❄WINTER 07❄

140 29 145
                                    

Crush Empat Musim¤JJK

Crush Empat Musim¤JJK

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❄❄❄

I don't even know that there are devils living inside me👿

¤ ¤ ¤

"Weh,Haru.Masuklah dalam.Jungkook dah panggil kau tu."beritahu Yoongi setelah dia berada di dalam bilik Majlis Pelajar selama 10 minit.

Alamak,Jungkook dah panggil aku masuk dalam.Aku yakin mesti dia nak marah aku sebab aku tunjukkan lipas tu kat dia sampai dia pengsan.Habislah aku kena marah dengan Jungkook sekejap lagi.

"Aku tak naklah masuk dalam.Aku takut Jungkook marah aku.Kalau aku nak balik sekarang,boleh tak?"tanyaku kepada Yoongi yang berdiri di sebelahku.

"Kau nak takut buat apa?Jungkook tak marah kaulah.Kau tak payah gedik nak balik.Sekejap lagi ahli-ahli Majlis Pelajar nak datang bilik Majlis Pelajar.Ketua pelajar kita nak kenalkan kau pada semua ahli Majlis Pelajar."beritahu Yoongi sambil merenung aku.

"Yoongi,aku takutlah.Aku yakin mesti Jungkook akan marah aku punyalah.Kalau dia mengamuk kat aku macam mana?Aku takut."tanyaku lagi kepada Yoongi yang sudah berjalan terlebih dahulu.

Yoongi berhenti berjalan.Dia memusingkan kepalanya sedikit ke belakang.

"Kau tak perlu rasa takut.Kalau Jungkook mengamuk,aku akan melindungi kau.Jom kita masuk dalam bilik Majlis Pelajar sama-sama."

Weh,asal Yoongi tiba-tiba buat ayat sweet macam sugar ni?Aku tak sangka lelaki pendek dengan renungan membunuh macam Yoongi boleh buat ayat sweet.

"Jom."balasku lalu langkah mula diatur menuju ke bilik Majlis Pelajar.


❄❄❄

Raut muka Jungkook yang masih pucat itu aku curi-curi pandang daripada sisi.Aku tidak berani untuk memandang muka Jungkook.

Muka dia sekarang nampak macam harimau yang menunggu masa untuk menerkam mangsanya.

"Jungkook."panggilku kepada Jungkook yang sedang duduk di sebelahku.

"Hmmm."jawab Jungkook dengan nada suara yang dingin.

Aku ingin menuturkan kata maaf kepada Jungkook atas apa yang telah terjadi tadi tapi lidah aku kelu.Mulut aku mahu berbicara tetapi peti suara aku tidak mahu mengeluarkan suara.

"Kau nak cakap apa?Cakaplah.Aku dengar."kata Jungkook memecahkan kesunyian yang wujud antara aku dan dia.

"Aku...Aku nak minta maaf atas apa yang aku dah buat pada kau tadi sampai kau pengsan.Aku betul-betul minta maaf.Aku tak tahu kau takut sangat kat lipas.Kalau aku tahu,aku tak akan tunjukkan lipas tu kat kau.Aku minta maaf.Kau maafkan aku kan?"

Ucapan maaf setulus ikhlas daripada hati aku ucapkan kepada Jungkook.Aku haraplah Jungkook terima ucapan maaf aku dan dia nak maafkan aku.

Wajah sisi Jungkook aku pandang.Dia hanya tersenyum sinis apabila mendengar ucapan maaf daripada aku.

[OG]Crush Empat Musim | JJkWhere stories live. Discover now