PROLOG🦄

12.3K 239 9
                                    

Rose berjalan perlahan memasuki ruangan masjid ditemani dua orang bestfriendnya iaitu Hana dan Suraya.

Senyuman manis masih mekar di bibir. Dari jauh dia sudah melihat betapa segaknya seorang lelaki yang sedang duduk dihadapan seorang lelaki berserban putih.

Kurang dari setengah jam, lelaki itu akan sah menjadi miliknya. Dia sudah tidak sabar! Dah lama Rose mengimpikan lelaki itu menjadi suaminya walaupun pertemuan pertama mereka tidak seperti yang disangkakan.

Kini, segalanya telah berubah. Dia sudah menang! Menang dalam menggoda Zahin untuk dijadikan suami buat selamanya.

Senyuman bahagia terukir saat terkenang segala usaha dia memikat Zahin Azlan untuk dijadikan haknya yang sah.


THE POSSESSION OF ROSE🦄 ✔️Where stories live. Discover now