Crush Empat Musim¤ JJK
A/N:
Hey guys.Kali ini kook muncul selepas dah lama menghilang
Sorry aku dah lama tak update CEM😢
Aku busy siapkan ff MMM sampai tak sempat nak update CEM
🌞
Jarum halus disuntik masuk ke dalam kulit aku.Wanita berjubah doktor di hadapan aku ini sedang menarik masuk darah aku ke dalam picagari.
"Aww,auch.Mummy,sakitlah.Ambiklah darah baby Kook betul-betul.Sakit tangan baby Kook."
Aku merungut lalu memuncungkan mulut tanda tidak berpuas hati dengan cara mummy mengambil darah aku.
"Mengadalah baby Kook ni.Ambil darah je kut.Mummy tahulah macam mana nak ambil darah.Mummy kan saintis."
Jarum yang berada di lapisan kulit aku akhirnya dikeluarkan.Mummy pantas menekap bahagian lengan aku yang dimasukkan jarum tadi dengan kapas.
"Hansung,hantar sampel darah Jungkook ke makmal.Nanti saya menyusul."arah mummy kepada saintis yang bernama Kim Hansung yang berada di sebelahnya.
Setelah Hansung beredar daripada bilik wad aku,mummy menyuruh aku untuk menanggalkan baju.
Katanya dia mahu memeriksa sesuatu di badan aku.Aku pula hanya mengikuti sahaja arahan yang diberikan oleh mummy tercinta.
"OMG!Oh my god!What the fish is this?!Eh apasal ada banyak sangat bintik-bintik oren di badan anak mummy ni?Baby Kook kena sampuk dengan hantu buah oren ke apa ni?"ujar mummy yang terperanjat melihat bintik-bintik oren di badan aku.
Kaget dengan apa yang mummy katakan,aku cuba bangun untuk melihat sendiri bintik-bintik oren di badan tetapi dihalang oleh mummy.
"Aip,duduk diam-diam.Jangan bergerak.Mummy nak ukur keluasan bintik di badan baby Kook."
Sebatang pembaris lut sinar digital berwarna merah dikeluarkan daripada jubah doktornya.Mummy meletakkan pembaris itu di bintik oren yang terdapat di badan aku.
"Keluasan bintik summerismesis ialah 1 cm.Tahap kepekatan warna bintik oren ialah 50%.Okay,mummy dah dapat maklumat yang mummy perlukan untuk uji kaji Summerismesis.So,mummy nak kena pergi dulu.Ada uji kaji mummy nak kena buat.Bye,baby."ujar mummy lalu dia mengucup dahi aku sebelum dia berjalan pergi.
"Mummy...Mummy dah nak pergi ke?Mummy tak nak teman baby Kook?Hmmm,baby Kook baru ingat nak manja-manja dengan mummy."
Aku cuba menghalang mummy pergi dengan membuat suara comel.Nampaknya kecomelan suara aku berjaya menghalang mummy.Buktinya mummy berhenti tepat di pintu.
"Alolo,kesian baby mummy ni ye.Tapi mummy tak boleh nak teman baby Kook.Mummy ada eksperimen nak kena buat.Tak apa,mummy dah suruh daddy temankan baby Kook selepas mummy pergi.Have fun with your daddy,okay?Bye,sweetie."
Mummy melayangkan flying kiss kepada aku lalu dia terus berjalan pergi tanpa menoleh ke belakang.
"Halah,halah,halah.Mummy ni selalu tinggalkan aku.Sekarang,siapa nak teman aku?Aku bosan ni hm."
Aku merungut seorang diri.Badan aku kalihkan ke kanan.Beberapa saat selepas itu,badan aku kalihkan pula ke kiri.
"Arghh,tak boleh jadi.Aku kena buat sesuatu.Aku bosan teruk ni.Apa kata aku hirup udara segar di tepi tingkap?"
Selipar berbulu pink aku sarung.Langkah aku atur penuh berhati-hati menuju ke tingkap.
Baru sahaja aku mahu membuka tingkap untuk menghirup segar daripada luar,mata aku menangkap kelibat seorang perempuan yang aku kenali.
Perempuan itu sedang duduk di bangku taman hospital bersama seorang lelaki yang juga aku amat kenali.
"Itu Haru.Apa dia buat berdua-duaan dengan daddy kat taman hospital?Apasal dia menangis?Kenapa daddy aku pulak yang tenangkan dia?Apa hubungan Haru dengan daddy aku?"
