Crush Empat Musim¤JJK
❄❄❄
Sesungguhnya manusia bertopengkan syaitan lebih jahat daripada syaitan sebenar.
¤ ¤ ¤
"Arghhhhhhhhhhhhhhhhh."jerit Jungkook seperti orang dirasuk hantu.
Jeritan nyaring dan kuat seperti bunyi suara jeritan ikan dolphin daripada Jungkook membuatkan aku segera menoleh ke arahnya.
Raut muka Jungkook pucat lesi seperti dia baru sahaja ternampak hantu.Dia kaku tidak bergerak di tempatnya.
"Woi,kau dah kenapa terjerit-jerit?Meroyan eh?"tanyaku kepada Jungkook yang masih lagi menjerit.
"Li....Li...Lipas.Lipassssssss.Arghhhhhhhhhhh.Euwww,aku jelilah."beritahu Jungkook dengan muka seperti hendak menangis.
Lipas?Aku melihat kawasan sekitar untuk mencari lipas yang dikatakan oleh Jungkook itu.Entah-entah lipas yang Jungkook nampak tu lipas jadian.
Rupa-rupanya
Lipas yang Jungkook cakap tu memang betul-betul ada.Aku tak tahu nak gelak ke nak kesian kat Jungkook sekarang.
Kalau aku gelak,nampak macam aku jahat.Kalau aku nak kesian kat Jungkook,dia tak layak dikasihani sebab dia dah buat jahat kat aku.
Lipas tu bukan main lagi bertenggek atas tangan Jungkook.Lipas tu siap kepak-kepak sayap lagi.Amboi,seronok betul kau ye lipas.
Jungkook pulak nampak macam dah separuh mati di sebelah aku.Ketara sangat dia takut lipas.Kalau tak,takkanlah sampai dia tersilap cakap jeli padahal dia sepatutnya cakap geli.
"Kau memang nak tengok je ke?Tak reti-reti lagi nak tolong halau lipas tu daripada tangan aku?Cepat tolong aku."arah Jungkook dengan lagak ketua pelajarnya itu.
"Bagi aku 10 sebab kenapa aku kena tolong kau."balasku sambil tanganku memasukkan sampah ke dalam plastik sampah.
"Bagi aku 10 sebab kenapa aku kena bagi 10 sebab pada kau."balas Jungkook kembali masih dengan lagak ketua pelajarnya yang berlagak itu.
Memang semua ketua pelajar berlagak macam Jungkook ke?Dalam keadaan genting pun dia tetap berlagak sombong.Dasar ketua pelajar.
"Aku dah habis kemas.Kau buanglah sendiri lipas kat tangan kau tu,ketua pelajar Jeon Jungkook.Bye.I gotta go."
Aku mengambil plastik-plastik sampah yang berisi dengan sampah.Tali kasut yang berserabut diikat kemas sebelum aku bangun.
"Tolonglah aku.Kau tak kesian kat aku ke?Tolong aku.Please.Eung?"
Jungkook memegang tangan aku untuk menghalang aku pergi.Dia siap bulatkan mata dan kedipkan mata beberapa kali dengan penuh comelnya supaya aku terbuka hati nak tolong dia.
YOU ARE READING
[OG]Crush Empat Musim | JJk
FanfictionSelalunya kita yang mengawal musim.Tapi bagaimana jika musim yang mengawal kita? Start:15 Mei 2019 End:Bila Jungkook mai meminang aku