Zyra berusaha untuk membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya benar-benar terasa berat dan pening. Nafasnya tidak teratur. Rasa sejuk menyerbu seluruh tubuh badannya yang elok terbaring di atas katil. Baru sahaja dia hendak mengangkat lengannya , dirasanya ada sesuatu menghempap lengannya. Terasa berat. Dia mengalihkan padangannya ke sisi.
Aizat.
Dilihatnya kepala Aizat terlentok elok di atas lengannya. Aizat kelihatan tertidur dalam posisi duduk.
Dia merenung lama wajah itu.
"Ya Allah ya Tuhanku... Sungguh aku rindu... Tolong Allah , jangan putarkan waktu ini. Berikan aku sedikit peluang untuk aku tatap wajah ini Ya Allah... Sumpah demi apa pun , aku rindu dia." lirih hati Zyra.
Air matanya jatuh setitik demi setitik.
Perlahan-lahan jari-jemarinya menyentuh helaian rambut milik jejaka itu. Sudah bertahun dia tidak menyentuh rambut itu. Jarinya kemudian beralih pada muka yang licin bersih itu. Zyra menahan tangisnya. Bimbang jika dia akan mengejutkan lena lelaki itu.
"I miss you. Badly." ucapnya perlahan.
Dilihatnya tubuh Aizat bergerak. Seperti tidak selesa tidur dengan posisi begitu.
Zyra jatuh kasihan. Perlahan-lahan dia menepuk lembut bahu Aizat. Mengejutkan dia.
Kelopak mata lelaki itu terbuka perlahan.
Dia mendongak sedikit untuk melihat wajah Zyra.
"Kau okey ?" soal Aizat sedikit dingin.
Zyra angguk sekali.
"Awak tidurlah dekat atas ni." ajak Zyra. Dia mengesotkan tubuhnya ke tepi untuk memberi ruang kepada Aizat.
Aizat menggeleng.
"Aku nak balik." jawabnya ringkas. Dia segera mencapai telefon dan dompetnyabyang diletakkan di atas meja bersebelahan katil. Baru sahaja dia hendak bangun , Zyra terlebih dahulu memaut lengannya.
Aizat memandangnya pelik.
"Kau nak apa ?"
Zyra terdiam.
"Saya nak awak..." ucap hatinya. Matanya memnadang tepat ke dalam anak mata Aizat. Cuba untuk menyampaikan kata-kata itu dari lirikan mata.
Aizat mengeluh.
"Kalau takde apa-apa , aku nak blah." ujarnya kasar.
"Sekarang dah pukul berapa ?" soal Zyra lemah.
Aizat mengalihkan pandangannya ke arah jam tangan yang terletak elok di pergelangan kirinya.
"11.45 malam."
Zyra terdiam sejenak.
"Resort ni tutup semua pintu pukul 11."
Aizat tergamam.
Dia terfikir akan Qalish.
Fuh. Mujur sahaja dia sempat berpesan kepada Amirah untuk menjaga Qalish yang berada di hotel.
Aizat tiada pilihan lain. Dia kembali duduk. Langsung tidak memandang wajah isterinya.
Zyra sedikit terasa hati namun dia juga turut bersyukur kerana diberi peluang untuk menatap wajah itu dengan lebih lama.
YOU ARE READING
My Mr Annoying !
Roman d'amourhighest ranking #1 #annoying highest ranking #1 #dramasangat Why should I marry with someone yang aku langsung tak kenal malah tak cinta ? - Zyra Hanan Kau ingat aku nak sangat kahwin dengan kau hah ? Aku pun ada pilihan hati aku ! - Aizat Irsyad...