🌸SPRING 11🌸

136 19 25
                                    

Crush Empat Musim¤JJK

Crush Empat Musim¤JJK

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🌸🌸🌸

Kalau awak cair,saya masukkan awak dalam peti sejuk hati saya.


¤ ¤ ¤


"Siapa kata Haru tak ada saksi?Saya saksi Haru.Saya boleh buktikan Haru tak bersalah."

Lelaki itu memasuki bilik pengetua tanpa dijemput bersama seorang gadis yang aku sangat kenali.Lelaki dan gadis itu tersenyum nipis memandangku.

"Taehyung.Jenang."ujarku perlahan apabila mereka berdua berdiri di belakang aku.

"Maafkan saya sebab saya dan adik saya tiba-tiba masuk dalam bilik pengetua tanpa izin.Saya masuk sebab saya dah tak boleh tahan bila saya dengar pengetua tuduh Haru bersalah dalam hal ni hanya berdasarkan 3 orang saksi.
3 orang saksi tu tak semestinya berkata benda yang benar kan.Ada kemungkinan yang tinggi 3 orang saksi tu berkata benda yang palsu.
Jadi,Haru tak boleh dituduh bersalah hanya kerana Syaetan ada 3 orang saksi.Haru juga perlu diberi peluang untuk mempertahankan diri."

Taehyung mempertahankan aku di hadapan pengetua seperti seorang peguam bela mempertahankan anak guamnya di dalam mahkamah.

"Betul apa yang abang saya cakap tu.Pengetua tak boleh senang-senang tuduh Haru bersalah hanya berdasarkan kenyataan daripada 3 orang saksi tu.
Lagipun,3 orang saksi tu kawan baik Syaetan.Jadi,mesti mereka akan mempertahankan Syaetan walaupun mereka terpaksa menukarkan kepalsuan menjadi kebenaran."tambah Jenang lagi untuk menyokong kata-kata abangnya,Taehyung.

Pengetua terkedu mendengar Taehyung dan Jenang mempertahankan aku.

Syaetan pula sudah tidak senang duduk apabila mendengar kata-kata Taehyung dan Jenang.

"Tadi,awak kata awak saksi Haru.Kalau betul awak saksi Haru,boleh awak ceritakan pada saya apa yang terjadi antara Syaetan dan Haru daripada awal sampai akhir?Boleh?"

Pengetua mempersoalkan kesahihan Taehyung dan Jenang sebagai saksi aku.Taehyung hanya tersenyum lalu dia membersihkan tekak sebelum mula bercakap.

"Boleh.Syaetan datang kat Haru dan dia kata macam-macam kat Haru.Lepas tu,dia simbah susu kat muka Haru.Tak cukup dengan tu,dia simbah Haru dengan sebaldi air.
Daripada apa yang saya dengar,Syaetan provoke Haru supaya Haru lawan dia.Tapi Haru langsung tak melawan."

Taehyung menceritakan apa yang terjadi kepada pengetua.Pengetua hanya diam sahaja tanpa sebarang suara.

"Saya percaya apa yang awak ceritakan.Tapi mungkin juga awak berbohong macam apa yang awak cakap tadi.Saksi tak semestinya sentiasa bercakap benar.
Ada juga saksi yang bercakap bohong.Saya akan lebih percayakan apa yang awak ceritakan kalau awak ada bukti yang lebih kukuh."

[OG]Crush Empat Musim | JJkWhere stories live. Discover now