Prolog

489 65 21
                                    


Musim sejuk mengajar kita untuk berusaha.Kita berusaha untuk mencari kehangatan tatkala bayu dingin datang menggigit diri.

Dalam usaha untuk mencari kehangatan itu,kita sedar bahawa 'kesejukan' juga mengajar kita untuk menjadi lebih kuat.

Musim bunga membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada kita.Kita pasti akan mengukirkan senyuman bahagia ketika mata menjadi saksi terhadap keindahan bunga-bunga yang saling berlumba-lumba untuk memekar di dalam musim bunga.

Musim panas mengajar kita untuk bersabar.Kita terpaksa mengajar diri kita untuk bersabar dengan kepanasan cuaca yang melampau.

Kita juga belajar 'menyejukkan' diri tatkala 'haba panas' datang mengguris pipi.

Musim luruh membuatkan kita sedar bahawa sesuatu yang hidup pasti akan mati.Sesuatu yang hidup pasti akan gugur jua.

Sedangkan pokok yang berdaun lebat pun terpaksa menggugurkan daunnya tatkala musim luruh datang menjenguk,inikan pula kita sebagai manusia biasa.

Tidak kira apa jua musim yang terpaksa kita tempuhi,kita harus ingat bahawa setiap musim yang datang mengajar kita untuk menjadi insan yang lebih baik.

Selepas menempuhi musim-musim kehidupan yang dipenuhi rintangan dan kedukaan,ingatlah bahawa musim 'bunga' akan datang untuk menghapuskan segala kedukaanmu.

Di sebalik musim 'salji','panas',dan 'luruh',terselindung musim 'bunga' yang menanti masa untuk muncul sebaik sahaja kesemua musim itu berlalu pergi.

Musim yang selama ini bermaharajalela di dalam diriku ialah musim sejuk,musim panas ,musim luruh dan secebis musim bunga yang semakin hari menyeksa diriku.

Diri aku terseksa kerana musim-musim ini mengawal setiap gerak geri,perasaan dan peribadi aku.

Aku sudah mencuba untuk menghapuskan musim-musim di dalam diriku ini tetapi apabila aku berbuat begitu,semua orang meninggalkan aku seorang diri.

Mereka tidak dapat menerima perubahan musim yang berlaku padaku.

Musim bunga.Aku memerlukan musim bunga yang baru.

Aku memerlukan musim bunga yang baru untuk melengkapkan musim yang ada di dalam diriku agar aku dapat menjalani hari-hari yang mendatang dengan musim yang indah.


Adakah anda tertanya-tanya siapa yang dikawal oleh musim-musim?Jawapan untuk pertanyaan anda itu ada di bab yang akan datang.🙊

Jemput baca teman-teman 😁

@aufa airina03Amalinaina@wan_aina@reneegohhanano-@BANGTANTHIGHS@Yumiyummy_@jnara_@Nnikonikoniiii@misszarrazarra@nma26703@NSMS19@Jeonffaten0497@chocxlatelover@wooniess

Jemput baca juga kepada semua yang Lucid tak tag tu.Sorry Lucid tak dapat nak tag semua sbb Lucid tak ingat nama semua orang.

Sokongan daripada anda semua amat Lucid nanti-nantikan.Sila berikan sokongan penuh anda kepada Lucid sepanjang Crush Empat Musim masih wujud di muka bumi wattpad.

Anyway,enjoy reading and don't forget to votement. 😘

[OG]Crush Empat Musim | JJkWhere stories live. Discover now