut mereka sambil memberikan tabid hormat serta mereka berlalu pergi ke tempat masing-masing tanpa menghiraukan pandangan tajam daripada kedua-dua biji mata Syila.
30minit telah berlalu dan bunyi loceng pun kedengaran yang menanda telah tamat waktu persekolahan.
Selangkah kaki Carla melepasi perkarangan sekolah dia terdengar suara seseorang yang seakan-akan menjerit ke arahnya.
"Hoi! Korang apahal?..kata geng lemon!.. tiba-tiba baik ni dah kenapa?..confirm Cikgu sial tu guna-gunakan korang ..patutlah ..." belum sempat Syila mengabiskan kata-katanya Kamil telah mencelah.
"Hei Syila! Kau jaga sikit mulut kau tu! Kalau kau nak benci Cikgu sampai bila-bila jangan libatkan kami. Kami nakal bukan jahat!" Lawan Kamil terhadap kata-kata Syila sebentar tadi.
"Sahabat sejati konon..boleh pergi mampuslah korang dengan kata-kata semangat korang tu!" pekik Syila yang tidak berpuas hati dengan perubahan sikap rakan-rakannya itu.
Rakannya yang lain terus beredar dari situ tanpa menghiraukan kata-kata Syila sebentar tadi. Jika dilayan keadaan akan menjadi lebih buruk.
![](https://img.wattpad.com/cover/181483043-288-k915657.jpg)
YOU ARE READING
Siapa saya pada KAMU ?(slow Update)
SpiritualKehidupan seorg guru yang tanpa disedari jauh lebih byk dugaan..