Sepanjang perjalanan pulang ke rumah , Zyra dan Aizat masing-masing memilih untuk mendiamkan diri.
Zyra mendiamkan diri kerana otaknya sedari tadi sedang cuba untuk memproses setiap ayat ayat Aizat semasa peristiwa tadi.
Betul ke apa yang dia cakap tu adalah perasaan dia yang sebenar ? Ke... Dia just cakap macam tu sebab tak nak aku malu depan Gina ?
Fikir Zyra.Aizat pula memilih untuk tidak bersuara kerana dia teramatlah malu dengan situasi tadi. Situasi dimana dia telah meluahkan perasaan dia terhadap wanita itu.
Hmm... Zyra langsung tak tanya pasal hal tadi... Dia tak suka ke eh aku confess terang benderang macam tu? Ke... Dia tak suka aku?
Fikir Aizat pula.Aizat berdehem beberapa kali untuk menghilangkan rasa gugupnya,manakala Zyra memilih untuk melemparkan pandangannya ke luar tingkap kereta.
****
Selesai mandi dan solat Isyak , kedengaran bunyi notification wassapp nya berbunyi menandakan ada chats yang masuk.
Dia menanggalkan telekungnya lalu disidai di rak yang disediakan. Dengan malas , dia berjalan ke arah meja solek lalu membuka aplikasi wassapp untuk melihat siapakah yang menghantarnya chat.
Aizat ?
Aizat Annoying !
Kau masuk bilik aku jap , lepastu ambik sampul surat putih dejat atas meja kerja aku lepastu kau bacalah sendiri. Aku nak mandi jap.Zyra mengeluh perlahan.
Hish ! Dahla aku mengantuk giler dah ni !
Dengan malasnya , Zyra mengatur langkah.
****
Tok ! Tok ! Tok!
Zyra mengetuk pintu bilik suaminya."Masuklah !" jerit Aizat dari dalam bilik air di dalam biliknya.
Zyra memulas pintu bilik itu perlahan-lahan.
"Sampul tu atas meja kerja ! Kau ambik lepastu berambus keluar cepat cepat sebelum aku habis mandi !" jerit Aizat lagi.
Zyra mencebik.
Puih ! Ingat kita nak duduk sangat dalam bilik dia lelama? Dengan semaknya !
Baru sahaja Zyra ingin mengatur langkahnya keluar dari bilik itu, tiba-tiba dia ternampak sebuah beg kertas yang tertulis perkataan Pandora.
Dia melangkah perlahan ke arah beg kertas itu. Baru sahaja dia hendak membuka beg kertas itu , kedengaran suara seseorang berdehem di belakangnya. Dia mengalihkan tubuhnya untuk melihat gerangan kepada suara itu.
YOU ARE READING
My Mr Annoying !
Romancehighest ranking #1 #annoying highest ranking #1 #dramasangat Why should I marry with someone yang aku langsung tak kenal malah tak cinta ? - Zyra Hanan Kau ingat aku nak sangat kahwin dengan kau hah ? Aku pun ada pilihan hati aku ! - Aizat Irsyad...