BAB 11🦄

5.1K 145 1
                                    

"Eh? Rose nak pergi mana ni? Gym?" Datin Diana menyoal anak daranya apabila melalui bilik gadis itu. Sewaktu dia lalu, pintu bilik Rose renggang sedikit. Ditambah bau mintak wangi Victoria Secret yang semerbak menguatkan keyakinan Datin Diana bahawa Rose akan keluar malam ini.

Rose memusingkan badan melihat mamanya yang sedang berdiri di pintu bilik. Dia yang hanya mengenakan sweater lengkap dengan hoodie dipadankan dengan tudung bawal hitam sedang mencalit lipbalm pada bibir supaya tidak kelihatan kering dan pucat.

"Tak la ma. Nak pergi rumah kawan jap. Dia tak sihat. Demam. Rose risaukan dia." Rose bercakap sambil memasukkan barang barang yang akan dibawa bersama ke dalam beg sling bersaiz sederhana.

Datin Diana mengangguk.

"Owh. Ok. Jaga diri. Jangan balik lewat sangat. Lagi satu, pintu tak payah kunci pun tak apa. Along nak balik kejap lagi." Datin Diana memberi arahan dalam masa yang sama memberitahu Rose bahawa anak sulungnya yang digelar 'along' dalam keluarga akan pulang.

"Along nak balik? Tak cakap kat Rose pun. Sampai hati dia. Tunggu la dia esok." Rose sudah menayang muka tidak puas hati. Dia bercekak pinggang.

Tergelak Datin Diana melihat Rose. Rose dan anak sulungnya Danial sememangnya rapat sejak mereka kecil lagi. Maklum sahaja, hanya dua orang tu ja anak Datuk Khalid dan Datin Diana. Kalau tak rapat, tak tahulah macam mana nak handle.

"Glasses jangan lupa pulak. Tak sampai rumah pulak nanti." Sempat Datin Diana mengingatkan Rose supaya membawa sekali cermin mata.

Ya. Rose perlukan cermin mata bila memandu malam malam.

🌹🌹🌹

"

Assalamualaikum!" Rose menolak pintu rumah Zahin.

Terbuka.

"Ish, dah suruh kunci pun tak kunci jugak. Apa nak jadi la. Degil! Ish! Nasib baik sayang..." Rose bercakap seorang diri. Dia geram dengan Zahin yang tidak menurut apa yang disuruh.

Pintu yang dibuka dibiarkan ternganga sebagai langkah berjaga jaga. Almaklumlah zaman sekarang ni, macam macam boleh jadi.

Kelibat Zahin yang tidak berbaju keluar dari arah dapur.

Tanpa sedar, Rose mengukir senyuman. Akhirnya, dapat tengok body Zahin.

Zahin masuk semula ke dapur dalam keadaan terkejut. Dia mengetuk kepala sendiri.

"Macam mana la boleh lupa, tadi Rose cakap nak datang malam ni." Zahin mengomel sendiri.

Timbul idea jahat Rose. Sengaja dia memanggil manggil nama Zahin sambil menonong masuk ke dapur. Dia nak usik sedikit lelaki itu. Mesti comel. Ahaks.

"Nak tayang body kat I ke? Tak payah la malu. I dah tengok la. Suatu hari nanti, bukan takat I tengok je body you tu. I sentuh sentuh lagi." Rose menjongket sebelah kening. Senyuman seram terukir.

Zahin tidak keruan. Perasaan malu dan takut bercampur. Dia cuba beriak tenang.

"Awak cakap apa ni?" Zahin bertanya walaupun dia sudah tahu maksud Rose.

"Nothing! Eh. Pergilah pakai baju dulu. Nanti tak pasal pasal I tak jadi balik rumah I. You nak I tidur sini?" Rose sudah berlalu ke arah ruang tamu. Cermin mata ditanggal dan diletakkan ke atas meja kopi. Beg dilucutkan daripada bahu.

Rose hanya mengerling Zahin yang berlalu ke arah tangga dengan lirikan mata. Dia tersenyum. Lucu dengan perangai Zahin yang takut takut. Rose pasti, Zahin bukanlah seorang lelaki yang slow. Tengok cara pun dah tahu. Bukan sekali dia terserempak dengan Zahin kat gym tu. Tapi Rose sengaja tidak mahu menegur.

Kalau tegur, tak pasal pasal Zahin quit dari gym tu. Dia jugak yang rugi. Tak boleh la nak rengok Zahin workout lagi.

"You betul dah sihat? Esok kalau nak pergi kerja, call I. Nanti I jemput. Ni, tadi masa nak datang I singgah farmasi. Belikan you ubat. Sweet tak I?" Rose menghulurkan plastik kecil berisi beberapa pek ubat di dalamnya. Dia menayang muka comel.

Tanpa Zahin sedar, dia tergelak saat melihat wajah comel Rose yang nampak macam gigih sangat buat posing tu.

"Kenapa gelak? Muka I ada nampak macam clown ke?"

"Tak ada la. Awak cantik berganda dari clown." Zahin bagaikan tersedar dari lamunan. Dia tak tahu macam mana ayat tu boleh keluar.

Habislah kena bahan dengan Rose kejap lagi. Zahin macam nak hentuk hentuk kepala dekat dinding sekarang ni.

Rose tersenyum bangga. Akhirnya! Akhirnya! Pastilah ada rasa suka sedikit Zahin buat dirinya. Pengakuan itu boleh buat Rose tidur tak lena la malam ni.

"Well... I memang cantik. Untung you Zahin." Rose mencuit hujung hidung Zahin. Dia suka! Dia suka!

"Zahin Azlan, you're mine!"

Rose bergelak ketawa dalam hati.

TBC

THE POSSESSION OF ROSE🦄 ✔️Where stories live. Discover now