BAB 31🦄

6.5K 115 1
                                    

"Kat sini dulu kita jumpa. Nanti bila saya dah balik Malaysia kita jumpa lagi. By the way, thanks sudi datang sini." Ujar Zakwan lembut sambil menghulurkan bagasi kepada Rose.

"Awak ada perancangan nak balik Malaysia?" Rose pula bertanya.

Zakwan nengangguk.

"Lepas semuanya selesai, lepas tanggungjawab saya pada Mikael selesai, saya akan balik Malaysia dan mungkin tak akan datang sini dalam masa yang agak lama?" Zakwan bercakap dengan penuh sopan. Entah dia tidak tahu bahawa itu yang keluar dari mulutnya.

Rose angguk perlahan.

"Baiklah. Emm... Nanti balik sana, kalau nak kerja boleh contact saya. Mungkin saya boleh tolong. Kirim salam dekat Mikael. Assalamualaikum."

Rose berjalan masuk ke dalam.

Zakwan melepaskan keluhan lega.

🌹🌹🌹

Teksi yang membawa Rose dari lapangan terbang berhenti di hadapan rumah. Usai mengeluarkan semua barang, dia masuk ke dalam rumah. Pintu yang terbuka luas sejak tadi membuatkan Rose senyum sedikit. Pasti mama yang datang. Kereta yang terparkir di luar itu adalah kereta Datin Diana.

"Assalamualaikum."

Semua mata sudah tertumpu pada Rose. Zahin yang sedang duduk di sofa dipandang. Sangat rindu pada wajah itu. Namun, Zahin tidak langsung memberikan senyuman. Dia masih tidak puas hati dengan apa yang dilakukan isteri.

Rose beralih pula pada Datuk Khalid. Papanya senyum penuh makna sambil mengangguk berisyaratkan sesuatu. Rose membalas dengan reaksi yang sama.

"Rose pergi mana?" Datin Diana sudah membebel. Sakit hati melihat anaknya itu yang tidak menunjukkan wajah bersalah.

"Rose selesaikan apa yang dah Rose mulakan bertahun tahun dulu. Rose mintak maaf kalau buat semua orang risau." Namun, ayat terakhir itu hanya ditujukan kepada Zahin.

Tajam pandangan Zahin kepadanya. Dia tahu, dia bakal dimarahi suami sebaik mama papa pulang nanti. Bersedialah untuk itu!

🌹🌹🌹

"Abang. Rose mintak maaf." Rose tunduk memegang tangan Zahin.

Zahin masih diam membisu. Dia bukanlah marah sangat. Dia sebenarnya hanya terkilan dengan apa yang Rose buat. Sudah la tidak minta izin, keluar rumah pun dia tidak tahu. Nasib baik Rose cepat pulang. Kalau lebih dari seminggu, dia mungkin akan mencari. Dan mungkin marahnya juga akan bertambah.

"Kenapa awak pergi tak bagitahu saya. Saya tunggul ke dalam rumah ni." Mendatar sahaja suara Zahin. Cukup membuatkan Rose rasa bersalah.

"Tak. Abang suami Rose. Rose sayang abang." Tanpa segan silu. Rose memeluk tubuh Zahin yang sedang duduk di sofa ruang tamu.

Zahin mengeluh. Macam mana ni Zahin? Bini peluk sikit dah cair. Dah tak jadi marah?

"Lain kali jangan buat lagi. Abang risau." Balas Zahin lembut.

Zahin mengeratkan pelukan. Rindu dan sayang pada gadis ini tiada berpenghujung.

🌹🌹🌹

Rose bangun membuka mata. Di tempat Zahin sudah tiada batang tubuh itu. Mingkin sudah bangun membersihkan diri. Rose turut bangun mengemas tempat tidur.

Deringan telefon membuatkam Rose ke arah meja sebelah katil.

"Hello?"

"Rose saya ada berita duka."

Rose melihat skrin telefon. Zakwan?

"Berita apa tu Zakwan?"

"Mikael... Mikael dah tak ada. Dia accident masa balik kerja semalam dan meninggal kat tempat kejadian."

"Inalillah. Lepas tu. Macam mana dengan awak?"

"Selesai semuanya, saya akan balik ke Malaysia. Itu je la yang saya nak sampaikan.
Assalamualaikum"

Talian ditamatkan.

Rose kaku. Patutlah Zakwan asyik cakap yang dia perlu selesaikan 'seperkara'. Rupanya dia dah ada perasaan yang kurang enak itu.

"Sayang!"

Laungan Zahin dari bilik air menyentakkan lamunan Rose. Dia kemudian menghampiri wajah Zahin yang terpacul dari pintu bilik air.

"Ambikkan towel. Lupa pulak."

Sengihan diberikan.

Rose hanya menurut. Dia menghulurkan tuala kepada Zahin.

Belum sempat tuala berubah tangan, Zahin bertindak menjentikkan air yang bersisa di jari ke arah muka Rose.

Terjerit wanita itu sambil menayang senyum.

💄💄💄

Bahagia adalah apabila kita berubah daripada kehidupan yang penuh derita kepada kehidupan yang lebih sempurna.

Bahagia bukan dinilai pada betapa banyaknya senyuman yang terukir, tapi pada hati yang tenang.

Bahagian adalah anugerah.

Carilah kebahagiaan walau dimana kita berada. Dan ketahuilah, bahagia itu hanya dimiliki ketika kita mencari.

-RaziaFarhani-

END




THE POSSESSION OF ROSE🦄 ✔️Where stories live. Discover now