𝑏𝑎𝑏 21

10.3K 376 19
                                    

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam. Hai Mel!"

Dilan berdiri statik dihadapan pintu, sambil sebelah tangan nya mengangkat beg baju Melissa. Terasa tak berfungsi minda nya apabila kelibat Lily menjamah pandangan mata.

Soalan pertama; Apa dia buat kat sini?

"Er.. Hi akak Lily?"

Teragak-agak Melissa membalas sambil mengerling ke arah Dilan beberapa saat sebelum tubuhnya dipeluk Lily. Seperti terdengar ramah bunyi nya.

"You guys dah balik. Mama cakap you guys pergi camping kan? Macam mana camping tu. Best?"

Lily pandang Melissa dan Dilan silih berganti. Dua-dua buat muka macam baru lepas salah guna berus gigi dalam bilik mandi.

"OK-OK. Terkejut ke sebab tiba-tiba I ada kat sini? Actually. Mama ajak I datang sini teman dia, that's why I'm here. Tadaa!"

Sekali lagi pintu hadapan terbuka. Terjengul wajah datin Rose yang tersenyum ke arah Lily, Melissa dan Dilan.

"Hi mama."

"Hi sayang..."

Melissa dipeluk. Ubun-ubun gadis itu menjadi mangsa ciuman nya. Rindu? Usah cakap.

"Awal balik ni.. Bukan sepatutnya balik esok ke? Dah.. Jom masuk."

Sambil berjalan, Dilan menjawab pertanyaan datin Rose. Perlahan sahaja nada suara nya ketika itu.

"Melissa ni. Katanya tak sihat."

"Tak sihat? Mel demam ke?"

Ketika itu, punggung mereka telah selamat mendarat dipermukaan empuk sofa yang berada diruang tamu. Mata Dilan hanya mengerling Melissa yang duduk berkepit disebelah datin Rose.

"Bukan demam ma, Mel rindu mama je. Sebab tu nak balik."

"Mama pun rindu sangat dengan Mel..."

"Dilan naik atas dulu. Nak mandi. Mel. Beg ni nanti angkat sendiri naik atas."

Datin Rose mengeleng sambil memandang figura Dilan yang berjalan menuju ke tangga naik ke tingkat atas. Baru sahaja kaki Dilan mencecah anak tangga pertama. Datin Rose bersuara.

"Dilan nanti turun bawah. Mama ada benda nak cakap."

Dilan memusingkan kepala apabila dirasakan datin Rose memandang ke arah nya. Telahannya tepat.

"OK."

***

"Apa yang you cakap dengan mama I?"

"Cakap. Cakap apa?"

"Kenapa mama I tiba-tiba rapat dengan you? Mesti you ada bagitahu dia sesuatu kan?"

Dilan jadi bosan. Bosan nak melayan perangai Lily satu hal. Lagi bosan menunggu Lily habis buat gaya tergamam dengan kata-kata nya sekarang. Macam tak biasa dengar kata-kata pedas dari Dilan.

"You ni kalau tak bersangka buruk pasal I tak boleh ke?"

"Dah you memang buruk. I tak payah nak bersangka pun untuk cakap semua tu."

"Adrian. You-"

"Kenapa ni?"

Kelibat datin Rose kelihatan disebalik pintu, membuatkan kata-kata Lily mati serta-merta, digantikan dengan wajah yang dibuat-buat mendung.

[EB] DILAN MELISSAWhere stories live. Discover now