BAB 7 🦄

4.8K 153 5
                                    

Ikmal terkejut saat masuk ke pejabat yang dikhaskan untuknya. Zahin sudah bersandar di kerusi yang sepatutnya dia duduk untuk menjalankan tugasnya. Ikmal pula mengambil tempat di kerusi bertentangan supaya mereka boleh berbual dengan selesa.

Melihat Zahin yang kelihatan serabut, Ikmal mula bertanya. Dah gaya orang mati bini dah si Zahin ni. Tie pun longgar semacam aja.

"Kenapa pagi-pagi dah ada dalam office aku ni? Are you ok bro? Serabut semacam je aku tengok." Ikmal masih memandang susuk tubuh serabut milik Zahin. Tangannya lincah menghidupkan komputer riba yang baru dikeluarkan daripada beg kerja.

Zahin mendengus geram campur kusut. Tangan meraup muka.

"Kau tanya aku kenapa? Patutnya aku yang kena tanya kau... Kenapa kau bagi alamat rumah aku kat Rose? She had ruined my weekend. Pening kepala aku." Zahin menjeling geram Ikmal di hadapan yang dilihatnya sedang leka dengan komputer riba tanpa mempedulikan keserabutan yang dia rasakan.

Ikmal mula menghentikan kerjanya. Mata dialihkan daripada skrin komputer riba kepada Zahin. Dia terkejut mendengar luahan Zahin. Tak sangka Rose bertindak sedemikian.

"Rose pergi rumah kau betul betul? Aku ingat dia saja mintak je. In case, ada discussion ke pasal project resort tu. Dia pergi buat apa?" Ikmal sudah melipat komputer ribanya. Topik mengenai Rose lagi menarik daripada kerja yang sedang dia buat.

Zahin tepuk dahi. Dia cuba menyelesakan duduk. Tali leher ditanggalkan terus dari tengkuk.

"Kau nak tahu, Rose datang rumah aku pagi pagi buta. Ajak teman dia breakfast. Dia cakap, dia tak akan balik selagi aku tak teman dia keluar. Dia goda aku!" Zahin melontarkan ayat terakhir secara berbisik sedikit. Risau pula ada staf lain yang dengar. Nanti tak pasal pasal keluar gosip pula. Zaman sekarang ni bukan boleh percaya. Staf sendiri yang digajikan pun boleh bawak mulut merata pasal gosip boss.

"Goda kau?." Ikmal menayang muka tidak faham. Bukan dia tidak kenal Rose tu. Tapi, cara Zahin cerita ni nampak sangat yang gadis itu sudah melampaui batasnya. Sejujurnya, dia lagi percaya Zahin daripada Rose. Perempuan itu tidak terduga.

Sekali pandang, nampak ayu bertudung. Tapi, jangan terkejut kalau godaan dia lebih hebat daripada model kat luar sana.

"Dia siap bagi cop mohor lagi kat aku. Aku rungsing la fikir pasal dia. Kejap lagi dia ajak aku lunch pulak. Tapi, yang hairanya, kenapa la aku boleh pulak setuju je dengan semua permintaan dia. Tu lagi satu aku rungsing." Luah Zahin lagi.

Ikmal kerut dahi. Cop mohor? Dia tidak faham.

"Maksud kau cop mohor tu? Aku tak faham."

"Lipstick. Dia calit dekat aku wei." Zahin menayangkan jari telunjuk ke tempat yang 'ditanda' oleh Rose.

Ikmal telan liur.







Zahin bergegas turun ke bawah. Baru sahaja jam menunjukkan tepat ke pukul 12:30 dia sudah mendapat pesanan ringkas daripada Rose.

12:30
Rose
I kt bawh ni. I gve U five mnit. Klau x turun, I naik. 💋

Sampai sahaja di bawah, Zahin mencari kelibat wanita itu. Tidak ada walaupun masih ada satu minit masa yang diberikan. Takkan la Rose dah naik atas.

Beberapa kali hon kereta berbunyi membuatkan Zahin berpaling ke arah sebuah audi R8 yang betul betul diparkir di hadapan tangga. Cermin tingkap dibuka. Terserlah wajah Rose dengan tudung bawal merah cili sedang tersenyum kepadanya.

Zahin mengeluh. Dengan malas kaki melangkah masuk ke dalam kereta itu. Tak sangka pula Rose datang naik audi. Haritu datang rumah dia bawak civic ja.

Rose mengerling Zahin yang berada di sebelah sambil menumpukan penuh perhatian pada telefon bimbitnya. Nampak sangat terpaksa keluar dengan dia. Tapi, ada Rose kisah? Lagi susah nak dapat, lagi dia suka. Tak la nampak murah sangat lelaki ni.

"I suka bila you kalut cari I macam tadi. You know? You look so sweet. You boleh je kan masuk terus dalam kereta. But, when I saw you yang kalut sangat cari I tadi. I rasa beruntung." Sengaja Rose menamatkan keadaan yang sunyi sepi.

Zahin diam. Dalam hati sudah berbakul sumpah seranah Rose.

"Mana la saya cam awak. Hari tu awak datang rumah saya naik civic je." Zahin mula bersuara.

Tidak sedar dia sudah terperangkap.

"You ingat lagi I datang rumah you naik apa? Wow! I dah cakap, you ni sweet. You biasa biasakan la diri you dengan I. I will drive three different car. First, kalau I nak keluar saja saja, I will drive civic yang macam I bawak masa pergi rumah you. Second, this car. This car ikut mood I la. Macam sekarang, I nak bawak someone special, I will drive this. And the last one is Axia. I will drive bila perlu outstation. Fuel save!" Panjang penjelasan Rose. Dia sengaja nak menambah meriah keadaan setelah dia perasan bahawa Zahin masih kekok dengan dia.

Zahin pula. Menayang muka 'ada aku kesah?'. Tak perlu kot nak cerita pasal kereta apa semua. Kalau dia mula cakap pasal kereta dia nanti, ternganga pulak si Rose tu.

"Ok." Hanya sepatah ayat keluar. Malas nak layan.

TBC

THE POSSESSION OF ROSE🦄 ✔️Where stories live. Discover now