Keesokkan paginya , seperti yang dirancang oleh Zyra dan Amirah , usai sahaja bersarapan di warung berhampiran resort mereka , mereka berdua bertolak ke pekan Kuah untuk mencari rumah sahabat professornya itu. Kereta Perodua Axia berwarna putih yang disewa mereka meluncur laju membelah jalan.
"Aku rasa betul lah ni rumah dia." ujar Zyra sambil kepalanya terjenguk-jenguk ke luar tingkap. Matanya memerhati segenap inci perkarangan rumah tersebut. Separuh rumah itu dibuat daripada papan dan separuh lagi bercirikan moden iaitu dibuat daripada batu bata.
Amirah memegang stereng kereta.
"Dah tu , turunlah. Kau nak tunggu ribut baru nak bagi salam ke ?" perli Amirah.Zyra menjeling sekilas ke arah Amirah yang menayang muka toya.
"Temanlah aku gila !" marah Zyra sambil melonggarkan tali pinggang keledar.
Amirah mengeluh.
"Hish. Yelah yelah. Kau ni kan !"
Mereka berdua keluar dari perut kereta. Mengatur langkah menuju ke pintu rumah tersebut"Assalamulaikum." salam diucap.
Amirah dan Zyra saling berpandangan.
Sekali lagi mereka memberi salam.
"Assalamulaikum..."
"Yaya ! Waalaikumussalam ! Sat sat !" kedengaran suara seseorang dari arah dalam rumah.
Sebaik sahaja pintu rumah dikuak , kelihatan susuk tubuh wanita berumur kira-kira 50+tahun memandang mereka berdua dengan tanda tanya.
"Ya nak , cari sapa ?" soal wanita itu sambil tersenyum manis.
****
Zyra menghirup sedikit air teh panas yang disediakan."Ha jemput la minum noh ? Maaflah sempat bancuh ayaq (air) teh panas ja." pelawanya mesra.
Amirah dan Zyra hanya tersenyum.
"Takpe makcik. Kitorang singgah pun sebab nak ambil barang yang prof saya suruh ambikkan tu je. Katanya dia berkawan baik dengan suami mak cik." ujar Zyra.
"Ha tula... Makcik pun besa dengaq jugak arwah suami mak cik duk berceqita pasai kawan baik dia tu... Tak sangka dia dah dok teqoih kat China tu..." balas Mak Cik Zah.
Zyra terangguk-angguk mendengar cerita orang tua itu.
"Assalamulaikum..." kedengaran suara seseorang dari arah pintu rumah.
Ketiga-tiga mereka mengalihkan pandangan ke arah punca suara tersebut.
Kelihatan figura seorang lelaki berpakaian t-shirt dan juga seluar track berdiri di hadapan pintu rumah.
"Laaa Farhan ! Awai hang balik harini ?" sapanya.
Lelaki itu hanya tersenyum nipis.
"Saja singgah sat. Satgi ceq sambung keja balik. Ni nak ambik dompet ja ni. Tertinggai tadi." ujarnya lalu melangkah masuk ke dalam rumah.
Senyuman nipis dihulur ke arah Zyra dan Amirah.
Zyra dan Amirah hanya membalas dengan senyuman nipis juga.
Saat anak matanya bertembung dengan anak mata Zyra , hatinya berdegup kencang."Cantiknya.." desis hatinya.
"Hang ni loqlaq sungguh la ! Benda penting lagutu pon boleh tinggai." bebelnya.
YOU ARE READING
My Mr Annoying !
Romancehighest ranking #1 #annoying highest ranking #1 #dramasangat Why should I marry with someone yang aku langsung tak kenal malah tak cinta ? - Zyra Hanan Kau ingat aku nak sangat kahwin dengan kau hah ? Aku pun ada pilihan hati aku ! - Aizat Irsyad...