Zyra memotong dengan lincah bawang merah dan sayur-sayuran yang diperlukan untuk membuat nasi goreng sebagai sarapan mereka berdua hari ini memandangkan Aizat sengaja mengambil cuti pada hari itu. Katanya hendak meluangkan masa.
Kononnya.
Aizat sudah pun keluar awal pagi untuk menghantar Qalish ke taska. Zyra hanya menyediakan sandwish telur berserta sekotak air susu berjenama Good Day sebagai bekal untuk anak lelakinya itu. Kata Aizat ,perut Qalish hanya boleh menerima makanan yang ringan sahaja pda waktu pagi kalau tidak , perutnya akan meragam dan dia akan memuntahkan semula makanan yang dimakannya. Aizat juga turut membeli stok susu kotak bersaiz kecil buat Qalish. Qalish memang gemar meminum susu berjenama Good Day itu pada setiap pagi , kalau tidak , mengamuklah budak itu. Haih lebih kurang dengan si Zyra je. Penggemar setia susu kotak !
Zyra memasukkan bawang merah , bawang putih , cili padi dan ikan bilis yang telah ditumbuk ke dalam kuali yang berisi minyak panas. Bau tumisan bahan-bahan itu memenuhi di segenap ruang dapur tersebut. Kemudian Zyra memasukkan nasi yang telah digaul bersama garam itu ke dalam tumisan bahan.
Sedang Zyra asyik menggaul nasi goreng tersebut , tiba-tiba terasa sesuatu melingkari pinggangnya. Zyra terkejut.
Aizat rupanya. Bertuah punya laki ! Mujur sahaja senduk yang dipegangnya itu tidak mendarat ke ata wajah suaminya.
"Sayang ! Masak apa tu?" soal Aizat mesra dengan tangannya masih lagi melingkari pinggang Zyra.
Zyra mengeluh berat.
"Hish ! Awak ni ! Terkejut saya tahu tak ? Nasib baiklah saya tak lempang muka handsome awak tu lelaju ! Kalau tak ? Hah pepagi lagi dah breakfast pelempang saya ni !" marah Zyra. Mulutnya memuncung. Dia menggaul semula nasi goreng itu agar tidak melekat.
Aizat tergelak. Dia tunduk sedikit memandang wajah Zyra yang masam mencuka.
"Amboii... Peluk sikit pun nak marah ?" usiknya.
Zyra mendengus geram.
"Saya terkejut faham tak ?!" jeritnya sedikit agar Aizat dapat memahami apa yang cuba disampaikan olehnya.
Aizat tergelak lagi.
"Peluk sikit je pun , dah nak terkejut."
Zyra hanya mendiamkan diri.
Aizat memandang Zyra lagi.
"Kau marah eh?" soalnya.
Rasa bersalah pula mengusik isterinya itu sebegitu rupa.
"Tak lah. Mana ada saya marah. Saya sukaaa lagi adalah ! Lepasni buat lah selalu ye ?" sindir Zyra dengan senyuman sinisnya.
Aizat tersenyum.
"Sorry okey ?" Aizat memohon maaf.
"Yelah yelah ! Dah dah ! Awak pergi duduk dekat meja makan sana tuha ! Jangan kacau saya nak buat kerja ni. Shuh ! Shuh !" halau Zyra sambil melonggarkan pelukan Aizat.
Aizat melepaskan pelukannya.
"Amboi halau suami nampak ? Tak takut dosa ke hah ?" ujar Aizat berpura-pura terasa hati.
Zyra ketawa kecil.
"Bukan halau... Okey macam ni lah , awak , sayang , baby , abang , pergilah duduk ye ? Biar saya yang hidangkan untuk awak ? Okey ?" tutur Zyra lembut sambil mengerdipkan matanya beberapa kali ke arah Aizat.
Aizat ketawa besar.
"Yelah ! Cepat sayang oi ! Perut aku dah berbunyi sakan
niha." ujar Aizat sambil langkahnya diatur ke meja makan.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Mr Annoying !
Roman d'amourhighest ranking #1 #annoying highest ranking #1 #dramasangat Why should I marry with someone yang aku langsung tak kenal malah tak cinta ? - Zyra Hanan Kau ingat aku nak sangat kahwin dengan kau hah ? Aku pun ada pilihan hati aku ! - Aizat Irsyad...