BAB34

2.2K 68 1
                                    

Aireen memasuki bilik kerja Aizat. Kelihatan Aizat tersandar di kerusi kerjanya dengan lengan menutup matanya. Lelaki itu kelihatan letih dan tertekan.

Aireen melangkah perlahan ke arah Aizat.

   "Em... Encik Aizat ?" panggil Aireena.

Kelihatan jejaka itu masih diam tidak berkutik.

   "Er... Encik.." panggil Aireen lagi.

Melihatan Aizat masih tidaj bergerak , Aireen mengalihkan kedudukannya dan berdiri disebelah Aizat. Dia menundukkan sedikit badannya untuk melihat lelaki itu.

   "Encik Aizat , bangun Encik." kali ini tangannya naik memegang bahu Aizat perlahan.

Aizat membuka matanya perlahan.

Aireen sedikit terkejut melihat mata lelaki itu memerah seolah-olah baru lepas menangis. Tetapi... Apa yang ditangisi lelaki itu?

Tanpa menunggu bicara ,Aizat menarik Aireen ke dalam pelukannya. Dalam keadaan Aizat yang mamai dan separuh sedar , dia mati-mati ingatkan wanita itu ialah Zyra. Dia melepaskan kerinduannya terhadap wanita itu tanpa menyedari bahawa wanita itu bukan isterinya.

Aireen terkebil-kebil.

Kenapa hati aku rasa lain macam ? No Aireen ! Ingat sikit yang kau tu nak balas dendam je pada Aizat , tak lebih dari itu.

Belum sempat Aireen membuka mulut , terdengar seseorang membuka pintu pejabat Aizat.

Aireen pantas menarik tubuhnya jauh dari jejaka itu.

Kelihatan susuk tubuh Zyra berdiri tegak dihadapan pintu pejabat.

Zyra terdiam tidak berkutik.

Aizat yang tersedar akan keterlanjurannya pantas berdiri tegak. Dia kehilangan kata-kata.

  "Zy.. Zyra..." panggil Aizat tergagap-gagap.

Kelihatan mata Zyra memerah menahan marah dan air mata.

   "Apa semua ni?" soal Zyra. Suaranya bergetar.

Aizat pantas berjalan menuju ke arah Zyra. Dia meraih tangan itu namun ditepis kuat oleh Zyra.

   "A...aku...aku tak tau.."

Zyra tersenyum sinis. Dia mengalihkan semula pandangannya ke arah Aireen.

   "Aireen, awak takde apa-apa nak dicakapkan?" soal Zyra kepada Aireen pula.

Aireen mengeluh.

  "Tadi masa saya masuk pejabat Encik Aizat sebab saya ada beberapa hal nak dibincangkan mengenai projek syarikat , tapi saya nampak Encik Aizat tengah serabut dan agak tertekan. Saya panggil dia banyak kali , lepastu Encik Aizat still tak sedar. So saya terpaksa gerak Encik Aizat , tapi saya cuma sentuh bahu Encik Aizat je. Tiba-tiba Encik Aizat peluk saya and Puan Zyra pula masuk ke pejabat. That's it." terang Aireen jujur.

Zyra terdiam. Dia memandang semula ke arah Aizat yang diam menunduk.

  "Kenapa? Kenapa awak buat macam tu?" soal Zyra.

Aizat kehilangan kata-kata. Ya dia bersalah. Namun itu semua diluar jangkauannya.

   "A...a..aku..ta..tak berniat... A..aku..." Aizat terdiam semula.

My Mr Annoying !Where stories live. Discover now