Pelbagai soalan menerjah kotak fikiran aku ketika ini.Mata aku masih setia memandang Haru dan daddy melalui tingkap.
Fikiran aku mula memikirkan perkara yang bukan-bukan mengenai Haru dan daddy.
Cuba kau bayangkan kalau kau nampak ayah kau berdua-duaan dengan kawan perempuan kau?Kau rasa aku masih dapat bersangka baik ke pada Haru lepas apa yang aku nampak?
Cuma ada satu benda sahaja sedang bermain di fikiran aku sekarang.Haru ada apa-apa hubungan istimewa ke dengan daddy aku?
🌞
"Hello,Kookie.Your daddy is here?Dont want to hug daddy?"Daddy mendepakan tangannya menanti aku untuk memeluknya.Muka serta merta aku palingkan ke arah lain apabil melihat daddy memasuki bilik wad.
"No.Kookie dont want to hug daddy.Hmmph."
Tangan aku silangkan.Mulut aku sengaja muncungkan.Biar daddy nampak aku tengah merajuk dengan dia sekarang.
"Aigoo,my baby bunny.Kenapa mulut muncung panjang sedepa ni?Daddy ada buat salah kat Kookie ke?Hmm?"tanya daddy yang sedang melabuhkan punggung di sebelah aku.
"Kookie tak nak cakap dengan daddy."ujarku ringkas lalu aku mengunci mulut.Tak nak cakap dengan daddy.
Sikap putus asa tidak pernah wujud dalam kamus hidup keturunan Jeon.
Biarpun aku kekal diam tidak bersuara,daddy berusaha bersungguh-sungguh untuk membuat aku bercakap dengannya.
Buktinya,badan aku sedang menjadi mangsa geletek daddy aku.Bukan main bersungguh lagi daddy aku geletek aku sampai aku hampir-hampir jatuh katil.
Nasib baik daddy aku sempat sambut anak teruna dia yang handsome ni.Kalau tak,hilang kekacakan aku sebab terjatuh katil.
"Daddy,stop.Kookie dah tak larat nak gelak ni.Okay,okay.Kookie cakap dengan daddy."pintaku yang sudah tidak dapat menahan tawa akibat digeletek.
"Tadi tak nak cakap dengan daddy sangat.Apasal daddy tengok muka Kookie macam tak happy je?Bergaduh dengan girlfriend ke?"
Soalan rambang yang meluncur keluar daripada daddy membuatkan aku menyambung tawaku yang baru sahaja berhenti.
"Girlfriend?Kookie mana ada girlfriendlah daddy.Jangankan girlfriend.Crush pun Kookie tak ada.Lainlah macam daddy.Dah bergelar suami plus bapak orang pun masih ada perempuan nak try daddy."
Kata-kata aku atur sebaik mungkin agar daddy faham apa yang sebenarnya aku cuba nak sampaikan.
"Perempuan mana pulak yang nak try daddy?Jangan mengarutlah,Kookie.Daddy setia sampai ke hujung nyawa dengan mummy tau."balas daddy lalu dia memandang aku.
"Perempuan yang duduk dengan daddy di taman hospital tadi.Apa hubungan daddy dengan perempuan tu?Kenapa perempuan tu menangis?Kenapa daddy pulak yang nak kena tenangkan dia?Siapa perempuan tu di mata daddy?"
Bertubi-tubi soalan aku lemparkan kepada daddy.Daddy terdiam mendengar soalan-soalan aku.
"Kookie betul-betul nak tahu siapa perempuan tu di mata daddy?Kookie nak tahu apa hubungan daddy dengan perempuan tu?"soal daddy kembali sambil merenung aku dengan renungan itu.
Renungan serious yang hanya akan dibuat oleh Prof Jeon Jungwoo apabila dia sedang serious atau marah.
Kepala aku anggukkan perlahan terhadap soalan daddy.Tidak berani aku mahu berkata apa-apa setelah melihat raut wajah daddy yang garang itu.
"Baiklah,kalau itu yang Kookie nak sangat.Perempuan tu sebenarnya..."
To be continued...🌞
A/N:🌞
Manja betul Kook dengan mummy dan daddy dia en😂
Btw,aku curios.Ada lagi ke yang still baca ff ni walaupun aku dah lama tak update?
YOU ARE READING
[OG]Crush Empat Musim | JJk
FanfictionSelalunya kita yang mengawal musim.Tapi bagaimana jika musim yang mengawal kita? Start:15 Mei 2019 End:Bila Jungkook mai meminang aku