🌸SPRING 12🌸

113 20 36
                                    

Crush Empat Musim¤JJK

Crush Empat Musim¤JJK

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🌸🌸🌸

Arghhh.Sakit.Sakit.Tolong jangan keluar.Sakit."

¤ ¤ ¤


"Uhuk!Uhuk!Uhuk!"

Dadaku ditepuk berulang kali ketika batuk.Dada aku terasa perit setiap kali aku batuk.Air liur ditelan perlahan kerana tekakku terasa pedih seperti ditabur garam di atasnya.

"Uhuk!Uhuk!"

Aku batuk lagi tetapi kali ini batuk aku mempunyai sesuatu.Beberapa tompok cecair berwarna merah jambu pekat terdapat di tapak tangan aku selepas aku batuk.

"Tak.Takkanlah musim bunga dah tak terkawal?Aku terlupa makan ubat ke?"Aku menyoal diri sendiri apabila melihat cecair berwarna merah jambu pekat itu.

Manik-manik peluh mula memercik di dahi.Seluruh badan aku juga turut berpeluh lencun seperti aku baru sahaja selesai berlari.

"Arghhh.Sakit.Sakit.Tolong jangan keluar.Sakit."

Aku mengerang kesakitan apabila bintik-bintik berbentuk bunga dan berwarna biru kehitaman seperti lebam mula timbul di tangan aku.Lama kelamaan,bintik-bintik bunga itu mula timbul memenuhi seluruh badan aku.

Badan aku rebah ke lantai.Kepala aku terhantuk kuat di lantai.Urat-urat di tangan juga mulai timbul menandakan musim bunga sedang 'mengamuk' di dalam badan aku sekarang.

"A...ku...kena...te...kan..emer...gency..siren."

Aku cuba untuk bangun dan berjalan supaya aku dapat menekan emergency siren.Tetapi sebaik sahaja aku bangun,aku rebah semula ke lantai kerana kaki aku terasa longlai sekali.

Badan aku ditiarapkan lalu aku menggunakan tangan untuk menuju ke emergency siren yang terletak di tepi katil kerana kaki aku seakan-akan sudah lumpuh.

Sikit sahaja lagi aku mahu sampai di emergency siren,badan aku tiba-tiba menggeletar dengan teruk.Buih-buih putih turut keluar daripada mulutku persis orang diserang sawan.

Walaupun aku sedang menanggung kesakitan yang tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata ini,aku tetap menggagahkan diri juga untuk menekan emergency siren yang terletak dekat dengan aku.

Tet,tet,tet~

Klakk

Bunyi pintu dibuka membuatkan aku berasa lega.Sekurang-kurangny aku tahu ada orang datang selamatkan aku.

"Jungkook.Musim bunga kau mengamuk lagi ke?Ini mesti kau lupa makan ubat.Kejap aku ambilkan Seasonismetique untuk kau."ujar Yoongi sewaktu dia sampai kepada aku.

Yoongi membuka laci meja yang terletak di tepi katil.Dia mengambil picagari,jarum suntikan dan sebotol kecil Seasonismetique yang berisipadu 10ml daripada dalam laci.

[OG]Crush Empat Musim | JJkWhere stories live. Discover now