BAB 26🦄

5.1K 115 2
                                    

Australia...

Zakwan setia memandang skrin komputer riba. Dia menghadap kerja yang tak pernah nak habis. Kemudian mata mencuri curi lihat Mikael yang terbaring di sofa. Dia hanya menggeleng. Menyusahkan betul kau ni Mike!

Zakwan mendengus geram. Nafas dihembus. Air didalam mug disisip perlahan bagi menghilangkan dahaga. Sudah berejam dia merenung komputer riba. Sudah semestinya dia sudah bosan. Akhirnya komputer riba dilipat. Kerja yang masih berbaki dibiarkan sahaja.

Zakwan bangun dari kerusi meregangkan otot yang bersimpul. Telefon bimbit dicapai lalu dia melabuhkan punggung di sofa single.

"Aisyah..." Dia teringatkan nama itu. Terus ikon instagram disentuh. "Dah bersarang ig aku". Bebel Zakwan. Dia sebagai seorang lelaki, tidak gemar menghabiskan masa dengan media sosial. Habis habis pun digunakan untuk mencari idea nak melukis pelan. Ya la. Tugas sebagai arkitek ni memang mencabar. Lagi lagi nak mencari idea yang fresh.

Terus Zakwan menyentuh ikon carian .

A.I.S.Y.A.H ejanya kemudian dia menunggu hasil carian.

"Banyak yang naik. Mana satu Aisyah kau ni Mike." Bebel Zakwan lagi. Dah macam mak nenek si Zakwan. Asyik nak membebel aja. Tambah pula dia tengok Mikael macam tu. Lagi la ringan mulutnya nak membebel.

Lama Zakwan scroll sampai ke bawah dan! Satu akaun milik wanita menjadi perhatian. Akaun bernama AisyahRose. Zakwan senyum.

"Tak private... Hmm... Hmmm..." Tanpa teragak agak, Zakwan melihat lebih terperinci akaun itu. Apabila disentuh, terpapar segala gambar di dalam. Dia terus mencari maklumat sehingga gambar yang pertama dikirim.

Location: Australia
Caption: Our proud

"Check mate! Finally!" Tersenyum bangga lelaki itu. Itu gambar restoran kebanggaan milik keluarga Aisyah yang bertapak di negara asing itu. Dan tahulah Zakwan bahawa itu adalah Aisyah.

Satu persatu dia membelek gambar yang dikirim dalam akaun itu termasuklah.

Location: Australia
Caption: Today, I have to left this country, left our proud, and left everything.
Tomorrow and the day after, I will not let my feet to stand here again.
My heart break...
Too much break...
Nothing left here...
For you, thanks for everything...

Gambar rintik hujan yang jatuh di atas sayap kapal terbang melalui tingkap ditatap lama.

Zakwan yakin. Itu adalah Aisyah yang dimaksudkan Mikael.

Sampai ke atas. Gambar paling terbaru.

"My half? She's married?" Zakwan menatap lama. Ya. Tampak bahagia wajah gadis itu. Bukan seperti yang dia lihat dahulu. Gadis itu datang berjumpanya dalam deraian air mata. Kejadian lama terlayar di minda.

"Saya nak tanya awak? Betul ke Mikael nak kahwin dengan Diane?" Gadis itu memandang Zakwan dengan mata yang membengkak. Wajah sudah merah padam.

Zakwan rasa bersalah. Mahu tak mahu, dia perlu menjawab soalan yang satu itu. Dia tidak sanggup membiarkan Aisyah menangisi.

"Aisyah... Saya nasihatkan awak baliklah Malaysia. Cari kebahagiaan awak. Mikael dah bukan macam Mikael yang dulu. Saya sendiri pun tak tahu apa yang dah merasuk dia tapi..." Zakwan menunduk.

Aisyah menangis. Laju air mata turun membasahi pipi mulusnya. Sanggup Zakwan menghalau dalam cara yang paling sopan.

"...tapi apa Wan? Cakap dengan saya. Saya perlu tahu." Rayu Aisyah dengan sisa tangis.

Zakwan menghembus nafas.

Dia memejam mata beberapa saat sebelum menyambung ayat yang dia kira boleh membuatkan Aisyah tidak dapat mengeluarkan kata lagi.

"Tapi... Dia dah banyak berubah. Dia bukan Mikael yang dulu... Yang awak kenal... Dia dah ubah jadi Mike... Mike yang suka berfoya foya dengan perempuan, yang suka clubbing. Yang..." lagi nafas berat dihembus. Hilang sekejap kata katanya.

"... Yang mabuk setiap malam..." Sayu tutur kata Zakwan.

Aisyah mengangkat muka. Wajahnya yang basah dengan air mata dilap kasar dengan belakang tangan. Tidak dia sangka lelaki yang dia sanjung selama ini telah mengkhianati dan merosakkan segala kepercayaannya. Sungguh dia hancur.

Sejak itu, Aisyah berubah. Dia jadi gadis yang matang. Tiada lagi cinta buat lelaki bernama Mikael atau Mike dalam kalangan teman di sana.

Setiap kata kata Zakwan memberi kesan yang mendalam. Terutama tentang perubahan Mikael ke arah sosial.

Dia kenal jejaka itu dulu adalah merupakan jejaka kampung yang datang belajar dengan bantuan biasiswa. Wang pun tidak selalu cukup. Dia yang banyak membantu. Tapi, siapa sangka. Lelaki itu sudah lupa diri. Lupa siapa yang menyenangkan hidupnya. Lupa siapa yang menanggung ketika terbeban dengan masalah kewangan.

Namun, Aisyah tidak mahu panjangkan cerita. Dia dengan rela menghalalkan apa yang telah dilaburkan kepada Mikael. Satu sen pun dia tidak mahu menuntut. Dia lebih rela mengharapkan yang di atas untuk membalas segalanya kepada Mikael.

Zakwan tersedar dari lamunan. Dia mengangguk. Dia perlu lakukan semua ini. Biar Mikael melunaskan segala dosanya terhadap Aisyah.

Zakwan segera menghantar direct message melalui aplikasi instagram itu kepada Aisyah atau lebih dikenali sebagai Rose.

+
Assalamualaikum. Hai Aisyah.
Ingat saya lagi?
Ni Zakwan.
Kawan Mikael.
Kita pernah jumpa dulu...
Saya sebenarnya, nak jumpa awak...
Hanya awak yang dapat bantu saya...
Ni sebab Mikael.
He's dying... slowly...
Kalau awak nakkan penjelasan, saya mintak tolong awak datang Australia.
Kami masih stay sini.
And...
I am begging you Aisyah. Please come?. He's dying...

Selesai mesej dikarang. Tanpa ditunggu lagi, dia menyentuh ikon send.

Terus mesej selamat sampai kepada Aisyah yang dia yakin sedang bahagia di Malaysia bersama si suami.

Zakwan mengalihkan pandangan melihat Mikael yang masih berselimut litup. Dia mengukir senyuman.

"Aku akan tamatkan semuanya."

Dia bercakap perlahan.

TBC

THE POSSESSION OF ROSE🦄 ✔️Where stories live. Discover now