Crush Empat Musim¤JJK
🌸🌸🌸
"Setiap kali saya cuba nak menangis,tangisan saya akan bertukar menjadi gelak ketawa."
🌸🌸🌸
¤ ¤ ¤
"Saya yang dukung awak masuk dalam kereta.Sampai rumah,saya dukung awak pulak masuk bilik.Bila dah masuk dalam bilik,saya letak awak atas katil.Saya selimutkan awak.Awak ni memang tidur mati betul.Nasib baiklah saya ni baik.Kalau lelaki lain,mungkin diorang dah buat apa-apa kat awak."
Suara Jungkook yang memberitahu dia mendukung aku masih terngiang-ngiang di telinga aku.
Walaupun sekarang sekolah dah bermula dan perkara itu dah berlaku seminggu yang lalu namun aku masih malu.Aku malu bila memikirkan Jungkook mendukung aku.
"Aku memang bodoh.Kenapa aku tidur kat pokok Sakura petang tu?Kalau aku tak tidur,mesti benda ni tak akan jadi.Aku bodoh.Haru bodoh.Bodoh.Bodoh.Bodoh.Bodoh."
Kepala dihantuk-hantuk ke meja kerana aku kecewa.Kecewa dengan diri yang terlalu bodoh ni.Aku nak hantuk kepala aku kuat-kuat.Manalah tahu bila aku hantuk kepala kuat-kuat kebodohan aku ni boleh hilang.
"Kalau kau nak bunuh diri,pergilah terjun kat bumbung bangunan sekolah.Janganlah bunuh diri kat bilik ni.Nanti jenuh aku nak kena lap darah kau pulak."
Sebuah suara garau tiba-tiba mengganggu aku yang sedang menghantukkan kepala ini.Kepala aku dongakkan sedikit untuk melihat pemilik suara garau itu.
"Yoongi,masa bila kau datang?Aku tak dengar pun bunyi tapak kaki kau berjalan masuk."tanyaku kepada Yoongi yang sedang duduk di hadapan aku.
"Macam mana kau nak dengar kalau kau khusyuk sangat hantuk-hantuk kepala kau?Apasal kau hantuk kepala kau?Kau masih malu sebab Jungkook dukung kau hari tu masa kau tidur bawah pokok Sakura ke?"
Yoongi menanyakan tujuan aku menghantuk kepala ke meja.Itu tak apa lagi.Yang aku peliknya macam mana Yoongi boleh tahu Jungkook dukung aku masa aku tidur bawah pokok Sakura?
Aku rasa hanya aku dengan Jungkook sahaja yang tahu tentang perkara ni.Jangan beritahu aku Jungkook yang beritahu Yoongi tentang hal ni.
"Kenapa kau senyap?Mesti kau tengah fikir macam mana aku boleh tahu Jungkook dukung kau sedangkan kau dan Jungkook je yang tahu tentang hal ni kan.Sebenarnya, Jungkook yang beritahu aku dia yang dukung kau."beritahu Yoongi membuatkan aku terkedu.
Aku terkedu kerana Jungkook sanggup beritahu perkara yang memalukan tu kat Yoongi.Jungkook yang nampak naif dan baik ni rupanya geng-geng pakcik bawang.Aku benci bawang.
"Kalau kau nak tahu,aku dengan Jungkook tu macam adik beradik tahu.There is no secret between us.So,kau janganlah nak terkedu sangat.Aku pun Jungkook pernah dukung."beritahu Yoongi lagi membuatkan aku memandang Yoongi pelik.
YOU ARE READING
[OG]Crush Empat Musim | JJk
Fiksi PenggemarSelalunya kita yang mengawal musim.Tapi bagaimana jika musim yang mengawal kita? Start:15 Mei 2019 End:Bila Jungkook mai meminang aku