BAB 12🦄

5K 140 0
                                    

Zahin termenung di dalam bilik ditemani basahan air hujan yang menempias ke muka. Dia berdiri di balkoni. Pokok kaktus yang telah layu dipandang tanpa perasaan. Dia teringatkan Rose.

Mungkin sudah tiba masanya dia slow slow terima gadis itu. Melihat usaha Rose yang tidak jemu jemu menagih perasaan cintanya, Zahin jadi lemah.

Dia bukan apa. Tidak mahu kejadian lama berulang. Sewaktu dia dan Sally dahulu, banyak sangat perkara yang telah membuatkan dia berhenti seketika untuk meletakkam harapan pada gadis gadis.

Zahin masuk ke dalam, pintu balkoni ditutup rapat. Telefon bimbit dicapai. Teks mesej ditaip kepada Rose.

"Hai Rose! Busy tak?"

Zahin meletakkan kembli telefon ke atas katil. Kaki dilangkahkan ke bilik air untuk membasahkan badan yang terkena hujan tadi.

🌹🌹🌹

Rose yang sedang bersembang dengan Danial di kolam kecil yang dikhaskan untuk ikan ikan Datin Diana ketawa dengan usikkan daripada alongnya. Dia cukup gembira dengan kehadiran lelaki ini. Bukan senang nak balik rumah mama ni.

"Along bila nak kahwin? Rose nak anak saudara ni." Rose bercakap dengan nada mengusik. Sengaja ingin melihat wajah alongnya yang akan berubah gembira saat topik 'kahwin' dijadikan tajuk berborak.

Danial ketawa. Sudah boleh diagak. Mesti Rose akan tanya punyalah.

"Bila bila pon boleh Rose. Nak berapa orang?" Danial membalas.

Rose membuat muka terkejut plus kagum.

"Wow! Serious la along. Along kena kahwin cepat tau. Sebab, Rose pun nak kahwin juga. Tak kesian ke kat Rose? Kalau lambat along kahwin, lambat la Rose kahwin. Silap silap dah expired baru nak kahwin." Rose memuncungkan mulutnya. Dalam kiasan yang agak melucukan, terselit maksud tersirat yang ingin disampaikan.

Danial ketawa lagi. Ya! Kali ini dia tahu, Rose memang maksudkan apa yang dia.

"Sabar la. Along balik ni pun nak bincang dengan mama papa pasal benda ni. Rose tak payah risau." Serius nada suara Danial menyebabkan Rose kerut dahi.

"Nampak sangat ke aku desperate nak kahwin?" Rose bermonolog dalam hati.

Usai bersembang panjang dengan Danial, Rose naik ke bilik. Katil yang empuk itu dijadikan tempat tubuhnya mendarat. Dia menggeliat kecil. Di luar, hujan renyai renyai. Mesti sedap kalau dapat tidur.

Dia mengiring ke kanan, telefon di bawah bantal dicapai.

1 new message

Zahin Azlan💄

H

ai Rose.. Busy tak?

Bait bait ayat pada paparan telefon dibaca. Dia tersenyum senang.

Rose membalas mesej daripada Zahin dengan hati yang berbunga bunga.







Malam itu, Zahin dan Rose sama sama tidur dalam keadaan hati yang senang.

Rose sudah tentu gembira apabila mendapat mesej daripada pujaan hatinya Zahin. Lama pulak tu mesej Zahin. Dan Zahin pula tersenyum dengan gelagat Rose yang masih mahu menggodanya walaupun hanya berhubung melalui mesej.

🌹🌹🌹

Datin Diana yang sedang bersembang dengan anak sulungnya pelik melihat Rose. Gadis itu mengenakan kemeja jeans dengan seluar putih dipadankan dengan tudung bawal hitam.

"Nak keluar ke? Selalu hari Sabtu Rose keluar dengan mama. Tak nak ajak mama dah ke?" Datin Diana berbasa basi. Selalunya, Sabtu, hari untuk Rose dan dia berjalan jalan di pusat beli belah. Ahad pulak hari Rose berehat di rumah.

"Ha ah. Rose nak dating. Tak payah la bawak mama. Nak Rose bawak 'dia' jumpa mama kat sini. Ok?" Sengaja Rose bercakap sambil merenung Danial. Nak cakap dia dah ada calon menantu untuk mama papa la tu.

"Amboi! Dating? Along doakan Rose cepat kahwin." Danial ketawa sebaik memerli Rose. Dah tak sabar nampak!

Rose memuncungkan mulut. Dia berlalu setelah mencium pipi mamanya. Lagipun, Zahin sudah menghantar mesej bahawa dia sudah ada di hadapan rumah Rose.

Mimpi apa pulak lelaki tu hari ni nak datang jemput pun Rose tak tahu. Yang pasti, Rose suka. Dia semakin yakin, usahanya sudah membuahkan hasil. Zahin Azlan sudah lembut hati.






Zahin menunggu di hadapan pagar. Kelibat Rose yang menghampirinya dipandang tanpa perasaan. Pintu untuk penumpang dibuka lalu dia masuk ke dalam kereta.

"Wow. Siap bukak pintu kat I ye? That my boy." Rose mencuit hidung Zahin setelah masuk ke dalam kereta.

Zahin menggeleng perlahan. As always. Dah macam suami isteri bahagia gaya Rose melayan. Ni tak ada ikatan apa apa, kalau ditakdirkan betul betul dah kahwin nanti, mesti Zahin orang paling bahagia dalam dunia sebab dapat isteri macam Rose ni.

TBC

THE POSSESSION OF ROSE🦄 ✔️Where stories live. Discover now