Crush Empat Musim¤JJK
🌸🌸🌸
Kenapa anak mata Jungkook bertukar warna jadi warna pink?"
🌸🌸🌸
¤ ¤ ¤
"Atuk."
Atuk yang sedang enak menghirup secawan kopi aku sergah daripada belakang.Tersembur habis kopi yang atuk minum tu hasil sergahan nakal aku.
"Jung my grandson.Come to grandpa."kata atuk lalu dia mendepakan tangan untuk memeluk aku.
"Atuk.Jung rindu atuk sangat-sangat.Atuk rindu Jung tak?"ujar aku sambil memeluk erat atuk.
"Tak.Atuk tak rindukan Jung pun."balas atuk sewaktu kami meleraikan pelukan.
"Atuk.Sampai hati atuk tak rindukan Jung.Jung nak merajuk la macam ni."
Bibir dimuncungkan lalu aku memalingkan tubuh aku daripada atuk tanda aku merajuk dengannya.
"Atuk tak rindukan kamu.I just miss you."
Atuk berdiri di hadapan aku.Dia memegang Baeby,seekor patung arnab berwarna putih yang amat aku sayangi sewaktu aku tinggal di Jeju bersama atuk selama 7 tahun.
"Atuk.Rindu dan miss tu sama je maksudnya.Baeby,i miss you so much,my cute litte bunny."
Baeby segera aku ambil daripada tangan atuk.Patung arnab itu kemudiannya aku peluk erat untuk melepaskan rindu.
"Kau pergi daripada rumah aku sebelum aku pukul aku.Aku tak kenal kau.Kau tak pernah wujud dalam hidup aku.Pergi."
Suara seorang lelaki tua sedang menengking seseorang jelas kedengaran berdekatan dengan rumah atuk.
Aku dan atuk segera berjalan menuju ke luar rumah untuk melihat siapakah yang telah meninggikan suara tadi.
"Aku bukan atuk kau.Kau bukan cucu aku.Kau bukan darah daging aku.Aku tak akan pernah mengaku kau cucu aku sampai aku mati.Lebih baik kau pergi sebelum aku tampar kau."
Atuk Lee sedang memarahi seorang gadis di hadapan rumahnya.
"Atuk.Ini Haru.Haru cucu atuk.Atuk dah lupa ke?Haru kan satu-satunya cucu perempuan atuk.Atuk janganlah buat Haru macam ni."ujar gadis yang sedang berdiri di hadapan atuk Jeon.
Bicara gadis itu membuatkan aku tersentak.Haru?Rasanya aku baru sahaja dengar gadis itu kata nama dia Haru.Takkanlah dia Jeon Haru yang aku kenal?Dia Haru ke?
"Tak.Kau bukan cucu aku.Aku bukan atuk kau.Aku tak ada cucu perempuan.Aku cuma ada cucu lelaki.Cucu aku cuma Lee Dong Wook.Aku tak ada cucu nama Jeon Haru.
Kau tak pernah jadi cucu aku dan tak akan pernah jadi cucu aku.Berambus daripada sini.Aku tak nak tengok muka kau dalam kawasan rumah aku."
YOU ARE READING
[OG]Crush Empat Musim | JJk
FanfictionSelalunya kita yang mengawal musim.Tapi bagaimana jika musim yang mengawal kita? Start:15 Mei 2019 End:Bila Jungkook mai meminang aku