BAB 1

350 14 1
                                    


“Chubby.. Chubby, hey tunggulah!” suara itu aku abaikan. Aku terus berjalan tanpa menoleh kebelakang, sesekali aku mengeluh. Sampai bila aku harus digelar chubby?

“Hey Chubby! Jangan lupa eh, kita buat kerja khusus ni sama-sama. Jangan biarkan aku buat sorang!” jerit Faris. Atau nama penuhnya Muhammad Faris Asyrani.

Ceh, siap boleh hafal lagi! Mana taknya, dialah orang yang paling aku benci dari sekolah rendah.

“Nur Aleeya Ayra, tunggu akulah!” langkahku terus terhenti. Aku memandang lelaki di belakangku, dia sudah tercungap-cungap mengejarku dari tadi.

“Nak apa?” soalku selamba.

“Kau boleh tanya aku nak apa? Kau fikir kau cantik sangat ke sampai nak main kejar-kejar dengan aku?” balasnya kasar. Nasiblah aku hati batu, susah nak menangis.

“Kenapa aku kena grup dengan kau?” soalku lagi.

“Mana aku tahu, salah kaulah sebab tak datang haritu!” kali ini aku menutup telinga, dari tadi duk tengking-tengking. Cabut anak tekak tu baru tahu!

“Ehem, encik Faris? Jangan salahkan aku sorang, kau pun tak datang jugak!” tengking aku pula.

“Sebabkan kau dah sakitkan hati aku, kau buat kerja khusus ni sorang-sorang. Present sorang-sorang. Faham?!” ujarku. Faris terus memberi renungan tajam padaku. Hah, fikir aku takut?

“Aku boleh report kau dengan guru disiplin.”

Aku memandang lelaki itu, lalu aku tersenyum sinis. “Belum sempat kau report, aku dah pindah sekolah.”
balasku. Barulah puas hati dapat kenakan dia.

__________________

“Beb, aku dah siap semua benda untuk presentation. Kau?” soal Maya padaku. Aku hanya menjulingkan mata ke atas tanda aku tak buat langsung. Biar cicak kobeng tu yang tanggung!

“Beb, kau tak takut ke?” aku menggeleng laju. Maya mengeluh kecil melihat tingkah laku aku begini.

“Woi chubby! Kau dah siapkan belum?” jerit seseorang dari jauh, haih Faris ni, dia memang cari pasal!

“Tak ada langsung, aku dah suruh kau buatkan?” balasku selamba.

“Wei wei, jangan gaduh. Cikgu..” bisik Maya, aku terus membetulkan posisiku seperti gaya baca buku. Ceh! Faris pula sudah merengus geram melihat aku yang memang tidak bersalah ini.

“Assalamualaikum cikgu!”

“Waalaikumussalam, baiklah semua boleh duduk.” arah Cikgu Faiza.

Semua murid duduk, selepas itu cikgu Faiza berbicara lagi. “Semua bahan untuk presentation dah sedia?” aku hanya buat-buat tak dengar.

“Dah siap cikgu!” jawab semua murid.

Aku dan Faris seperti tunggul kerana langsung tiada bahan untuk dibentangkan. Padan muka kau Faris!

“Baiklah, kita boleh mulakan sekarang.” kata cikgu Faiza.

Faris menepuk bahuku yang membuatkan aku terasa sedikit perit. Dahlah lelaki, pukul perempuan pulak!

Maya dan Ainur maju ke hadapan dengan yakinnya. Boleh tahan pembentangan diorang, lepas tu Daud dan Farhan pula, semuanya berpasangan dengan sama jantina. Kenapa kami lain pula? Hish!

“Baiklah, Faris dan Ayra?” kami duduk diam membatu. Nak gerakkan jari pun takut. Tadi bukan main lagi kau Ayra! Inilah padahnya sebab selfish!

Kami berdua bangun serentak, cikgu Faiza hanya menunggu untuk kami bentangkan kerja yang diberi.

“Cikgu saya sakit..” aduh serentak pula, dahi cikgu Faiza sudah berkerut. Aku nak cakap sakit perut, mamat ni sibuk pula ikut sekali!

Semua pelajar sudah memandang ke arah kami. Aduh, hari paling malang betul, lagi malang sebab dapat partner macam dia ni!

“Faris, Ayra. Mana bahan kamu?” soal cikgu Faiza yang mula serius. Kami sudah gelabah, dari riak muka sajalah. Takkan nak kesan seluruh badan kot.

“Kamu berdua ni kan! Kalau bukan disebabkan kamu berdua pelajar harapan sekolah. Dah lama saya gantung kamu berdua. Perangai teruk, selalu tak datang sekolah. Lagi apa kamu nak buat?” bebel cikgu Faiza dengan muka bengis.

Bagus Ayra, kau nak kenakan Faris, tapi kau kena sekali. Huh, nasib baik tak tercabut telinga dengar cikgu bebel dengan suara lantangnya lagi.

“Duduk dekat luar tu sampai balik!” kami terus dihalau keluar. Haih, lagi senanglah, tak payah belajar. Itulah cikgu, akal panjang sangat, suka buat denda macam tu.

“Kau ni kan, tak habis-habis cari pasal dengan aku.” Faris mula melepaskan kemarahannya.

“Siapa cari pasal sebenarnya? Hah? Siapa yang cari pasal, hei cicak kobeng, sedar diri sikitlah!” Aku mula naik angin. Dia tak sedar ke dia orang pertama yang cari pasal?

“Cicak kobeng kau panggil aku?” soalnya tidak percaya.

“Haa lah. Kau panggil aku chubby, aku panggil kau cicak kobeng. Amacam?” selalu sangat panggil orang chubby kan? Biar dia rasa pula apa yang aku rasa.

“Chubb.. Ayra, kau ni macam budak-budaklah. Biasalah, sekolah menengah. Benda ni benda biasalah.” aku melepaskan tawa hambar. Lalu aku memandangnya sinis.

“Aku ni perempuan, masih ada perasaan. Lagipun dari sekolah rendah kau panggil aku dengan gelaran tu.” balasku.

“Salah ke?” soal Faris yang langsung tidak merasakan dirinya bersalah dalam hal ini. Sebab hidung mancung, perangai pun ikut sama.

_______________________

“Selagi library ni tak bersih. Selagi tu kamu tak boleh balik. Kemas semuanya!” arah cikgu Faiza. Huh, dah marah sangat tu. Selalu tak macam ni.

CHUBBY.. I LOVE YOU! Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang