𝑏𝑎𝑏 22

10.1K 355 13
                                    

Selesai sahaja membuat latihan mathematics. Melissa mengemas barang-barang nya yang berselerak di atas meja kerja Dilan. Sambil mengemas, mata nya curi-curi memerhati lelaki itu yang sedang duduk dihadapan nya dengan mata yang terhala pada kaca telefon. Busy nampak.

Tak ambil masa yang lama. Semua nya telah selesai dikemas. Melissa basahkan tekak.

"So.. Kita cool?"

"Tak. Kita tak cool."

"Ala.. Kenapa?"

"Lepas kau tengok drama sebabak aku haritu. Kau rasa apa? Aku tak habis marah lagi tau pasal haritu."

Melissa mencebik. Kadang-kadang sikap Dilan yang satu ini tak berapa digemarinya. Siapa cakap jadi 'Adik' Dilan Adrian ni best?

"Mel peluk abang tu sebab nak bagi abang tenang je. Tak ada niat lain pun. Nak mengatal pun tak. Nak raba abang pun tak. Niat nak tolong tenangkan abang je."

Amboi. Jujurnya dia. Lepas kereta Datin Rose hilang dari pandangan mata haritu. Entah celah mana, Melissa datang dan terus peluk dia dari belakang. Konon nak salur kekuatan. Mengada. Tajam mata Dilan melihat muka naive Melissa.

"Apa kau merepek ni?"

"Tak merepek. Mel jujur je."

"Dah. Pergi keluar. Aku nak rehat."

Dilan tersentak apabila Melissa menghempas tangan nya kuat kat atas meja. Soalan yang keluar dari minda nya berbunyi begini;

"Kau ni dah kenapa. Kau ingat tangan kau tu besi?!"

"Orang nak tahu je kita ni cool ke tak. Nak tahu akak Lily tu betul ke pregnant anak abang. Tu je."

Dilan memegang dahinya dengan mata yang terpejam. Reaksi nya dimata Melissa macam orang yang kalah main judi lepastu duit dah habis. Tak pun, macam orang gila yang baru minggu lepas bankrupt. Kata yang paling sesuai. Muka tekanan. (😟)

"Kau keluar sekarang, sebelum aku campak kau kat keluar."

Melissa membulatkan mata, tak terbayang macam mana Dilan akan campak dia kat luar nanti.

"Yelah-yelah.. Nak keluar la ni."

"Terhegeh-hegeh."

Pandangan tajam dihadiahkan kepada Melissa.

***

Satu penumbuk sulung daripada Dilan melekap dipipi Akil. Tak sempat lelaki itu nak membalas, lengan nya ditahan Dilan kuat. Darah mengalir dari celah bibir nya. Pandangan Akil dan Dilan bersambung.

Spontan, Akil tersenyum sedikit sinis.

"Apa benda kau ni sial?!"
Marah Akil.

"Apa benda kau tanya? Kakak kau tu apa benda? Apa yang korang plan lagi ni ha?"

Akil merentap tangan nya dari Dilan. Bibir nya yang sakit disentuh. Sebelum Akil membuang ludah tepat dihadapan Dilan. Ludah nya yang berwarna merah terasa kelat.

"Aku tak ada kena-mengena la dengan semua ni. Kau bangang sangat apasal? Kalau kau tak puas hati pergi jumpa Lily, bukan aku!"

"Kau pandai la nak putar belit cerita! Celaka!"

Dilan mengepal penumbuk. Bila-bila masa sahaja akan melayang lagi di wajah Akil.
Sedar akan itu, Akil berundur beberapa tapak ke belakang sehingga belakang badan nya bersentuhan dengan bahagian hadapan kereta milik nya.

[EB] DILAN MELISSAWhere stories live. Discover now