Zyra merenung dirinya dihadapan cermin . Gaun penantin berwarna krim tersarung di badannya. Zyra menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menyelak tirai.
"Err , awak ." panggil Zyra ke arah Aizat yang sibuk dengan telefon bimbitnya.
Aizat mengalihkan pandangannya ke arah Zyra . Matanya terpegun melihat kecantikkan Zyra .
Melihat Aizat tidak memberi sebarang respon , Zyra berdehem
Aizat yang tersedar daripada lamunannya segera berdehem perlahan lalu mengalihkan pandangannya ."Err , ha okey je aku tengok. Cepatlah aku dah lapar ni tunggu kau lembab sangat."
Zyra mencebik .
"Huh dasar Mr Annoying !" rungut hatinya.
*****
Zyra mengikut langkah Aizat yang agak pantas memasuki IOI mall . Mereka singgah disitu kerana Aizat ingin menunaikan solat sekaligus makan malam disitu . Katanya ingin menjimatkan masa daripada menyinggah di banyak tempat .
Sampai sahaja di surau Zyra tercegang . Aizat mengalihkan pandangannya ke arah Zyra.
"Aku nak solat dulu , kau pergi lah solat dulu , nanti kita jumpa dekat sini jugak."
"Err , saya cuti ."
Aizat terdiam . Dia memikirkan sesuatu.
"Kalau macam tu kau tunggu aku dekat kerusi depan ni sampai aku selesai solat. Kau jangan pergi merayau pulak." arah Aizat .Zyra menangguk kecil .
****
Selepas Aizat selesai solat , mereka berdua berjalan beriringan ke sebuah kafe .
Ketika hendak menaiki escalator , beberapa pekerja menolak sebaris troli , Zyra yang ralit termenung langsung tidak menyedari kehadiran troli tersebut.
Aizat yang terlihat segera merentap lengan Zyra daripada terus berjalan ke arah deretan troli tersebut. Secara tidak sengaja Zyra memeluk erat pinggang Aizat dan menutup matanya .
"Hoi , jalan tengok depanlah !" tegur salah seorang pekerja itu.
Zyra membuka perlahan matanya , alangkah terkejutnya apabila mendapati dirini sekarang berada di dalam dakapan Aizat. Sepantas kilat dia meleraikan pelukannya . Aizat berdehem.
"Kau ni kenapa hah? Termenung tengah-tengah jalan dah kenapa ? Kalau kau kena langgar tadi macam mana ? Kau ni kan !" marah Aizat .
Zyra tersentak.
"Err , awak chill lah , saya okey kan ?" balasnya perlahan .
"Kalau aku tak tarik tangan kau tadi entah apa yang jadi ! Boleh tak kau jangan menyusahkan aku ?!" suara Aizat naik satu oktaf . Dadanya berombak .
Zyra mengetap bibir .
"Okey fine ! Awak pergilah ! Saya takkan susahkan awak lagi ! Awak memang tak suka saya ada dekat dengan awak daripada dulu lagikan ? Saya memang susahkan awak daripada awal kita kenal . So tunggu apa lagi ? Blah la ." Zyra menengking Aizat.
Dia sudah tidak hiraukan pandangan orang ramai. Dia segera mengorak langkah . Tidak betah rasanya untuk berada disisi lelaki ini .
Aizat mengejar langkah Zyra yang kian laju , dia mencapai lengan wanita itu namun ditepisnya .
"Zyra ! Jom aku hantar kau !"
Zyra tersenyum sinis memandang Aizat ."No need . I can take care of myself , so get lost . Saya taknak susahkan awak lagi."
Baru sahaja Zyra berura-ura menghayunkan langkahnya ,
"Zyra Hanan Dato' Hamzah ! Stop or else !" kedengaran suara Aizat memanggilnya tegas dan agak kuat .
Zyra mengetap bibir , dijelingnya ke arah Aizat . Aizat lantas menarik lengan Zyra . Zyra meronta minta dilepaskan namun kudratnya tidak mampu melawan kudrat lelaki itu . Akhirnya dia mengalah dan mengikut langkah lelaki itu . Zyra mendengus marah . Geram dengan sikap dingin jejaka ini terhadap dirinya .

ANDA SEDANG MEMBACA
My Mr Annoying !
Romancehighest ranking #1 #annoying highest ranking #1 #dramasangat Why should I marry with someone yang aku langsung tak kenal malah tak cinta ? - Zyra Hanan Kau ingat aku nak sangat kahwin dengan kau hah ? Aku pun ada pilihan hati aku ! - Aizat Irsyad...