BAB46

2.2K 60 2
                                    

Aizat hanya memandang kosong ke arah jalan. Semuanya kosong. Tiada satu apa pun yang mampu menggambarkan hati dan perasaannya tika ini.

Rasa seperti ditusuk sembilu ?
Tidak.
Jauh lebih sakit.

Rasa seperti dihiris pedang ?
Tidak.
Jauh lebih perit.

Rasa seperti kaca yang jatuh lalu pecah berderaian ?
Tidak.
Jauh lebih pecah berderai.

Perasaannya bercampur baur. Marah , sedih , kecewa , putus harapan , hilang arah.

Akhirnya Aizat terduduk di sebuah bangku berhadapan taman permainan.

Kedengaran iPhone nya berbunyi menandakan ada panggilan.
Dia mengeluarkan iPhone nya itu dari dalam poket coat nya itu.

   "Mama ❤"

Dengan malasnya dia menjawab panggilan itu. Ikutkan hatinya , memang dia tak ada mood langsung nak menjawab apa-apa panggilan atau melayan sesiapa.

   "Assalamulaikum ma..." lemah sahaja dia menyapa.

   "Zat... Zat balik zat.. Balik sekarang !" kedengaran suara cemas dan serak basah Datin Airina.

Dahi Aizat berkerut seribu. Suara mamanya seolah olah sedang menangis.

  "Ma kenapa ni ma??? Mama okey ke ? Cuba bagitau Zat apa yang jadi ?" suaranya kembali serius.

  "Imran... Imran Zat..." suara Datin Airina terketar-ketar.

Aizat semakin cuak.

  "Kenapa dengan Imran ma ?! Bagitau Zat !" gesa Aizat.

Hatinya sudah tidak tenang.

   "Im dah takde ! Im... Im dah meninggal Zat..." akhirnya Datin Airina mampu mengucapkan kata-kata itu.

Zassss !

Tiba-tiba Aizat terasa semuanya berlaku dengan cepat. Seolah olah mimpi. Aizat menelan liur beberapa kali. Cuba untuk menyusun katanya.

   "Aa...apa ?.. Aa..apa ma? Im.. Im dah.. Im dah takde?.. Apa maksud mama ni ?..." soalnya masih tidak percaya.

Tak.

Dia tak akan mahu percaya.

Suara tangis Datin Airina semakin jelas kedengaran dicorong telefon.

   "Balik Zat ! Balik !" gesa Datin Airina.

Aizat terdiam. Tangannya yang memegang telefon bimbit itu jatuh di atas pahanya.

Kalau tadi dia berasa seolah olah dunia ini kosong , kali ini , dia rasa seolah olah jiwanya mati. Yang tinggal hanyalah jasad yang bernyawa bersama jiwa yang mati. Semuanya berlaku secara tiba-tiba dan sangat pantas. Satu persatu dugaan datang menimpa dirinya.

    "Sampai bila aku kena bersabar dan redha ? Sampai aku hilang semuanya ?" 

                         ****

Zyra hanya tersenyum sinis apabila mendapati bahawa Aizat sudah tidak lagi datang untuk memujuknya. Malahan jejaka itu sudahpun pulang ke tanah air.

   "Kalau betul dia cintakan aku , perlukan aku , dia akan berusaha tanpa henti. Tapi apa ? Terus balik macam tu je ? Without word. I just can't believe it. How can your sacrifice and efforts are as simple as it ? Huh." detik hatinya.

My Mr Annoying !Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang