Zyra dan Amirah berjalan beriringan menuju ke medan selera yang ada berdekatan resort mereka berdua.
"Kau nak makan apa Zyra ?" soal Amirah sambil matanya melilau mencari tempat duduk yang kosong. Ramai pula pelanggan pada pagi itu. Dah pukul 10.30 pun masih ramai lagi yang baru hendak bersarapan.
"Aku ikut je." balas Zyra ringkas. Sememangnya dia bukanlah seorang yang sangat memilih. Semua dibedalnya asalkan sedap , halal dan bersih ! Kalau murah , lagi bagus , itu bonus ! Heheheh !
Akhirnya pandangan Amirah jatuh pada sebuah meja bersebelah dengan seorang lelaki , seorang wanita dan juga budak lelaki.
"Kita duduk situ nak ?" soal Amirah sambil jari runcingnya ditujukan ke arah meja kosong tersebut.
Zyra mengangguk setuju.
Langkah diatur oleh mereka berdua menuju ke arah meja itu.
Sebaik sahaja sampai di meja itu , melopong Amirah dibuatnya. Zyra pula tersentak.
Aizat ?!
Qalish yang kebetulan memandang ke arah tepi meja kosong itu menangkap bayang yang amat dikenalinya.
"Aunty Zyra !" jeritnya gembira.
Zyra telan liur.
"Alahai sayang... Kenapa awak panggil aunty..." rungut hatinya.
Serentak dengan itu Aizat dan Aireen mengalihkan pandangan mereka ke arah meja sebelah.
Amirah hanya tersengih kelat.
"What ?!" soal Aireen tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
Zyra hanya oles senyum yang penuh dengan keterpaksaan. Dia menarik lengan Amirah lalu melabuhkan duduk mereka di meja tersebut.
Aizat hanya mampu diam.
"Papa ! Alish nak jumpa Aunty Zyra kejap boleh ? Kejap je kejap je !..." pinta Qalish dengan mimik wajah kasihan.
Aizat tidak mampu berkata apa-apa. Dia hanya menganggukkan kepalanya sekali tanda memberi izin.
Qalish menjerit kegirangan.
"Yeayyy !" dia segera turun dari kerusinya lalu menuju ke arah Zyra.
Diciumnya tangan Amirah dan Zyra.
Zyra dan Amirah tersenyum melihat telatah sopan anak kecil itu.
"Hey... We meet again ?" soal Zyra ramah.
Qalish tersenyum lebar.
"How are you aunty ?" seperti kali pertama pertembungan mereka , Qalish menuturkan ayat itu satu persatu. Walaupun sedikit gagap , namun masih kedengaran jelas sebutannya.
Zyra senyum manis.
"Good ! I'm fine , thank you ! Qalish pulak ?"
"Qalish sihat je... Siap makan ayam goreng lagi !" ujarnya ramah.
Aireen yang melihat adegan itu hanya menjeling penuh benci.
"Macam mana perempuan tu boleh ada dekat sini juga hah ?! Tah ke , ini semua plan mereka berdua ?! Ini tak boleh jadi ni !" bentak hatinya.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Mr Annoying !
Romancehighest ranking #1 #annoying highest ranking #1 #dramasangat Why should I marry with someone yang aku langsung tak kenal malah tak cinta ? - Zyra Hanan Kau ingat aku nak sangat kahwin dengan kau hah ? Aku pun ada pilihan hati aku ! - Aizat Irsyad...