BAB 28🦄

5.4K 101 0
                                    

Rose berdiri di balkoni bilik. Angin pagi dibiarkan meniup rambut yang semakin panjang. Dia memeluk tubuh. Rasa tenang. Teringat kembali mesej perbualan dia dan zakwan beberapa hari lalu.

Semenjak dua ini, kepala Rose berserabut memikirkan bermacam benda. Mana nak menguruskan syarikat lagi, memandangkan cuti kahwin yang diluluskan Danial merangkap pengurus baharu itu sudah ke penghujungnya. Nak fikir masalah baru yang Zakwan ceritakan lagi. Sungguh Rose serabut.

Tapi, tidak mengapa. Ubat segala keserabutan yang menyesakkan kepala sudah ditemui. Ada di dalam rumah ini. Zahin! Sesungguhnya lelaki itu adalah penawar segala masalah. Tenang hati Rose apabila melihat segala tindakan Zahin yang sekarang ini kepadanya.

Ralit dia merenung, terasa ada yang memeluk erat pinggang. Senyuman terukir. Pasti Zahin. Tak pernah mengecewakan.

"Fikir apa tu? Jauh menung." Soal Zahin lembut selembutnya. Sempat dia memberi ciuman pada tepi dahi Rose. Itulah rutin mereka. Tak lekang Zahin menunjukkan sayangnya pada isteri yang dia sangat cintai sekarang.

"Tak ada apa la. Saja ambik angin pagi." Jawab Rose mendatar. Takkan mungkin dia menceritakan soal 'itu' kepada sesiapa pun.

"Jom masuk. Tak elok lama lama kat luar." Zahin menarik tangan Rose supaya masuk ke dalam. Pintu kaca ditarik supaya tertutup rapat.

Rose hanya menurut. Dia membawa kaki lalu melabuhkan punggung di birai katil sambil melihat gerak geri Zahin yang sedang mengambil komputer riba dari dalam beg kerja.

"Abang..." Panggil Rose lembut membuatkan Zahin mengangkat wajah melihat isterinya.

Zahin menjongketkan kening. "Why?"

"Rose nak cakap yang... Whatever happened. Rose sayang abang sangat sangat. Dan... Rose tak sanggup hilang abang. Tolong jangan benci Rose macam yang abang buat dulu..." Sayu suara Rose. Dia bagaikan mengenang cerita lama antara dirinya dengan Zahin.

Zahin memandang wajah Rose. Lama sebelum dia mula bersuara.
"No... Jangan cakap macam tu lagi. Abang tak pernah benci Rose. Even dulu abang tak layan Rose and nampak macam Rose yang try hard kat abang, abang sebenarnya suka Rose sebab effort Rose kat abang. Sejak tu, abang percaya Rose adalah jodoh dan amanah yang perlu abang jaga." Zahin sudah bangun menghampiri Rose. Tubuh itu kemudian dibawa dalam dakapan.

Entah mengapa, dia rasa seperti ada sesuatu yang mengganggu fikiran Rose ketika ini. Namun dia malas berfikir yang bukan bukan.

Rose membalas pelukan itu.

🌹🌹🌹

Beberapa hari lalu...

Wajah ceria Rose bertukar tegang. Mesej yang dia dapat sungguh membuatkan dirinya kalut. Selama ini tidak pernah dia menerima mesej daripada sesiapa sebanyak ini.

Bait bait mesej itu membuatkan dirinya tidak tenteram.

Dia membalas mesej itu laju.

Rose
+
Kenapa dia nak jumpa saya lagi? We're over. Dia yang dah lupakan saya. Dia yang dah buang saya macam sampah dulu. Awak dah lupa ke Zakwan?

Zakwan
+
Memang dia yang buang awak. Tapi dia dah menyesal.
Aisyah, saya tak sanggup tengok dia macam tu lagi.
Dia perlukan maaf dari awak untuk tenangkan hati dia.
Saya tak tahu macam mana nak cakap. Tapi, saya tak sedap hati.

Aisyah
+
Cakap kat dia, saya dah lama maafkan dia. Sejak last kitaorang jumpa. Saya pun dah halalkan semuanya. Dia bebas buat apa dia suka. Saya pun dah bahagia dengan hidup saya.

Zakwan
+
No Aisyah. Memang awak dah maafkan dia.
Tapi...
Dia perlu jumpa awak.
Saya merayu pada awak bagi pihak Mikael.
Tolong la Aisyah.
Kesiankan Mikael.
Takkan tak ada sikit pun rasa kasihan awak dekat dia?
Tolong Aisyah.

Aisyah
+
Nanti saya fikirkan.
Assalamualaikum.

Perbualan itu dibaca berkali kali. Dia sejujurnya sudah tidak mahu mengambil tahu mengenai lelaki itu. Bukan masalah dia kalau lelaki itu mati sekalipun.

Tapi...
Hati perempuan akan berubah. Kalau itu yang diminta Zakwan, dan itu boleh mengakhirkan semuanya, dia rela. Fikirnya, sudah tiada apa antara dia dan Mikael yang diisukan. Namun, masih lagi lelaki itu menuntut untuk berjumpanya.

Kini, Aisyah dilema. Soal ini tiada sesiapa yang tahu kecuali Datuk Khalid. Papanya tahu pun sebab dia sendiri juga yang menceritakan sewaktu dia merasakan beban yang ditanggung sudah memakan diri sendiri. Saat itu nasihat Datuk Khalid adalah menyuruhnya pulang ke Malaysia dan jangan pernah menjejak kaki ke bumi Australia lagi selagi dia belum bersedia.

Sekarang, mungkin dia sudah bersedia. Selesaikan semuanya!

Telefon digenggam erat.

Mata dipejam bagi menghilangkan kekusutan.

Apa yang pernah dimulakan dahulu, perlu diakhiri secepat mungkin. Kalau tidak, Rose juga yang akan resah sendirian.

TBC

THE POSSESSION OF ROSE🦄 ✔️Where stories live. Discover now