BAB 22🦄

4.9K 123 0
                                    

Sebulan kemudian...

Riuh suara tetamu yang hadir ke rumah Datuk Khalid dan Datin Diana. Tadi sudah berlangsung acara akad nikah antara puteri kesayangan mereka dengan jejaka pilihannya Zahin Azlan di masjid berdekatan. Manis sahaja wajah Rose apabila sah bergelar isteri.

Malam ini acara resepsi pula akan diadakan di sebuah hotel.

Keluarga Zahin sedang bersembang dengan keluarga Rose di sebuah meja santai. Manakala pengantin berdua tu tengah sibuk bergambar dengan tetamu yang tak putus putus hadir. Maklum sahajalah Rose kan puteri tunggal Datuk Khalid dan Datin Diana. Jamuan makan yang pada asalnya nak dibuat kecil kecilan berubah menjadi kenduri pula.

Rose duduk di sebuah kerusi apabila tetamu sudah agak lengang. Terasa penat badannya. Malam ni nak kena senyum lagi. Acara resepsi masih belum diadakan. Dia meneguk air di dalam cawan. Perangai lelaki Rose dah menjelma. Dia sudah tidak hairankan sesiapa yang tengok. Yang penting, dia harus rehat sekejap.

Zahin yang sedang melihat gelagat Rose tersenyum. Dia tahu, pasti wanita yang sudah bergelar isteri buatnya itu lagi penat. Dari tadi lagi Rose terpaksa senyum apabila banyak  yang ingin bergambar.

"Penat ke?" Soal Zahin apabila dia sudah melabuhkan punggung di kerusi sebelah Rose.

Rose mengangguk sambil menghela nafas panjang. Bukti dia sudah kepenatan.
"I nak naik atas la. Nak tidur kejap. Malam ni nak senyum lagi. Lama lama senyum ni boleh lenguh tau mulut I. Nanti tak rasa mulut dah. You tak nak ikut?." Zahin menggeleng perlahan.

Rose bangun dari kerusi untuk naik ke bilik apabila sudah mendapat respon dari si suami.

Zahin yang keseorangan menyertai ahli keluarga yang lain di meja santai.

"Kenapa tu? Menonong je naik atas." Datin Diana menyoal menantu barunya yang datang menyertai mereka.

Mata yang lain juga tertumpu ke arah Zahin.

"Dia dah penat. Dah tak larat nak senyum katanya. Dia cakap dah tak rasa mulut. Nak naik tidur." Zahin menerangkan kepada yang bertanya.

"Owh... Zahin pun kalau penat naik la rehat dulu. Malam nanti ada lagi acara." Suruh Datin Diana perlahan.

"Tak apa la. Kejap lagi kot." Zahin menambah. Dia sebenarnya segan dengan keluarga mentua. Takkan lah pengantin lelaki nak naik bilik sedangkan tetamu masih ramai di bawah. Nanti apa pula kata mummy daddynya. Memang la dipelawa, tapi dia yang segan.

🌹🌹🌹

Tersenyum Rose melihat busana berona nude yang dirias dengan taburan bunga mawar merah yang tersarung pada tubuh. Sangat cantik! Itu sahaja yang dapat diungkapkan oleh bibir. Kena warna tu dengan dirinya. Tudung yang berwarna merah menaikkan seri kulit putih seorang Aisyah Rose. Semestinya persalinan itu daripada Jason Couture. Butik kegemaran Zahin.

Zahin yang segak dalam persalinan kot hitam dengan kemeja nude pula bagaikan jejaka idaman para gadis. Segak lelaki itu. Rose berpuas hati. Sesungguhnya dia yakin dengan pilihan yang dibuat. Di hari bahagia, sudah semestinya mereka mahukan yang istimewa.

"Dah siap? Jom turun. Ikmal dah runggu kat luar." Zahin menghampiri tubuh Rose yang masih kaku di hadapan meja solek sambil merenung wajahnya sendiri di cermin. Bahu Rose dipegang keduanya.

Rose  melantunkan senyuman dalam cermin kepada Zahin. Dia kemudiannya mengangguk perlahan.

"Ready..." Rose bangun sambil Zahin menolong membetulkan baju yang terleret dibelakang. Pintu bilik hotel dibuka dan terpacarlah wajah pengapit mereka berdua iaitu Ikmal dan Suraya.

"Wah! Cantiknya kau Rose." Suraya teruja melihat Rose. Selalunya tak pernah Rose nampak ayu. Nampak macam lelaki ja selalu. Tapi malam ni lain sangat. Mungkin itu yang dikatakan seri pengantin

"Ye la tu." Rose pula membalas.
"Eh. Hana tak dapat datang kan? Habis majlis nanti kita vc dia. Kesian kat dia. Tiba tiba katanya ada meeting kat Sabah." Rose teringatkan Hana iaitu seorang lagi kawan mereka yang tinggal di Perak.

Suraya hanya mengangguk.

🌹🌹🌹

Majlis resepsi berjalan lancar seperti yang dirancang. Semua tetamu sudah pulang. Tinggal ahli keluarga terdekat sahaja yang masih rancak bersembang macam tiada kesudahan. Entah apa yang dibualkan pun tidak tahu. Dari majlis akad pagi tadi lagi duk bersembang.

Di meja depan sekali, Zahin, Rose Ikmal dan Suraya sedang bersembang sambil menjamu selera. Kek yang bersisa di dalam piring kaca bersaiz kecil dipandang Rose tanpa riak. Sesungguhnya dia sudah terlampau kenyang. Tak boleh masuk dah. Mata pun sudah tak larat nak celik. Kalau la di depan mata ada bantal. Rasanya dia sudah nyenyak dibuai mimpi.

"Korang ni tak nak balik lagi ke Ikmal. Aku dah mengantuk sangat dah ni. Dah nak dekat pukul 2 pagi dah. Balik la wei. Nanti nanti la sambung sembang bohong tu eh?." Rose 'menghalau' kawan baiknya yang masih rancak berborak dengan Zahin bagaikan tiada hari esok.

Ikmal dan Zahin berpandangan sesama sendiri.
"Amboi! Halau nampak Puan Rose. Kejap la. Kami tengah sembang pasal office ni. Zahin kan nak cuti. Nanti aku call dia waktu dia cuti, kau jugak yang marah. Kacau honeymoon korang la, apa la. Ni aku nak settle siap siap la ni." Balas Ikmal tidak bersalah.

Rose hanya menjuihkan bibir. Dagu ditongkat dengan tangan. Suraya pun dilihatnya sudah tidak dapat menahan kantuk. Suraya pun dah dibuai mimpi sambil melentok di atas kerusi. Tak senonoh betul isteri kau Ikmal! Muka ja cantik!

TBC

THE POSSESSION OF ROSE🦄 ✔️Where stories live. Discover now