BAB22

2.7K 90 0
                                    

Aireen mendengus kasar.

"Aku suruh kau gertak si Zyra tu yang kau nak pergi rogol dia tu kenapa bodoh ?!" jerkah Aireen. Matanya melibas tajam ke arah Badri.

Badri menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Perempuan tu cantik sangat boss. Lagipun mana aku tau yang laki dia tiba-tiba boleh muncul." jawab Badri.

"Kau tau tak , si Aizat tu cukup pantang orang sentuh orang-orang yang dia sayang ? Kau tengok sekarang ni , si Zyra tu dah jarang keluar rumah , kemana mana pun mesti Aizat yang teman. Benda ni lagi menyusahkan kerja kita nak dekati si Zyra tu !" bentak Aireen geram.

"Alah , rilek lah boss , takkan lah sampai bila bila si Aizat tu nak berkepit dengan bini dia. Mesti ada chance punyalah nak dekati Zyra tu. Boss sabar sikit je." ujar Badri dengan yakin.

Aireen terdiam sejenak.

Hm betul jugak tu.

"Aku nak kau perhatikan gerak geri diorang. Sampai masa yang sesuai , kita bertindak." balas Aireen.

Badri mengangguk faham.

Aireen Natasya. Merupakan anak kepada arwah Dato' Yusuf. Dia menaruh dendam kepada keluarga Dato Fuad dan juga Dato Hamzah. Baginya , kedua dua manusia itulah yang telah mengucar kacirkan hidup keluarganya. Empayar perniagaan yang dibina oleh papanya hancur,musnah,lenyap oleh kerana dua insan itu. Keluarganya jatuh miskin,syarikat papanya muflis ! Ini semua angkara mereka berdua ! Sampai mati pun dia tak akan maafkan keluarga itu. Dia akan menuntut bela bagi pihak papanya.

"Korang ingat , tak selamanya korang berada di atas. Akan ada satu masanya korang akan jatuh , sejatuh jatuhnya ! Aku akan pastikan itu ! Dendam aku takkan habis sampailah aku tengok korang jatuh macam mana papa jatuh dulu. Termasuk anak menantu korang aku akan musnahkan !" tekad Aireen.

****

Nada dering iphone milik Zyra berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk. Dia segera mencapai telefon bimbitnya.

"Beb ! Kau okey tak ? Sihat ? Weh asal kau tak bagitau aku awal awal ?! Kau ni memang suka buat aku risau lah bengap !" belum sempat dia bersuara , telinganya sudah dihidangkan dengan suara Amirah yang nyaring.

"Waalaikumussalam... Hah , dah habis dah membebel ?" perli Zyra.

Amirah mencebik.

"Kau ni ! Aku risaulah gila ! Kau boleh memain dengan aku ?"

Zyra tergelak kecil. Macam-macam lah si Mira ni !

"Ye ye tahu kau risau... Kau tau macam mana yang aku tak sihat ni ?" soal Zyra .

"Malam lepas kita balik tu , aku call kau berpuluh kali kau tak angkat. Lepastu aku call lagi sekali , laki kau yang angkat , lepastu dia cerita semuanya dari A sampai Z ." terang Amirah bersungguh sungguh.

"Hish ! Sibuk je si Aizat ni angkat call aku !" cebik Zyra.

"Hoi ! Kau patut bersyukur tau ! Kalau aku tunggu kau yang cerita , alamatnya sampai tahun depan lah belum tentu kau nak bukak mulut kan ?!" Amirah masih meneruskan aktiviti menyembur air liur.

Zyra menjauhkan sedikit telefonnya daripada telinga. Bingit dengar suara sahabatnya menjerit terlolong !

"Haih. Aku okey jelah. Rileks lah. Ni kau call aku kenapa ?"

"Nak tanya khabar kau lah ! Kau betul okey ni ? Kau dekat mana ?" soal Amirah prihatin.

"Hm... Aku duduk dekat rumah je. Aizat tak bagi aku keluar sorang sorang. Dia suruh aku duduk dalam rumah , makan , kemas rumah , tengok drama korea aku. Hish dia ingat aku ni budak kecil kot ?" adu Zyra.

My Mr Annoying !Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang