BAB15

2.7K 78 0
                                    

Zyra mengikut langkah Aizat memasuki rumah banglo dua tingkat itu.

Dia terpegun seketika.

Rumah itu sangat besar dan luas. Dekorasinya juga ringkas tetapi menarik dan cantik.

Rumah yang berkonsepkan modern and chic itu benar benar menepati cita rasanya. Hampir semua benda di dalam rumah itu berwarna biru lembut dan putih.

Terdapat sebuah kolam renang dan sebuah taman mini . Terdapat juga perpustakaan mini dan ruang di tingkat dua.

Rumah ini terdapat 7 bilik. 3 di tingkat bawah dan 4 di tingkat atas , 2 master room dan yang lainnya bersaiz sederhana besar .

Zyra menuju ke dapur. Tempat dimana dia akan menghabiskan masanya.

Dapur itu sangat luas dan rekaannya benar-benar cantik dan ringkas.

Ruang tamu juga sangat besar . Kusyen kulit berwarna hitam dipadankan di atas carpet berwarna biru lembut dan putih benar-benar menaikkan seri ruang tamu tersebut.

"Kau tengok apa?" soal Aizat dingin .

"Takde apa pun . Cuma tengah tengok dapur and ruang tamu je." jawabnya ringkas.

Aizat hanya diam. Dia meletakkan plastik berisi barang-barang yang dibeli tengah hari tadi di atas meja masak.

"Ni barang-barang rumah. Kau kemaslah ikut suka kau nak letak dekat mana . Aku tak reti benda-benda leceh macam ni." ujar Aizat lalu menuju ke ruang tamu.

Zyra hanya mendiamkan diri. Sejak peristiwa tadi , Aizat kelihatan dingin.

****

Zyra melabuhkan punggungnya di atas sofa yang empuk itu.

"Kau dah pilih bilik kau?" soal Aizat sambil matanya merenung ke arah tv.

Dahi Zyra berkerut tanda tidak mengerti.

"Hah? Pilih bilik?"

"Yelah . Takkan kau nak share bilik dengan aku kot ?" soalnya pelik.

Oh okey. Zyra mengerti maksud suaminya itu . Tidur berasingan.

Zyra tersenyum hambar.

"Saya ambil bilik dekat bawah lah."

"Lah , asal tak ambil master room dekat tingkat atas tu ? Besar sikit."

Zyra menggeleng.

"Taknak lah . Lagipun kalau duduk dekat bawah senang saya nak ke dapur ulang alik buat kerja rumah." bohongnya.

Zyra sengaja tidak mahu memilih bilik di tingkat atas. Dia mahu mengelak daripada terus berjumpa dengan Aizat.

Aizat mengangguk faham.

"Awak lapar tak?" soal Zyra.

"Ha ah. Kau nak masak ke?"

Zyra mengangguk.

"Saya masakkan spaghetti untuk makan malam ni eh ?"

"Okey . Jangan lupa gorengkan sosej and nuggets tau ?" pinta Aizat.

"Yelah."

****

"Alhamdulillah..." ucap Aizat sebaik sahaja selesai makan.

Spaghetti yang dimasak oleh isterinya itu sangatlah sedap dan menepati cita rasanya .

"Awak , esok saya dah start kelas tau." maklum Zyra.

My Mr Annoying !Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang