BAB 30🦄

5.5K 115 1
                                    

Australia...

"Kau tak kerja ke harini?" Soal Mikael yang duduk di atas kerusi meja makan sambil mengacau air milo di dalam mug.

Zakwan tidak beriak. Dia menyarung jaket kulit ke tubuh. Soalan dari Mikael diabaikan. Kemudian barulah dia pergi ke dapur melihat apa yang ada di dalam peti sejuk untuk dimakan.

"Tak. Aku ada kerja kat luar. Kau duduk rumah elok elok. Kau dah sihat kan?" Zakwan sudah menyertai Mikael di meja dapur.

"Dah... Aku dah kerja lusa. Dah lama sangat aku duk rumah susahkan kau." Kata Mikael sambil tersenyum memandang air milo.

Zakwan mengangguk kepala.

"Bagus la kalau macam tu. Tak payah lagi nak sedih pasal perempuan jalang tu. Kau tu lelaki. Sepatutnya kuat. Ni dapat dugaan sikit dah sakit sampai nak mati." Bebel Zakwan. Zakwan tetap Zakwan. Mulut lelaki itu tetap pedas walau diberi gula sekilo untuk dimakan.

"Okay la Mike. Aku nak keluar. Nanti aku bawak balik makanan. Kau tak payah masak. Tapi kalau rajin, kau kemas la bilik aku sekali." Zakwan menepuk bahu Mikael. Lalu dia meninggalkan lelaki itu sendirian di rumah.

🌹🌹🌹

Semua pekerja yang berada di dalam restoran itu terkejut dan gembira melihat kelibat Rose. Semua di situ merupakan pekerja papa yang belum sekalipun bertemu dengannya. Nasib baik pengurus restoran itu, Kamal kenal dengan Rose. Itupun Datuk Khalid meninggalkan frame gambar keluarganya di dalam pejabat. Kalau tidak, dia pun tidak kenal.

"Miss..." Kamal menghampiri Rose ingin memastikan bahawa benarkah wanita itu anak kepada Datuk Khalid.

Rose tersenyum.
"Madam Rose...  You can just call Rose. So how was the restaurant? Everthing perfect?" Soal Rose lagi sambil memeluk tubuh.

"Alhamdulillah. Everything going well. And Datuk nak buka new branch soon." Bangga Kamal menjawab pertanyaan Rose. Begitulah pekerja papa. Penuh keyakinan!

"Sure? Hmm... Datuk tak cerita pun kat saya." Tebak Rose lagi.

Mereka kemudian ketawa.

🌹🌹🌹

Berkali kali Zahin cuba menelefon Rose tapi tetap tidak berangkat. Dah beratus pesanan dihantar. Tak cukup dengan itu, di media sosial pun dia mengirim mesej. Namun, semua usaha hampa belaka. Tiada satu pun balasan dari Rose.

Rose hanya membaca tapi, tidak dibalasnya. Tapi Zahin masih tenang. Sesiapa pun tidak tahu soal ini. Sudah tiga hari isterinya tidak pulang. Dia bertekad, kalau seminggu Rose tidak pulang, dia akan mencari. Walau tidak tahu harus mencari di mana? Dia akan tetap usahakan.

Yang penting, dia harus bertenang dan mengawal emosi. Nasib baik dia bukan jenis yang baran. Kalau tidak, sudah pecah belah suasana office sebab boss mengamuk. Nanti jadi gosip pulak yang 'boss meroyan ditinggalkan isteri' dalam kalangan pekerja.

🌹🌹🌹

"Ikut aku. Aku nak bawak kau pergi satu tempat ni. Esok kau dah masuk kerja kan. So harini aku nak la bawak kau keluar. Lagi pun, dah sebulan lebih kau asyik terperuk kat rumah." Zakwan memandang Mikael yang leka dengan komputer riba.

Mikael mengangkat wajah.
"Boleh... Aku pun bosan jugak kat rumah ni."

"Kalau macam tu, pergi siap cepat." Zakwan mengarah Mikael seperti anak kecil.

Mereka berdua jalan beriringan ke arah sebuah kafe yang halal untuk menjamu selera. Zakwan masuk ke dalam. Mata dililaukan mencari susuk tubuh seseorang.

Bola mata tertumpu pada seorang wanita bertudung yang dilihat dari arah belakang. Pasti itu Rose. Dia berjalan menghampiri. Mikael ikut sahaja di belakang tanpa banyak soal. Orang dah ajak keluar dikira beruntung! Nak soal banyak lagi.

"Kenalkan... Rose." Zakwan menarik kerusi di hadapan wanita itu sementara Mikael duduk disebelah Zakwan.

Mikael hanya senyum ke arah wanita itu. Entah siapa Zakwan bawak jumpa dia. Dia memang tidak kenal.

"Hai Mikael. Lama tak jumpa. Tak kenal dah." Rose menyoal nada mendatar. Dia tahu, Mikael tidak perasan kehadiran dirinya kerana penampilan sudah seratus peratus berubah.

Mikael terpinga pinga. Dia memandang wajah wanita itu dalam dalam. Dan...

Liur ditelan kesat.

"Aisyah?" Satu nama yang sudah lama dia ingin jumpa.

Wanita itu mengangguk perlahan. Namun, masih tiada sebarang riak.

"Kau nak jumpa sangat kan. Aku bagi chance. Korang borak la. Aku pergi meja dekat sana." Zakwan berlalu meninggalkan pasangan itu. Sebelum itu, dia sempat menepuk lembut bahu Mikael.

"Aisyah... Tak sangka saya jumpa awak jugak. Thanks sebab sudi jumpa saya." Luah Mikael. Kalau boleh, dia nak sahaja peluk wanita ini. Tapi, dia tidak boleh lakukan itu. Dari luar, sudah nampak betapa wanita itu sudah berubah.

"Saya nak awak luahkam apa yang awak nak sangat cakap dekat saya." Rose menambah. Dia sudah memandang ke arah Mikael.

Panjang bersembang. Masing masing meluahkan apa yang dirasa. Termasuklah Rose. Mulanya, Rose sabar. Namun, tetap jua suara kerasnya keluar tapi masih boleh dikawal.

Dan akhirnya selesai sudah antara dia dah Mikael. Tiada lagi 'hutang' Mikael pada dirinya.

"Owh. Sebelum terlupa. Saya nak bagitahu yang, saya dah kahwin." Rose mengusap cincin dijari manis. Mikael hanya senyum.

Ya, dia sudah perasan soal itu dari tadi lagi.

Zakwan yang melihat pasangan itu dari jauh hanya tersenyum senang. Akhirnya, dia dapat menunaikan permintaan Mikael. Sesaat kemudian hilang senyuman itu. Hatinya kembali berdebar. Perasaan seperti yang sebelum ini terlayar.

"Semuanya dah selesai Mikael. Kau dah boleh tenang."
Bisik hati kecil Zakwan.

TBC

THE POSSESSION OF ROSE🦄 ✔️Where stories live. Discover now