Aku terbangun apabila dengar bunyi orang cakap. Buka mata aku nampak Aishah dan Shikin sedang solat subuh.
Aku check dekat phone pukul berapa 6.00a.m. Aku terus tidur balik tanpa buat bunyi.*
*
*
*
*
*
*She sweet but a psycho.......
A little bit psycho.......Aku dengar lagu psycho apabila telefon aku berdering. 'Kacau betul lah...orang nak tidur aman pun tak boleh...ish'desis hatiku. Aku pandang screen phone aku muncul nama yang aku tak ingin.
Mar💞
Aku berdecit pandang nama dia dekat screen aku. Aku tak angkat biarkan sahaje. Terus aku masuk ke dalam bilik air untuk fresh up,biarkan telefon aku berdering.
Selepas mandi, aku pakai baju versi nike dan seluar trek. Lepas itu aku terus ambil phone aku dan turun ke bawah untuk minum. Sampai di dapur aku nampak Shikin dan Aishah sedang makan.
"Good morning guys"sapa aku.
"Good morning"mereka balas serentak sambil senyum manis.
"Makan ape korang?"tanyaku sambil ambil cawan kopi dan tuangkan ke dalam cawan tersebut. Aku ambil tempat di sebelah Shikin.
"Nasi goreng. Kau tak makan ke Kit?"tanya Aishah sambil suapkan nasi goreng ke dalam mulutnya. For your guys information Aishah ni kalau tak makan nasi goreng sehari pun dia takkan hidup.
Aku geleng kepala. Aku minum air sambil unlock phoneku. Buka je ade 20 normal missed call, 3 message dan 2 whatsapp missed call daripada Ammar. Hampir aku tersembur air dekat muka Aishah nasib aku tahan. Aku buka message tersebut,
Mar💞
Kit, I'm sorry. Tlg angkat call aku.
Tlg aku merayu Kit angkat phone.
Two missed call from Mar💞
Tlg angkat phone Kit!!!!
Urgent!!!!Fine.
Aku terus buka call log dan tekan nama Ammar.
Calling.......
"Hello"sapa Ammar disebelah talian.
"Hmmm"tu je aku balas. Kurang ajarkan aku ni tapi aku tak kisah pun.
"Kit sorry...."minta maaf Ammar suara dia mendatar.
"Sebab ni ke kau call aku? Baik tak call je jimat kredit aku"sindir aku.
Dia tak balas,aku pula mula bosan."Kalau tak de ape2,bye"baru je aku nak putuskan talian, aku dengar suara Adli cakap something kat Ammar.
"Ape benda?"tanyaku dingin.
"Adli nak jumpa korang. Jumpa kat kafeteria boleh tak?"tanya Ammar.
"Aku busy. Tanya kat Aishah dan Shikin diorang nak jumpa ke tidak"jawabku. Sengaja je aku cakap aku busy padahal aku free je.
"Ouh ye ke? Tak boleh skip ke kerja kau tu?"tanya Ammar tanpa putus asa. Aku mula naik angin
"Orang dah cakap busy tu fahamkan jelah."kataku dengan nada marah.
Senyap.
YOU ARE READING
Misteri Rumah 666.
HorrorMengisahkan tentang enam sahabat yang terdiri daripada tiga perempuan dan tiga lelaki. Mereka mengambil kepututsan melulu untuk memasuki teres 666 iaitu rumah yang sudah bertahun tidak berpenghuni. "Kau bawak spirit of the coin?!" "Apa tujuan kita...