𝑏𝑎𝑏 18

10.4K 393 6
                                    

"Aktiviti pertama kat hutan ni cari barang tersembunyi. Great! Pandai sangat aku cari barang tersembunyi."

Yana menepuk lengan nya yang digigit nyamuk. Pedas kemain! Halah-halah.

"Kau ni boleh diam tak? Cari tu pakai mata. Bukan pakai mulut. Cepat jumpa cepat rehat. Aku dah penat dah pusing-pusing satu tempat ni, kumpulan lain tu dah jumpa kut."

Tira yang berjalan dihadapan mereka mula membebel entah apa-apa. Melissa dan Fika dibelakang hanya buat muka tak tahu sambil berjalan perlahan-lahan mengikuti Yana dan Tira dihadapan mereka.

"Jomlah balik khemah. Panas la kat sini. Aduh."

Yana mendengus.

"Girls. Boleh senyap tak? Kita ni kat hutan. Perangai tu bagi elok sikit boleh?"

Zaim yang berdiri disebelah Fika menegur. Si nerd Amar pula hanya mendiamkan diri. Sepatah perkataan pun tak keluar dari mulutnya daripada mula mereka melakukan aktiviti sama-sama.

Setiap kumpulan diberi enam orang ahli. Empat perempuan dan dua lelaki. Kumpulan mereka yang diketuai oleh Zaim, diberi nama kumpulan Merah. Ada lagi tiga kumpulan dibelakang. Hijau, kuning dan biru.

Yana hanya mencebik tak puas hati apabila Zaim membidas kata-katanya sebentar tadi. Lalu Yana membuat senyuman sinis apabila mata nya bertembung dengan Fika.

Fika menyiku bahu Melissa dan berbisik agak perlahan.

"Menyapah mak aku dengan budak kat depan ni. Adoilah."

Melissa hanya mengelengkan kepala nya beberapa kali. Tak tahu apa nak kata.
Fika ni memang semua orang dia tak ngam.

"Lagi tiga minit. Kalau tak jumpa juga kalah lah kita."

Semua mata tertumpu kepada Amar yang sedang tunduk memandang jam dipergelangan tangan nya.

"Pandai cakap kau ni. Ingatkan bisu."

Selamba Yana mengutuk Amar. Amar mengalihkan pandangan nya ke wajah Yana sebelum. Yana dijeling.

"Tak gu-"

"Eh dah lah.."

Melissa menahan bahu Yana. Menahan Yana daripada menyerang si Amar tu sebenarnya.

"Ish.. Lepaslah."

Yana mendengus. Tangan Melissa ditolak nya, lalu dia berjalan terus ke hadapan tanpa tak menghiraukan ahli kumpulan nya yang lain dibelakang.

Zaim menjerit memanggil nama Yana.

"Yana! Woi. Bagus ah perangai."

"Mel, kau okey tak? Yana ni memang mengada-ngada betul la."

Tira mencari-cari kelibat Yana. Sambil mengepal penumbuk nya.

"Tira dah lah, dia emosi tu. Aku okey je. No hal la, jom lah kita pergi cari Yana. Nanti dia sesat susah."

Melissa hanya tersenyum nipis sambil memegang perlahan tangan Tira. Sebelum dilepaskan nya.

"Biarlah minah tu sesat. Sakit pula hati aku ni."

Tambah Fika lagi.

***

"Tahniah kumpulah hijau. First day lagi dah menang eh?"

Cikgu Aida tersenyum manis setelah menyerahkan hadiah berupa hamper kepada ahli kumpulan hijau. Nik selaku ketua kumpulan hijau, maju ke hadapan mewakili rakan-rakan nya yang lain.

[EB] DILAN MELISSAWhere stories live. Discover now