BAB 3🦄

6.1K 173 1
                                    

Rose masih tidak puas hati.

"Come on, kejap je. Jom la. Takkan Encik Zahin tak sudi kot? Saya cuma nak belanja lunch je. Ke... Encik Zahin ada lunch date?" Rose masih mencuba. Dia bercakap sambil menyandarkan badan ke kerusi. Tak kisah apa pun jadi. Dia tetap nak keluar makan jugak dengan Zahin. Muktamad!

Rose mengangkat sebelah kening kepada Zahin.

Zahin rasa bersalah. Bersungguh Rose hendak belanja. Apa salahnya dia pergi.

"Ok. Boleh la. Ikmal ikut ye." Zahin memetik nama Ikmal supaya dia tidak perlu pergi sendiri bersama Rose. Kalau ada Ikmal, dia tidak la rasa kekok sangat nanti.

Rose sudah senyum menang. Akhirnya, first step dia dah menjadi.

"So, mana tempat makan best area sini?" Rose berjalan disebelah Zahin manakala Ikmal mengikuti mereka dari belakang. Dah gaya teman orang dating dah Ikmal. Dia sudah menggeleng.

"Hai Cik Rose, bukan rumah awak area sini je ke? Tak kan tak tahu mana tempat makan best." Ikmal bersuara dari belakang. Rasakan! Dia sudah bergendang dalam hati. Seronok dapat mengenakan Rose yang dah gaya orang desperate tu.

Rose tersenyum kelat. Kecik besar ja dia tengok Ikmal. Kalau la Zahin tak ada, dah kena si Ikmal ni dengan dia.

Zahin yang masih sepi di sebelah mula membuka bicara. Dia berminat pulak dengan usikkan Ikmal. Gaya Ikmal ni macam dah lama kenal Rose.

"Owh, ye ke Cik Rose tinggal area sini?" Senyuman sengaja disorokkan daripada pandangan Rose.

Rose termalu sendiri. Ni gara-gara Ikmal la ni! Siap kau nanti! Bisik hati Rose.

"Ha ah... Tapi, rumah kat area sini papa saya buat sewa dulu. Tapi sekarang dah kosong. Jarang la saya balik sini. Tu yang tak familiar sangat dengan kawasan sini." Sengaja Rose menekankan ayat terakhir. Dia tahu mesti Ikmal tengah bergelak kat belakang.

Setelah agak lama keadaan sunyi. Rose melirik wajah Zahin dengan hujung matanya. Sudu yang berada di tepi mangkuk dikuis sehingga jatuh mengenai lantai.

Ting!

Zahin dan Ikmal serentak mengangkat wajah mereka. Mereka memandang Rose yang menayangkan riak muka tidak bersalah.

"Auch, by bad." Rose menunduk mengambil sudu. Sebelum sempat dia mengambil sudu, senyuman senget terukir di bibir.

Zahin memandang Ikmal. Namun, lelaki itu tidak berperasaan. Dia sudah kalut.

Zahin mendekatkan bibirnya ke telinga Ikmal membisikkan sesuatu.
"Aku akward la dengan Rose ni. Seram bila lama-lama kat sini."

Ikmal hanya senyum sambil menepuk lembut bahu Zahin tanda menyuruh lelaki itu bertenang. Kalau la kau tahu siapa Aisyah Rose yang sebenarnya, mesti kau lagi seram Zahin... Suara hati Ikmal berbisik sendiri.


Zahin menyandar badan ke kerusi. Dia menarik nafas panjang. Lengan baju dilipat hingga paras siku. Terserlah ketampanan Zahin Azlan apabila dia sudah berubah gaya. Kalau tidak, asyik dengan blazer sahaja. Ikmal yang tengok hari-hari pun boleh muak, nikan pulak gadis-gadis kat office. Patut la membujang sampai sekarang!

Ikmal masuk be bilik pejabat Zahin setelah mendapat panggilan daripada boss merangkap kawan baik semasa mereka sama-sama belajar di universiti dahulu. Setelah masuk, dia mendekati meja dan duduk di kerusi berhadapan meja kerja Zahin.

"Kau panggil kenapa?". Ikmal menyilangkan kaki. Kalau Zahin panggil dia masuk guna whatapps ja mesti ada benda peribadi nak dibualkan. Kenal sangat dia dengan Zahin Azlan ni.

"Aku tengok kau dengan Rose tu macam dah lama kenal je. Am I missing something?" Soalan yang ingin ditanya sejak daripada balik dari makan tengahari dengan Rose tadi sudah mula keluar dari bibir. Zahin perasan, Ikmal melayan Rose seperti mereka berdua memang mengenali antara satu sama lain.

Kalau tidak, manakan Ikmal berbual rancak macam tadi tu dengan perempuan lain. Tengok ja si Ikmal ni sado, tapi takut bini tau! Katanya bukan takut bini, tapi sayang bini. Apa-apa sahaja la si Ikmal ni.

"Owh, Rose tu member lepak bini aku." Ikmal menjawab soalan Zahin menyebabkan lelaki itu mengangguk kecil.

TBC

THE POSSESSION OF ROSE🦄 ✔️Where stories live. Discover now