BAB 15🦄

5.1K 139 0
                                    

Keriuhan di bawah membuatkan Zahin turun melihat apa yang terjadi. Jarang jarang dapat merasa keadaan begini semenjak dia berpindah hidup sendiri. Telatah mummy dan daddy yang selalu bergaduh manja sering menjadi kerinduan buat dirinya.

Zahin pulang ke rumah keluarganya kerana dia bosan. Ya, semenjak hubungan dia dan Rose sudah sedikit demi sedikit bagaikan pasangan bercinta yang lain, dia sudah tidak keruan tinggal seorang lama lama di rumah. Kalau Rose ada di sini, setiap malam jugak la Rose ajak jumpa.

Dulu punya lah tak nak kat Rose. Sekarang tengok apa dah jadi. Rose tak ada, Zahin pulak yang angau.

"Zahin, tengok daddy tu. Dia tak bagi mummy remote. Mummy nak tengok hindustan." Datin Khaleeda mengacum. Sengaja nak berebut walaupun bukan ada satu tu ja televisyen kat rumah.

Zahin hanya senyum. Bahagianya hidup. Mummy dengan daddy dia selalu macam ni walaupun usia perkahwinan mereka sudah hampir 30 tahun.

"Ah takde, daddy nak tengok WWE." Datuk Amri menyorokkan remote televisyen di bawah sofa yang dia duduk.

"Zahin! Tolong la mummy!" Datin Khaleeda masih meraih simpati anak bujangnya. Dia tahu, Zahin pasti menyebelahinya.

Zahin ketawa melihat gelagat orang tuanya.

"Zahin nak tengok WWE jugak mummy. Malam ni, Ronda Rousey geng dengan Bella Twin. Kan daddy? Mesti best. Dulu diorang rival." Zahin menumpukan sepenuh perhatian pada televisyen yang menayang rancangan WWE kegemaran Datuk Amri.

Wajah masam mummynya dilirik dengan hujung mata. Saja nak tengok reaksi wanita itu. Mesti sakit hati dengan anak beranak ni. Sorry la mummy.

Datin Khaleeda hentak kaki. Geram! Kalau dah mood Zahin nak dengan daddy, daddy la yang dia menangkan.

Zahin dan Datuk Amri 'hi-five' apabila Ronda Rousey menghadiahi tumbukan kepada lawannya.

Anak beranak, sama ja.

🌹🌹🌹

Air fresh orange di atas meja disedut perlahan oleh Rose. Memandangkan makanan yang dipesan belum sampai, dia hanya berborak kosong dengan Zahin.

"Awak dah cari baju untuk dinner hujung minggu ni?" Zahin nemecahkan kesunyian. Daripada tengok sahaja Rose main telefon, baiklah bersembang. Boleh jugak dengar suara budak ni yang riuh semacam bila dah bercakap nanti.

Rose mengangkat wajahnya melihat Zahin. Dia menjongketkan bahu.

"Belum! I tak tahu nak cari baju macam mana. Kenapa? You nak belanja ke?" Rose senyum.

"Boleh aje. Nanti lepas makan saya bawak awak pergi butik Jason Couture." Zahin memancing minat Rose. Kalau dah perempuan kena pancing nak bawak pergi Jason Couture, mesti meroyan.

"Jason Couture? Serious la. You tak kesah ke bazir duit untuk I?" Rose sudah menolak air yang sedikit menghalang pemndangan wajah Zahin dari matanya.

Tidak sangka pula Zahin ni update. Tahu tahu ja apa perempuan idamkan. Butik Jason Couture tu dah la famous. Siapa yang tak nak pakai baju baju dari sana?

Zahin mengangguk. Kening dijongketkan sebelah.

"Mana ada bazir, lepas event, saya claim la balik kat awak. Saya nak tolong bayar je. Bukan nak belanja." Zahin bercakap dengan gaya bersahaja. Walaupun dia tahu Rose akan buat muka meluat kejap lagi, dia suka. Baginya, muka meluat Rose tu comel.

Hmmm.... Siapa dah gila bayang dengan siapa ni?

"Menyesal I. Ingat nak belanja. Kot kot la boleh jadi gentlemen. Tak apa la you, I repeat je la baju kat dalam wardrobe I tu." Rose menolak air ke depan semula. Muka Zahin yang seperti tahan gelak itu menaikkan rasa sakit hatinya.

Beberapa minit kemudian, makanan yang dipesan sampai. Mereka berdua menikmati makanan dengan hanya bunyi sudu garpu berlaga dengan pinggan. Malas Rose melayan. Lagi layan, lagi sakit hati. Dulu boleh ja senyap, sopan. Sekarang, sepatah ditanya, sepuluh dibidas balik. Dah tak ada Zahin Azlan yang lama!









Masuk ke dalam kereta, telefon Rose berbunyi tanda ada mesej dari pesanan aplikasi whatapps. Skrin telefon terus memaparkan.

Zahin mengerling melihat skrin telefon Rose. Kemudian, dia palingkan wajah ke arah Rose.

"Eh! Tu bukan gambar saya ke? Wallpaper phone awak gambar saya eh? Dapat mana?" Zahin bercekak pinggang sambil memandang Rose dengan mata yang sengaja dibulatkan. Acah acah garang la tu. Konon!

"Ha ah. Gambar you. I suruh Ikmal snap senyap senyap. Tak sangka you handsome dalam gambar ni." Rose senyum sambil menatap gambar Zahin.

"Ouh! Ikmal? Korang pakat la. Depan saya bukan main si Ikmal tu berlakon innocent. Belakang? Siap snap gambar bagai." Zahin membebel.  Mata masih melihat Rose di sisi. Cantik pulak hari ini. Make up dia pun nampak natural ja.

"I tak campur. I suruh snap je." Rose mengangkat tangan kedua dua belah gaya orang surrender.

"Kalau dalam gambar handsome, kat luar lagi handsome la kan?" Tanya Zahin kemudiannya sambil mengundurkan kereta dari tempat parking itu.

Rose menongkat dagu dengan tangan kiri merenung Zahin.

"You kat luar, sepuluh kali handsome dari dalam gambar. Sebab tu I tak sabar nak kahwin dengan you." Hidung Zahin dicuit seperti selalu.

Tergelak lelaki itu.

TBC

THE POSSESSION OF ROSE🦄 ✔️Where stories live. Discover now