Crush Empat Musim¤JJK
🍃🍃🍃Are you ready for it?😆
¤ ¤ ¤
Laluan pejalan kaki yang dipenuhi dengan daun-daun yang gugur dilalui olehku.
Sedang aku berjalan seorang diri di laluan pejalan kaki yang agak lengang ini,langkah kakiku terhenti di hadapan sebuah pokok bunga Sakura.
Pokok bunga Sakura itu sedang menggugurkan daun-daunnya tatkala musim bunga berlalu pergi.
Hanya tinggal beberapa helai daun sahaja lagi yang masih tinggal di ranting pokok bunga Sakura itu.
"Kesiannya kat kau,pokok bunga Sakura.Masa kau untuk memekar dah tamat.Sekarang dah tiba masa untuk kau gugur.Don't worry be happy because i'm gonna take your picture before you totally die."
Telefon pintar berjenama LG G7 berwarna hitam diambil daripada poket hoodieku.
Saat-saat terakhir pokok bunga Sakura yang hampir mati itu diabadikan dengan menggunakan telefon pintarku.
Segaris senyuman tawar terukir di bibir saat aku melihat gambar pokok bunga Sakura hasil tangkapanku tadi.Setitis air jernih laju menuruni tubir mataku.
"Aku dah agak kau akan turun,air mata.Kenapalah aku cepat sangat menangis ni?Aku terlupa pula.Aku kan dalam musim luruh sekarang."ujarku seorang diri sambil mengelap air mata.
Pokok bunga Sakura yang berada di hadapanku dipandang sayu.
Langkah kakiku didekatkan dengan pokok bunga Sakura sehingga badanku bersentuhan dengan batang pokok.
"Aku bersimpati dengan nasib kau,wahai pokok bunga Sakura.Kesiannya kat kau sebab kau akan mati seorang diri tanpa peneman.Mesti kau rasa sedih kan.Tak apa,meh sini Kook nak peluk supaya kau tak rasa sedih."
Aku memeluk batang pokok bunga Sakura itu dengan erat sekali.
Setitis demi setitis air mata aku jatuh saat aku memeluk pokok bunga Sakura ini.
Aku seakan-akan turut dapat merasai kesedihan yang dialami oleh pokok bunga Sakura ini menjelang saat-saat akhirnya.
Aku tahu mesti korang ingat aku ni terlebih emosi.Aku dah cuba kawal emosi aku tetapi aku tak mampu.Diri aku berada dalam musim luruh sekarang.
Jadi,mahu atau tidak mahu aku juga terpaksa menjadi seperti musim luruh walaupun aku sendiri tak nak.
"Wahai pokok bunga Sakura,aku doakan semoga kau bersemadi dengan aman.Semoga kau tenang di alam sana.
Semoga akan ada pokok bunga Sakura baru untuk menggantikan tempat kau sebagai tempat pemberi kebahagiaan kepada semua orang bila musim bunga tiba."
YOU ARE READING
[OG]Crush Empat Musim | JJk
FanficSelalunya kita yang mengawal musim.Tapi bagaimana jika musim yang mengawal kita? Start:15 Mei 2019 End:Bila Jungkook mai meminang aku