𝑏𝑎𝑏 24

9.6K 386 5
                                    

"Fika. Kenapa dengan kau ni?"

"Kenapa apa?"

"Aku ada buat salah ke ha? Kau macam jauhkan diri dari aku ni kenapa? At least bagitahu aku, aku buat salah apa sampai kau layan aku tiba-tiba lain macam ni."

Fika mendengus kasar. Kertas keputusan exam yang baru sahaja diterima disumbat ke dalam beg sekolah nya. Perilaku Fika diperhatikan Melissa sedar tadi.

"Dah la Mel. Aku tak ada mood je. Tak payah la fikir sangat pasal aku. SPM tinggal lagi sebulan. Baik kau prepare apa yang patut. Tahniah lah, untuk keputusan kau yang cantik tu."

"Fika. Please jangan buat aku macam ni.."

Melissa menahan sebelah lengan Fika apabila gadis itu ingin beredar. Fika menoleh memandang ke wajah Melissa. Ada senyuman nipis terhias diwajahnya.

"Duduk dulu please.. Jangan buat macam ni kat aku."

Melissa merayu lagi, Fika perlahan-lahan duduk dibangku bus top sekolah. Sebelum Melissa melepaskan lengan Fika yang tadi dipegang.

"Mel. Aku minta maaf."

"Shh. Tak apa, aku okey aku sedih kau layan aku macam ni sejak beberapa hari ni. Fika, ada apa-apa yang kau sembunyikan dari aku ke?"

Kau yang sembunyikan sesuatu dari aku Mel.

Fika mengeleng perlahan.

"Betul ni?"

"Betul. Aku minta maaf, mood aku tak berapa nak okay. Sorry."

"Fika, kau kalau ada masalah, jangan segan-segan nak cerita kat aku tau. Kau tahu kan aku selalu ada kat sisi kau?"

Fika mengangguk perlahan. Melissa menghadiahkan senyuman manis, belakang badan Fika diusap lembut.

"Lepas ni jangan buat perangai macam ni lagi. Dah la kau sorang je kawan aku ada. Merana aku tahu tak?"

"Tahu."

Fika tergelak kecil apabila Melissa tayang muka merajuk beberapa saat.

"Mel?"

"Hmm?"

Melissa menyahut perlahan.

Fika mencapai kedua tangan Melissa, kedua tangan Melissa digengam erat. Mata nya dihalakan ke jari mereka yang bertaut. Fika melepas keluh.

"Aku sayang kau Mel. Dah sayang macam adik-beradik sendiri. Kita pernah janji kan tak ada rahsia diantara kita?"

"Apa kau cakap ni Fika?"

Melissa mengerutkan dahi dengan muka yang tertanya-tanya.

"Aku nak tumpang rumah kau dua tiga hari ni boleh? Sebab Parents aku kena pergi outstation. Next week."

***

Melissa sedang ralit mencuci pinggan mangkuk di sinki, sehingga tak sedar kehadiran seseorang dibelakang nya.

Nyanyian kecil nya terbantut apabila nama nya dipanggil perlahan.

Pili air dipulas, sebelum Melissa menoleh ke belakang.

"Buat je kerja kau. Aku tak kacau."

Dilan sedang berpeluk tubuh bersandar ditepi meja makan. Mata nya memandang tepat ke arah Melissa membuatkan gadis itu tidak selesa.

"Abang buat apa kat dapur ni? Akak Lily kat depan tu. Nanti dia cari abang pula."

"Biarlah dia."

[EB] DILAN MELISSAWhere stories live. Discover now