Pap!
Terhinjut bahu kami berenam apabila bunyi pintu tutup kuat.
"Oh Mak kau Adli beranak lapan!"tergelak aku dan Shikin dengar Aishah melatah.
"Kau melatah aku beranak lapan?"tanya Adli sambil angkat kening kirinya. Aishah tersengih macam kerang busuk.
Krikkk! Krikk!
Bunyi pelik itu menyentakkan kami. Rumah dalam itu penuh dengan habuk dan sarang labah-labah.Aku berpeluh tetiba
"Kau kenapa Kit berpeluh tetiba?"tanya Syamim. Aku tidak balas hanya diam sahaje. Aishah pandang aku dan pandang ke arah aku sendang pandang.
"Ouh.....aku dah faham"ujar Aishah. Terus Shikin angkat kening kanannya tanda ape
"Kit kan ade Arachnophobia"kata Aishah. Aku mengangguk kepala tanda setuju.
"Takpe jangan risau kita orang ade"ujar Ammar. Aku tenang sedikit sahaje apabila dengar kata Ammar.
"Just jangan pandang ke arah situ,okay?"minta Ammar dengan penuh nada risau. Aku mengangguk sahaje.
'Jap, Ammar risau tentang aku??'desis hatiku. Lepas tu aku senyum lebar dalam hati.
"Jom kita gerak ke ruang tamu"kata Adli. Kami berenam bergerak ke ruang tamu.
"Okay kita duduk kat sini je"ujar Adli.
"Duduk kat sini??"tanya Shikin. Ade kemarahan api dalam nada dia. Adli mengangguk.
"Gila la kau ni Li"kata Aishah pulak kali ni. Adli hanya diam lalu dia buka zip begnya keluarkan papan?Terbeliak mata aku tengok dia bawak benda alah tu
"Kau bawak the spirit of the coin?!"tengking aku kat Adli.
Okay ni bukan main2 tau. Rumah ni dah lah orang tak tinggal untuk lama. Mana tau ade benda yang tak sepatutnya ade. Budak yang takde otak ini pulak bawak benda alah itu ke sini.
"Apa tujuan kita datang sini? Main spirit of the coin di rumah kosong doh!"
'Gila la kau ni Adli'desis hati aku.
"Dah duduk. Kita main"ujar Adli sambil duduk di depan papan itu.
"Tak nak aku"menolak aku begitu jugak Shikin dengan Aishah.
"Alah main ni takde ape pun berlaku lah so chill je lah"tenang je Adli kata.
"Kepala otak kau nak chill!"suara aku naik seoktaf. Dada aku juga naik turun. Aku dah hilang sabar dengan mamat gila ni.
"Takyah lah jerit-jerit Kit"ujar Adli.
"Senang nak cakap Adli. Benda macam ni tak boleh main-main tau. Kau ingat ape kau ade magic power ke kalau ape-ape berlaku di luar kawalan kita,kau boleh hentikan. In your imagination lah!"aku cuba pujuk dia supaya dia berhenti benda karut ni. Tapi dia langsung tak dengar.
"Kau tak sayang nyawa kau ke Li?" Aishah bersuara setelah diam memerhati aku dan Adli gaduh mulut.
"Mestilah sayang. Gila lah kalau tak sayang"ujar Adli.
"Pastu kenapa kau buat macam ni?"tanya Shikin pulak. Ammar dengan Syamim pulak hanya diam sahaje dari tadi.
"Korang macam mana? Pujuk lah dia"kataku pandang Ammar dan Syamim. Tapi diorang diam sahaje,nampak sangat yang mereka pun ade kaitan dalam plan gila ni.
"Kau orang dah tau dari awal kan?"soalan aku buat mereka tunduk bawah. Aku dah agak dah!
"Guys,Ammar dan Syamim pun ade kaitan so we can't persuade them"kata aku. Aishah dan Shikin pandang satu sama lain.
YOU ARE READING
Misteri Rumah 666.
HorrorMengisahkan tentang enam sahabat yang terdiri daripada tiga perempuan dan tiga lelaki. Mereka mengambil kepututsan melulu untuk memasuki teres 666 iaitu rumah yang sudah bertahun tidak berpenghuni. "Kau bawak spirit of the coin?!" "Apa tujuan kita...