Crush Empat Musim¤JJK
🌞
"Aku nak demokan butterfly kiss kat kau."
🌞
¤ ¤ ¤
Cinta,
Apa itu cinta,
Cinta bagaikan madu,
Manisnya cinta tidak terkata ketika kita sedang menyulam asmara cinta.Cinta,
Cinta bagaikan ombak dan pantai,
Ombak rindu akan sentiasa menghempas pantai hati apabila dua insan yang bercinta saling berjauhan.Ombak dan pantai saling melengkapi,
Tanpa ombak siapalah pantai,
Tanpa pantai siapalah ombak,
Begitu jualah dengan insan yang bercinta,
Cinta adalah tentang saling melengkapi antara satu sama lainCinta...
Ktok!
Bunyi pintu kelas diketuk bertalu-talu daripada luar mengganggu aku.
Aku baru sahaja nak menghayati sajak cinta yang sedang dideklamasikan oleh cikgu Seungkwan.
"Maaf mengganggu cikgu Seungkwan.Saya datang ni nak panggil Haru kejap."tutur suara lelaki yang penuh sopan santun.
Kenapa aku rasa macam aku kenal suara lelaki tu?Kepala aku toleh memandang lelaki itu.Jungkook sedang berdiri di luar pintu kelas.
"Tak apa.Awak tak ganggu cikgu pun.Haru,ketua pelajar Jeon Jungkook nak jumpa awak.Pergilah."arah cikgu Seungkwan sambil memandang aku.
Punggung aku angkat daripada kerusi.Langkah kaki segera aku atur menuju ke arah Jungkook.
"Kau nak apa datang panggil aku kat kelas ni?Seingat aku,aku bukannya penolong ketua pelajar lagi."kataku sebaik sahaja aku sampai kepada Jungkook.
"Ikut aku.Pengetua nak jumpa kita."
Jungkook menarik tangan aku mengikutinya.Aku berusaha melepaskan tangan aku yang dipegangnya.
Tidak mahu menambah kehangatan gosip antara aku dan Jungkook yang sememangnya sudah hangat di satu sekolah.
"Kenapa pengetua nak jumpa kita?Pengetua nak jumpa kita sebab kes gambar dan kes kita bercium ke?"tanyaku kepada Jungkook yang masam mukanya.
"Ya.Kejap lagi dalam bilik pengetua,kau diam je.Tak payah sibuk nak cakap apa-apa.Biar aku yang selesaikan pengetua Choi Taehi tu.Faham?"ujar Jungkook dengan nada seperti mahu memarahi aku.
"Faham."balasku ringkas sambil melihat wajah sisi yang kelihatan agak bengang itu.
🌞
"Kamu berdua tahu kan kenapa saya panggil awak berdua masuk bilik saya?"tanya pengetua sambil merenung tajam aku dan Jungkook."Tahu.Jadi?"balas Jungkook sambil merenung pengetua kembali.
YOU ARE READING
[OG]Crush Empat Musim | JJk
FanfictionSelalunya kita yang mengawal musim.Tapi bagaimana jika musim yang mengawal kita? Start:15 Mei 2019 End:Bila Jungkook mai meminang aku