"Assalamualaikum selamat pagi semua, mari makan ibu dah buatkan sarapan" jemput puan Rokiah yang merupakan ibu mertua kepada Afiq iaitu anak sulung cikgu laili.
"Wah! Sedapnya bau, mesti lazat rasanyakan" ujar puan zaleha.
Pujian daripada puan zaleha itu membuatkan puan Rokiah tersipu malu padahal ia perkara biasa jika ada yang memuji bau masakannya tanpa merasakannya dulu.
"Kiah,Tolong tuangkan air kopi untuk abang" pinta Encik Ramli yang merupakan suaminya yang tercinta.
"Saya juga!" Serentak Encik sahak dan Encik Ramlan yang juga menginginkan secawan kopi'O' lalu mereka ketawa kegembiraan dipagi hari. 5 minit pun berlalu meja makan yang pada mulanya hanya ada beberapa orang sahaja kini penuh diserbu ahli keluarga yang lain.
"Ha! Umairah mana laki dan anak kamu? Tidak di panggil makan sekali ke?" Soal puan Rokiah pada anaknya itu apabila batang hidung menantu dan cucunya langsung tidak kelihatan.
"Tadi umairah dah kejut mereka Ibu. Tapi tak tau lah kenapa masih belum turun" ujar Umairah yang memberikan penjelasan.
"Sudah-sudah kamu pergi tengok mereka tu takut nanti mereka tidur semula pula" arah puan Rokiah.
Mendengar arahan daripada ibunya itu dia segera menaiki anak tangga yang tidak terletak jauh dari ruang dapur. Setelah tiba di hadapan pintu bilik dia mengetuk pintu itu sebelum dia masuk ke dalam.
"Masya-ALLAH tidur balik, kenapalah 3 beranak ni" rungut Umairah. "Abang! Maisarah! Melissa! Bangun-bangun sampai bila nak tidur, matahari pun dah tinggi. Tulah semalam mama cakap jangan tidur lambat sangat tak mahu dengar sekarang lihat kan liat nak bangun!" Bebel umairah pada suami dan anak-anaknya.
"Emm. Yelah-yelah kami bangunlah ni mama" jawab Maisarah lalu duduk sambil menutupkan matanya(tidur duduk).
"Pandai pula dia menjawab bangun cepat pergi mandi!" Tegas Umairah pada dua orang anak kembarnya itu.
Setelah anak-anaknya bergerak ke bilik air untuk membersihkan badan dia berfikir bagaimana dia ingin mengejutkan suaminya itu. Gerak anak bapa pula tidak bergerak, setelah 2 minit dia berfikir dia menjumpai idea jahatnya itu lalu dia mendekatkan bibirnya ke arah telinga Afiq."ABANG API!!" Jerit Umairah.
Terdengar perkataan api Afiq bikas bangun lalu berlari keluar daripada rumah itu dengan pakaian tidur dan rambut yang kusut. Afiq yang berlari keluar rumah dapat dilihat oleh ahli keluarga yang lain ia juga membuatkan mereka ketawa terbahak-bahak.
"Eh! Mana apinya?" Hairan Afiq setelah dia tiba di luar rumah.
"Abang! Cari apa?" Tanya Umairah dari tingkap yang berada didalam biliknya. Melihat gelagat suaminya pada pagi itu sangat membuatkan dia bahagia.
"Tadi Sayang cakap api! Abang cari apilah!" Jawab Afiq apabila melihat isterinya tidak henti-henti ketawa.
"Itulah tadi orang kejut bangun tidur susah sangat, cakap api je terus lari ke luar" jujur Umairah pada suaminya.
"Kalau ye pun jangan sampai macam tu sekali!" Marah Afiq pada tindakan isterinya.
Umairah yang melihat reaksi suaminya itu dia telah dapat membaca bahawa Afiq kurang senang dengan tindakan yang diambilnya. Dia segera berhenti ketawa lalu menuruni anak tangga untuk mendapatkan suaminya itu. Tidak sampai 3 anak tangga dia turuni, dia terserempak dengan suaminya namun apakan daya Afiq hanya sekadar lalu tanpa memandang wajah isterinya. Sedaya upaya Umairah cuba untuk memujuk Afiq tetapi tidak berjalan. Dengan takdir Ilahi Umairah terlanggar kesan tumpahan air dilantai lalu hampir saja di ingin terjatuh sempat tubuhnya di sambut oleh Afiq.
"Beratnya sayang, sayang dah gemuk ke?" Sakat Afiq.
"Ish! Abang ni tak romentik langsung" rajuk Umairah lalu dia bangun dan menolak tubuh Afiq ke tepi.
"Eleh itu pun nak merajuk" sakat Afiq tanpa henti.
"Yelah macam mana tak merajuk, Umairah bukannya gemuk! Umairah berat sebab abang yang buat, umairah jagakan je!" Marah Umairah yang dalam pada masa yang sama ingin bermain teka-teki bersama suaminya.
"Eh! Abang pula, apa yang buat?" Soal Afiq yang semakin tidak faham akan kata-kata isterinya.
"Yelah abang tengok perut ni membesar kerja abanglah ni!" Ujar Umairah yang masih ingin berteka-teki.
"Ha? Abang tak faham lah sayang perut tu besar sebab sayang banyak makanlah kan?" Kepala Afiq makin dilema persoalan yang agak menguji mindanya dipagi hari.
"Dalam perut Umairah ni ada anak ke-3 MOHD AFIQ lah Cik Abang" ujar umairah dengan menyebut sepatah demi sepatah.
Muka Afiq yang tadinya agak begis dan keliru kini tidak kelihatan lagi, yang ada cuma wajah yang merah padam akibat penerimaan berita yang amat menggembirakan. Dia seakan-akan ingin melompat-lompat saja disana. Umairah yang melihat reaksi suaminya itu, jiwanya bagaikan ingin ketawa sekuat hati.
"Abang kenapa? Abang tak suka ke?" Soal Umairah apabila melihat Afiq yang hanya tercegat tanpa sebarang ucapan.
"A...Ab..Ab..Abang okey..Abang okey. Abang suka sangat..abang seakan-akan tidak percaya" jawabnya dengan tergagap-gagap sambil menayangkan barisan giginya. Dengan pantas Afiq berlari menuruni anak tangga untuk berjumpa dengan semua ahli keluarga.
"Semua! Afiq dah ada tiga anak!" Jerit afiq yang penuh kegembiraan sambil menunjukkan jarinya. Mendengarkan kata-kata Afiq seluruh ahli keluarga turut gembira lalu mengucapkan taniah pada yang tuan badan.
YOU ARE READING
Siapa saya pada KAMU ?(slow Update)
SpiritualKehidupan seorg guru yang tanpa disedari jauh lebih byk dugaan..