🌸SPRING 14🌸

94 21 13
                                    

Crush Empat Musim¤JJK

🌸🌸🌸

"

Haru.Haru.Bangunlah.Saya dah datang ni.Haru."

🌸🌸🌸

¤ ¤ ¤


Wajah Jungkook daripada sisi aku pandang lalu pandangan aku dikalihkan semula ke hadapan.

Jungkook leka memandang ombak yang menghempas pantai sehingga tidak sedar aku sedang memandangnya lagi.

"Saya tahu saya handsome macam Jungkook BTS tapi tak perlulah awak pandang saya macam awak nak makan saya.Awak ingat saya tak tahu awak tengah pandang saya."tegur Jungkook membuatkan aku terus mengalihkan pandangan ke hadapan semula.

"Tch.Awak tak payah nak perasan sangat yang saya tengah pandang awak.Lagi satu,Jungkook BTS tu 3000 kali lebih handsome daripada awak tahu."ujar aku cuba untuk menutup malu kerana terkantoi memandang Jungkook.

Jungkook hanya tersenyum nipis mendengar jawapan aku.Dia langsung tidak membalas kembali.Selalunya ringan sahaja mulut dia membidas kata-kata aku.

"Haru,awak nak tahu tak apa persamaaan awak dengan ombak?"

Jungkook memalingkan mukanya melihat aku.Aku tidak memalingkan muka menghadap Jungkook.Perasaan malu terhadap Jungkook tadi masih bersisa.

"Saya tak tahu.Yeke saya dengan ombak ada persamaan?Macam tipu je."ujar aku dengan penuh tanda tanya.

"Ada.Awak dengan ombak ada persamaan.Ombak menghempas persisiran pantai tapi awak menghempas persisiran hati saya."

Jungkook yang tersengih-sengih itu aku pandang dengan pandangan menjengkelkan.Aku cukup tak suka bila orang buat pickup line tak jadi macam Jungkook buat.Rasa macam nak tampar je mulut.

"Jungkook,sila cuba semula.Pickup line awak tak menjadi langsung.Hambar."Aku berterus terang kepada Jungkook.

"Alaaaaaa.Tak jadi eh?Awak tunggu kejap.Saya nak fikir pickup line baru.Kejap eh."

Jungkook meletakkan jarinya di dagu menandakan dia sedang berfikir.Aku tertawa kecil melihat perlakuan Jungkook itu.

"Haru,awak nak tahu tak apa persamaan awak dengan ikan di lautan?"tanya Jungkook lagi sambil matanya memandang tepat ke mataku.

"Saya tahu.Ikan comel.Saya pun comel."jawab aku dengan penuh yakinnya.

Jungkook menggeleng-gelengkan kepalanya.Jari telunjuknya turut digoyangkan laju ke kiri dan ke kanan tanda jawapan aku salah.

"Tak.Itu bukan jawapannya.Ikan berenang di lautan tapi awak..."

"Jebon."

Suara seorang perempuan tiba-tiba menyapa pendengaran.Aku dan Jungkook sama-sama menoleh ke arah perempuan itu.

Perempuan itu tersenyum memandang kami.Lebih tepat lagi dia tersenyum memandang Jungkook.

"Dugong."kata Jungkook apabila dia memandang kembali perempuan itu.

Jungkook kemudiannya bangun daripada batang pokok kayu yang kami sedang duduki.Dia lantas memeluk erat perempuan itu.Mereka berpelukan sambil melompat-lompat.

"Dugong gemuk gedempol tak reti nak diet."ujar Jungkook kepada perempuan itu.

"Jebon busuk masam tak reti nak mandi.ujar perempuan itu pula kepada Jungkook.

[OG]Crush Empat Musim | JJkWhere stories live. Discover now