Crush Empat Musim¤JJK
🌞🌞🌞
Daddy Kook ada teka teki nak bagi ni.Nak dengar tak?
🌞🌞🌞
¤ ¤ ¤
"Kenapa kau tak masuk?Kau nak aku bentang karpet merah dulu ke baru nak masuk,penolong ketua pelajar Jeon Haru?"sindir Jungkook pedas membuatkan aku menjelingnya tajam.
"Kau pun kenapa kau tak masuk?Kau nak aku bentang karpet terbang dulu ke baru nak masuk,ketua pelajar Jeon Jungkook?"sindirku kembali lalu aku menjelirkan lidah kepada Jungkook.
Kami bergaduh lagi di hadapan bilik sukan.Masuk kali ini dah 4 kali aku bergaduh dengan Jungkook hari ni.Pantang aku buat silap sikit laju je mulut dia menyindir.
"Kaulah masuk dulu.Bak kata pepatah orang putih,ladies first."ujar Jungkook lalu dia memberi laluan kepada aku.
"Banyak la pepatah orang putih kau.Kau sebenarnya takut nak masuk dulu sebab cerita hantu Sasukan kan?"tebakku lalu bahu Jungkook aku tolak dengan siku.
"Hello,aku ni lelaki okay.Orang lelaki tak takut hantu.Bukan macam perempuan.Nampak hantu sikit dah takut.Lemah."kutuk Jungkook lalu dia memulas tombol pintu bilik sukan.
Hati aku panas mendengar Jungkook mengutuk kaum perempuan.Kalau diikutkan hati perempuan aku yang marah ni,nak sahaja aku sepak punggung dia sampai lebam.
"Lebih baik takut hantu daripada takut lipas macam kau.Nama je lelaki tapi lipas kecik kenit tu pun kau takut sampai pengsan.Hmmph,penakut lipas."bidasku kembali penuh berani.
Jungkook yang sedang memasuki bilik sukan aku tolak kasar ke tepi.Kuatlah juga aku tolak Jungkook.Sampai terjatuh dia dibuatnya.
🌞
"Tingkap?"tanya Jungkook sambil memegang melihat aku.
"Tingkap okay.Tak ada apa-apa kerosakan."ujarku sambil meneliti tingkap bilik sukan untuk mengenal pasti sebarang kerosakan.
"Okay ke tak?Aku tanya dia buat pekak telinga boleh.Dahlah takut hantu pekak pulak tu."kutuk Jungkook lalu dia mengetuk kepala aku dengan fail.
"Aku kata okay la,pekak.Dia yang pekak tuduh aku pekak pulak.Kau tahu tak sekarang ni tengah hujan lebat.Boleh tak dengar suara aku betul-betul,pekak?!"laungku sekuat hati sehingga bergema satu bilik sukan.
"Kau diamlah.Memekak je kerja.Biar aku pulak yang check kerosakan kat pintu.Nak harapkan kau buat kerja lambat macam siput babi.Aku ni dahlah ada date lepas ni."balas Jungkook kembali lalu dia berjalan menuju ke pintu.
YOU ARE READING
[OG]Crush Empat Musim | JJk
FanfictionSelalunya kita yang mengawal musim.Tapi bagaimana jika musim yang mengawal kita? Start:15 Mei 2019 End:Bila Jungkook mai meminang aku