BAB69

1.3K 52 11
                                    

Zyra dan ibu serta bapa mertuanya bergegas ke hospital sebaik sahaja mendapat panggilan daripada pihak hospital yang mengatakan bahawa suaminya itu ditimpa kemalangan.

    "Doctor how about my husband's condition ?" soal Zyra sebaik sahaja sampai.

   "Sabar Puan we are trying our best." ujar Doktor itu lalu bergegas ke bilik pembedahan.

Zyra akhirnya jatuh terduduk di lantai. Tubuhnya tersandar lemah di dinding.

Dato' Fuad segera menerpa ke arah menantunya itu. Bahu Zyra dipegang agar tubuh itu tidak lunyai dek tidak bermaya.

Datin Airina yang menangis memandang benci ke arah Zyra.

   "Disebabkan kau anak aku kemalangan! Disebabkan kau hidup anak aku huru hara  kau tau tak ?!" jerkah Datin Airina.

   "Kamu ni kenapa ?! Cuba bawak bersabar ! Mengucap ! Ini hospital , buat malu orang tengok !" marah Dato Fuad.

Zyra hanya mampu menangis teresak-esak. Hanya suaminya sahaja yang sedang bermain ligat di fikirannya.

   "Dah dah Zyra... Papa ada.. Insya Allah semuanya baik baik sahaja. Zyra kuatkan semangat. Kejap lagi papa call inform mama dengan papa Zyra okay ? Dah bangun nak , kita duduk dan bertenang dulu." pujuk Dato'Fuad.

Zyra hanya mampu mengangguk lemah dan mengikut langkah bapa mertuanya itu ke arah kerusi.

                                       ****

Hampir 4 jam berlalu. Pembedahan Aizat masih belum berakhir. Zyra menanti dengan penuh debaran. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa risau dan gusar dirinya pada ketika itu. Zyra tidak henti henti meminta doa dan pertolongan agar suaminya itu berjaya diselamatkan.

Sedang dia termenung , terasa bahunya digosok lembut. Zyra mengalihkan pandangannya. 

Kelihatan Datin Zarina tersenyum kelat.

Datin Zarina dan suaminya Dato'Hamzah bergegas ke hospital sebaik sahaja mendapat panggilan daripada besan mereka itu.

   "Sabar ya sayang mama ? Ini semua ujian Allah untuk Zyra. Allah tahu Zyra mampu dan kuat hadapi ujian ni. Sabar ya ?" pujuk Datin Zarina.

Zyra hanya mengangguk lemah lalu tersenyum.

   "Doakan Aizat ya ma ?"

Datin Zarina mengangguk seraya berkata , "Semestinya. Dah , Zyra jangan risau. Kita di sini hanya mampu berdoa. Selebihnya kita tawakal dan berserah kepada Allah. Dia lah sebaik baik perancang."

Kata-kata ibunya itu sedikit sebanyak meredakan hati yang gundah gulana. Namun , kerisauannya masih tidak berkurang selagi Aizat tidak ada dihadapan matanya.

Tiba-tiba kelihatan susuk doktor yang merawat Aizat keluar dari bilik pembedahan. Zyra lantas bangun mendapatkan doktor tersebut.

   "How was my husband doct ? Dia okay ke ?"

   "Macam ni... Kami dah berusaha setakat yang kami mampu. Darah beku dia bahagian kepala Encik Aizat berjaya dikeluarkan. Namun , Encik Aizat masih belum menunjukkan tanda-tanda dia akan sedarkan diri dalam masa terdekat ni. Mungkin hentakan yang kuat di bahagian kepala menyebab tubuh Encik Aizat masih dalam keadaan terkejut dan berlaku sedikit gegaran di bahagian kepala. Kami akan pindahkan Encik Aizat ke ICU buat masa sekarang untuk pemantauan yang lebih rapi." terang doktor itu.

Zyra tersentak. Aizat ... tak sedarkan diri...

   "Adakah suami saya akan ambil masa yang lama untuk sedarkan diri?" soal Zyra meminta kepastian.

  "Maaf Puan... Untuk itu... saya tidak boleh menjamin apa apa. Semuanya bergantung kepada keadaan semasa Encik Aizat dan kuasa Allah." balasnya.

Zyra akhirnya akur. Dia hanya mampu mengangguk lemah.

    "Terima kasih doktor" ujar Dato'Hamzah.

   "Jangan risau Zyra. Papa tahu Aizat kuat. Dia mesti akan sedar cuma lambat atau cepat sahaja. Banyakkan berdoa." nasihat Dato' Hamzah.

   "Pa... Zyra tak sanggup hilang abang Aizat pa... Aizat nyawa Zyra... Zyra sayangkan Aizat... " luahnya lemah sambil memeluk erat tubuh ayahnya.

Dato'Hamzah mengusap belakang badan anak perempuan kesayangannya itu. Hatinya luluh melihat puterinya itu lemah dan sedih.

    "Papa tahu sayang... Kita doa yang baik baik ya... Papa tahu Allah ada rancangan yang baik untuk kita semua. Percaya pada Allah , insya Allah semuanya mudah" nasihatnya lagi.

                                    ****

Damn... it has been a long time since i write.... I just .. tak rasa nak menulis dan mmg kekeringan idea. Quite scared utk mulakan balik menulis. But I will try my best. Thank you for always waiting patiently for a new chapter to comes out. I REALLY REALLY APPRECIATE IT! lahv y'all<33

My Mr Annoying !Where stories live. Discover now